Caffeine Overdose






         Blog ini terhasil akibat terlalu banyak minum kopi… -[PARENTAL ADVISORY]-

March 22, 2009

UPSR the bestest

Filed under: Uncategorized — peetz @ 4:33 am

Aku baca post lama time karangan UPSR dulu. Teringat time UPSR dulu…Aku memang tak sabar-sabar nak menduduki Peperiksaan UPSR. Kenapa kena pakai perkataan ‘menduduki’? Mungkin sebab masa periksa tu kena duduk. Tak boleh berdiri. Kalau berdiri boleh nampak jawapan kawan sebelah. Tiba-tiba pulak aku teringat lagi satu perkataan yang menggunakan kata dasar ‘duduk’ iaitu bersekedudukan. Kalau korang nak tau, boleh dikatakan hari-hari aku bersekedudukan dengan orang yang aku tak kenal. Tak kira la lelaki atau perempuan. Kat tempat awam pulak tu. Gila! Dalam keretapi la. Aku gi kerja hari-hari naik Komuter yang gi KL Sentral tu. Selalu la kongsi tempat duduk. Kira bersekedudukan la tu.

 

Berbalik kepada cerita UPSR. Aku betul-betul kompiden boleh dapat at least 4A. Sebab masa trial pun aku dapat 3A 1B. Yang B tu English la. Aku memang benak, bangang dan bungkor sikit dalam English ni. Bikos I don andersten sepatah haram what de ticer is ticing. She macam syok alone when ticing. I memang hentam only when jawab the soalan.

 

Masa tu 4 subjek UPSR ialah:

 

1. Kefahaman Bahasa Malaysia

2. Karangan Bahasa Malaysia

3. Matematik

4. English

 

Oral English ada tapi tak termasuk dalam keputusan. Lagi pun, kalau oral bukan best sangat. Sekarang ni, hari-hari aku mengamalkan oral. Korang jangan salah paham, aku cuma mengikut nasihat pakar-pakar pergigian untuk menggunakan berus gigi Oral-B. Ohhh.. Oral English aku pun memang dapat pangkat B. Itulah asal-usul jenama Oral-B. malangnya aku tak dapat royalti pun bila nama Oral-B dipakai. Siot je.

 

Kalau subjek matematik tu memang confirm la aku dapat semua betul. Tak heran pun, sebab lebih kurang 90% dari budak kelas aku dapat semua betul selepas cek jawapan dengan cikgu. Cikgu kelas aku memang menetekberatkan eh silap.. menitikberatkan pencapaian matematik. Memang aku la jadi ikon matematik masa tu. Apa tak nya, cikgu ajar kat papan hitam, aku boleh bangkang cikgu tu. Aku cakap apa yang cikgu ajar tu salah. Memang salah pun cikgu tu ajar. Dengan powernya aku membetulkan pengajaran cikgu tu kat papan hitam. Cikgu pun tersipu-sipu malu memuji aku untuk kaver line malu. Ini cerita betul ni, bukan aku tipu.

 

Tak baik menipu, hari ni hari Jumaat. Esok sabtu, setengah hari. Ahad public holliday. Kalau encik nak saya rompak rumah encik, hari Isnin boleh lah. “dialog cerita Ali Baba Bujang Lapok”

 

Ok la aku sambung cite lain yang lagi best lain kali. Bye!

March 14, 2009

Post Tiru Blog Semasa

Filed under: Uncategorized — peetz @ 3:45 am

Blog ni aku tiru format dari CheDet.com

1. Masa darjah 5 dulu aku memang malas belajar. Aku sudah lupa lirik lagu ‘rajin adik rajin, rajinlah belajar, bila besar nanti, boleh tunjuk ajar’. Kalau aku masuk pertandingan Jangan Lupa Lirik yang dihoskan oleh Aznil, mesti aku kalah.

2. Subjek yang aku rajin hanyalah Musik dan Alam dan Manusia. Tapi aku rasa aku belajar sendiri aje sebab aku tak paham apa cikgu ajar. Aku tak paham bila cikgu ajar adalah sebab aku malas nak konsentrate. Cikgu Matematik adalah lelaki yang loghat kedah agak kuat. Cikgu Musik pulak adalah pompuan yang cun gile. Cair je aku tgk dia senyum. Sebab tu aku aktif dalam koir sekolah. Aku ada lagi simpan 3 sijil koir aku kat sekolah.

3. Tahun 1995 aku dulu Pro-BN. Masa pilihan raya aku siap naik basikal keliling kampung bawak bendera BN. Aku dengan Cikgu Kemahiran Hidup aku siap cat bendera BN besar-besar kat papan sekolah untuk berkempen. Sekarang ni aku dengan cikgu-cikgu aku sume lompat parti.

4. Aku ni cakap aje lebih, tapi sebenarnya aku ni pemalu dengan pompuan. Tapi aku bukan gay.

5. Aku dulu mengaji ngan Ustaz Abu. Kuat lagi ustaz tu bejalan sampai sekarang walaupun dah 80an. Aku rasa dia minum tongkat ali la sebab dia jalan tak pakai tongkat. Dah dua kali khatam ngan ustaz tu.

6. Cikgu Math aku pernah marah aku gila babi punya. Dah la aku ni bangang, bebal, bongok, dan tak bleh pakai dalam English ni. Time dia mengajar, aku main pulak. Nasib baik masa dulu exam ada soalan objektif. Kalau tak, mesti markah aku kosong. Terima kasih lah pada soalan objektif. “Sama-sama”, jawab soalan objektif kepada aku pulak.

7. Maksud aku dengan main masa dia mengajar tu bukannya aku main bola kat dalam kelas, jauh sekali kalau main game Micro Genius yang ada game Super Mario, Contra, Double Dragon, 1941, Donkey Kong, dan semua game yang ada dalam cartridge 1000 game dalam satu tu.

8. Dulu game tu mahal, sekarang ni aku ingat dua tiga puluh inggit pun boleh beli. Siapa beli masa tahun 90 an dulu memang rugi la.

9. Aku nak tulis sesuatu tadi tapi aku lupa….

10. Nombor sepuluh adalah nombor paling kecik aku pernah dapat masa aku exam sekolah dulu. Bangga gile aku time ni. Siap dapat trophy lagi sekolah agama aku kasi. Kalau tak mesti nombor 19, 21, 25. Bangga gile aku time ni. Rasa nak panggil Karam Singh Waulia pun ada jugak. Pelik jugak aku dapat kedudukan tertinggi dalam kelas…

Best jugak tulis blog dalam point form ni. Macam blog politik pulak

February 9, 2009

Fajar Kompleks

Filed under: Uncategorized — peetz @ 1:29 am

Ok akhirnye aku nak jugak tulis blog ni. Lama aku memikirkan idea nak tulis blog ni. Setelah aku meredah Laut China Selatan ni baru aku rasa nak tulis sikit blog.

 

Yezza yea saya kini berada di Bandaraya Miri! (dengan background music Jom Heboh TV3). Aku tengah tunggu flight balik so sementara tu baik aku cite time dolu2 aku kat sekolah. Dah lama tak flash back ni… Dulu aku pernah cerita pasal waktu aku gi sekolah kan, meh aku cite masa aku ponteng sekolah…bukan yang mandi sungai tu sbb aku pernah cite! Ni cite merewang sampai Kepong punya!

 

Masa tahun 1995 dulu, aku suka sangat melepak kat Fajar Kompleks. Tak sure pulak kenapa dia letak nama Fajar tapi kat situ memang banyak budak sekolah aku lepak Fajar. Aku nak kata kat situ tempat terbit matahari pun tak jugak sebab Fajar tu takde la sampai Jepun pun. Time tu nak pegi sana senang je, naik Bas Selangor terus berenti depan Fajar.

 

Masa dulu belum ada lagi LRT. Jadi, kenderaan utama untuk ke Pertama Kompleks dari Taman Melati ialah Bas Selangor yang nak pegi Puduraya papan warna Kuning. Lagi satu alternatif ialah Bas Mara nombor 196. Tiket dalam 70 sen aje. Selalunya bila masuk aje kat dalam bas tu aku berdoa supaya konduktor bas tu tak nampak aku. Tapi bukanlah baca doa kuat-kuat siap tadah tangan punya. Baca dalam hati dah la ye dak? Kalau dia tak nampak aku, mesti aku tak payah bayar. Tujuh posen tu besar tu nilai dia untuk budak sekolah macam aku ni. Nasib baik aku kurus je so konduktor bas tu tak nampak aku, menyorok belakang tiang bas tu je (macam tiada logika je cite aku ni)

 

Selalunya aku akan turun bas kat Kepong. Ye la Kepong kat belah depan ye. Bukan kat belakang-belakang tu. Masa tu dekat Kepong belakang Jinjang tu banyak orang meniaga macam kat Jalan Masjid India sekarang ni. Ada orang jual baju, jual makjun kuat main, jual minyak lintah, jual cincin sarung kat anu dan macam2 lagi. Yang buat magik show tipu pun ada. Aku suka tengok orang2 yang jual style lelong-lelong ni. Maklumlah, masa tu, lelong.com.my tak wujud lagi. Teringat jugak aku kat brother yang jual ubat kuat punya skrip. “Tuan-tuan tengok saya ni. Muka tak hensem. Hensem lagi muka kambing. Tapi bini ada 3. Muka hensem tak penting sedara. Yang penting, batang mantap!”, sambil menunjukkan lengan dan menggenggam penumbuk. Memang muka dia tak hensem pun. Sayang masa tu takde digital cemera, kalau tak, sure aku dah ambik gambar dia dan comparekan dengan muka kambing. Isk2 tak baik aku ni!

 

Lepas tu, aku pun jalan kaki lah ke Fajar Kompleks. Takkan aku nak jogging pulak kan. Nanti orang ingat aku buat acara merentas desa pulak. Aziz Desa pun tak suka masuk merentas desa. Hasbullah Awang pun tak suka kupas bawang. Abu Bakar Atan pun tak suka berkhatan.

 

Korang tak tertanya-tanya ke kenapa aku suka gi Pertama Kompleks? Aku tau korang sebenarnya tak tertanya-tanya pun. Saja je aku tanya korang macam ni supaya dengan pertanyaan aku ni, korang dengan sendirinya tiba-tiba je tertanya-tanya. Bila korang dah tertanya-tanya, baru lah aku boleh jawab. Nanti kalau tiba-tiba je aku jawab, korang boleh cakap kat aku “Tak tanya punn!!”. Malu lah aku kalau korang buat kat aku macam tu.

 

Balik semula… Jawapannya ialah, kat sana banyak kedai game bro….. Masa tu memang top gila kedai-kedai game ni. Sapa nak kaya cepat masa tu, bukak lah kedai game. Alaa.. kedai game yang masuk syiling doposen tu… macam-macam game ada. Tapi, yang paling femes masa tu ialah game Street Fighter 2. Abuuuuugitt!!!

 

Lagi satu yang aku suka main ialah Billiard. Alah.. yang macam snooker tapi bukan snooker tu. Kau dapat 3 bijik bola merah, aku dapat 3 bijik bola putih. Lepas tu kita main la tunjal-tunjal bola tu antara satu sama lain, masukkan dalam lubang. Sapa yang abis 3 bijik tu dulu, dia kalah la. Yang ni lima posen sekali main. Kalau bola tu dah masuk lobang, tak boleh keluar balik dah. Kalau nak main lama, agak2 bola tu macam boleh masuk je kalau kena tunjal, kitorang tahan la bola tu supaya tak masuk lobang. Lepas tu sorok la bola tu kejap. Yang jaga kedai ni selalunya aunti yang mata rabun. Sebab tu line clear aje. Kalau amoi mata rabun, kan best. Ini aunti, ceh.. buang karan je.

 

 Lepas puas main game, aku pun balik naik bas sebab dah lapar. Sampai rumah aku pun makan nasik banyak-banyak. Sedap ooo makan nasik masa lapar. Free pulak tu. Dari aku mengabiskan duit makan nasik kat kedai, baik aku main game.

 

Itulah kisah aku dan Fajar Kompleks. Jom la pergi Fajar Kompleks. Aku cerita-cerita macam ni, dah gian la pulak rasanya aku nak main game kat situ balik. Lain feel dia dengan main PS2 atau computer game bai. Dia punya joystick, dia punya button, dengan aroma kedai game tu lagi.. Perghhhh…. tangkap leleh bai.. Sampai terlupa pulak tahun ni umur aku 25 tahun. GatDemmit!!

 

Fajar Kompleks… kau lah tempat aku membesar.. tanpa kau, siapalah aku….

November 27, 2008

Dari kekasih kepada kekasih

Filed under: Uncategorized — peetz @ 9:32 am

Alamak bosannye…

Teringat kat ayang aku. Ingat nak tulis surat la. Aku cuba nak draft dulu so boleh menyampaikan apa yang ada dalam isi hatiku kepadamu. Ok cuba baca kat bawah

Kekasih,

Dalam kesuraman ultra lembayung tika tujuh bulan menumpahkan cahaya dibawah kaki langit khirmizi, tiba-tiba aku terkenangkan eurika nostalgia cinta lama yang kita palitkan berdua. Kehadiranmu bersama molekul-molekul hidrogen menerjang segala kekusutan yang membelit tali perutku. Dan kehadiranmu itu mengajar aku erti rindu gelora dan shahdu.

Kau juga mengajarku erti cinta, singa laut,beruang kutub, penguin, kambing salji, mee rebus, cendol, koridor, kotak pensil, tali kasut dan pasu bunga.Kala itu, kita bagaikan Nobita dan Sizuka.Kau dan aku umpama Kurt Cobain dan Rafeah Buang yang tidak dapat dipisahkan. Malangnya percintaan yang mendapat liputan meluas hingga ke planet Ziku itu telah mengundang perpisahan yang akhirnya telah mengecewakan seluruh penternak lipan di Burma.

Sesungguhnya perpisahan itu berpunca daripada penebangan pokok getah secara besar-besaran di Lembah Klang. Pemergianmu menyebabkan aku menghidap penyakit resdung dan hepatitis-Q secara mengejut. Ketiadaanmu memaksa aku memakai topi keledar setiap masa sebagai langkah keselamatan. Aku seperti tidak percaya dengan apa yang telah terjadi. Aku bagaikan tergelincir dari orbit bumi dan terpelanting ke ruang angkasa, apabila daya tarikan graviti terhadapku tiada lagi berfungsi setelahaku tersungkur dalam percintaan yang berlarutan hingga ke rubber-set. Seluruh perjalanan hidupku menjadi gelita bagaikan terperangkap di dalam gua yang gelap dan ditemani stlagit dan stlagmit yang bagai sembilu.

Kondominium cinta yang kita bina dari makgat basikal dan kipas helikopter akhirnya musnah setelah kau berpaling tadah. Ternyata sikapmu mulai berubah bila Malaysia mula melancarkan program angkasawan Dr Sheikh Muzaffar ke ruang angkasa raya. Sejak itu kau sering melarikan diri bila terserempak dengan abang iparku. Akhirnya aku menyedari bahawa diri ini tidak diperlukan lagi.

Sejak kau tiada, aku sering menyendiri berbual-bual dengan pokok betik untuk mengisi masa lapang. Kadang-kadang aku mengikat botol oren pada tiang rumah agar nampak lebih cantik. Saban hari aku termenung di dalam peti sejuk mengenangkan dirimu yang entah kemana menghilang. Aku cuba bermain badminton sambil makan mi hailam untuk melupakanmu, tetapi aku tak berdaya. Lalu aku membakar mesin basuh dan membelasah empat ekor itik serati jiran sebelah sebagai tanda aku tidak bersalah.

Mengapa? Mengapa sayang? Mengapa ini semua bisa terjadi? Mengapa setelah kau curi hatiku, kau rompak cintaku lantas kau bunuh cintaku sehingga kau terbunuh dalam kemalangan cinta yang ngeri. Aku bagaikan terhimpit dan dihimpit oleh guni-guni batu yang kau timpakan di atas belakangku. Derita yang kautimpakan itu adalah bebanan yang terlalu berat untuk ku tanggung bagaikan mendukung 75 ekor biawak dan 386 ekor anak beruk. Dan kini segala harapanku hancur berkecai bagaikan aku terjatuh dari Menara Kuala Lumpur dan dihempap oleh Menara Berkembar Petronas lalu tersangkut di celah landasan LRT dan kemudiannya digilis pula keretapi Komuter hingga aku hancur berkecai. Oh! terlalu berat dugaan yang kutempuhi kini.

Kini segalanya telah pun berakhir. Aku sedar siapa aku. Aku hanya insan biasa yang suka makan mi segera. Aku bukan McGyver, McDonald’s, Superman atau Kesatria Baja Hitam. Aku juga bukanlah Ultraman seperti yang kau idam-idamkan. Aku menyedari kekurangan diri dan kekurangan kemudahan awam di tempat sendiri. Tak perlu dikesali lagi kerana nasi telah menjadi capati dan tin sardin yang ku genggam ini telah pun luput tarikhnya. Segalanya sungguh mengharukan dan semua hadiah pemberianmu termasuk enjin kapal selam telah pun aku cincang untuk dibuat makanan lembu.

Walaupun segalanya telah pun berakhir, disini, diatas pokok getah ini aku tetap menunggu kau akan kembali. Selagi ada nafas ini, selagi ada kompleks membeli-belah SOGO, selagi ada kedai kasut selipar di sekitar Argentina, selagi kumpulan Metallica tidak berpecah, aku tetap menunggumu sehinggalah mentari terbelah lapan. Namun aku menyedari bahawa penantianku hanyalah sia-sia belaka. Akhirnya aku mengambil keputusan mektamad untuk menunggu tiang elektrik dihadapan rumahku berbuah. kalau tiang elektrik berbuah nanti, aku poskan buahnya kepadamu. Nak tak?

Prepaid topup

Filed under: Uncategorized — peetz @ 9:22 am

Sekarang ni aku rasa semua budak dh start pakai handfon. Adik aku darjah 5 pun sekarang dah pakai handfon. Alamak gile canggih. Dulu nak beli prepaid starter pack pun mau dekat RM200. Mengigil-gigil tangan aku hulur kat tauke kedai handfon tu. Beli sim kad starter sampai RM200 tapi airtime dia mau RM50 je.

Terbakar jugak aku. Mula-mula aku ada handfon Erricson warna biru T10. Woo time tu aku dengan best fren aku kat UTP, time tu kat UTP lagi…belagak tak habis la ada handfon. Siapa ada handfon tu kira dh melebihi standard la tu. Siapa ada handfon Nokia 3310 tu pulak kira dh kaya sebab time tu Nokia 3310 kira paling canggih dan smart la.

Bila fon kaler first keluar, Kimi pulak first yang beli. Waa memang gempak habis la. Bila cerita pasal handfon ni, sim kad bersepah-sepah la. Kalau boleh sorang mesti ada Celcom satu sim, Maxis satu sim, Digi satu sim. Aku teringat cerita pasal sim kad time mula2 dulu. Maklumla nak buat experiment….

Di laman sebuah rumah, ada dua beranak sedang melepak di bangku panjang.

Abah : Man, belikan abah kad topup. Habis kredit pulak.
Man : Eh, kan semalam abah baru topup. Takkan sekejap saja dah habis.
Abah : Semalam abah topup 5 ringgit je.
Man : Ngapa abah tak beli yang mahal terus? Tak payahlah topup banyak kali.
Abah : Kali ni Man beli yang mahal pulak, biar banyak kredit.
Man : Tapi pekan jauhlah abah. Nak pergi tengah-tengah hari ni panas sangat.
(Man cuba mengelat sambil meneduhkan air muka)
Abah : Bolehlah, abah ada hal penting nak call ni.
Man : Ok, abah jangan bimbang. Imi akan dapatkan kredit paling banyak.
(Man pun bangun lalu segera naik ke rumah. Lima minit kemudian dia berlari turun.)
Man : Ok, abah pakai kad SIM ni.
(sambil termengah-mengah Man memberikan abahnya satu kad SIM lain)
Abah : Kad SIM apa ni man? Expek ke?
Man : Bukan. Expek kredit sikit. Yang ni ada kredit banyak. RM6500.
Abah : Mak ai, biar betul. Mana ada orang topup sampai banyak tu. Jangan nak tipu abah.
Man : Betul abah, kad SIM ni tak payah topup. Memang dah ada kredit dalamnya.
Abah : Iye-ye je engkau. Mana kau dapat ni?
Man : Dalam dompet abahlah.
Abah : Jangan nak kelentong. Abah tak pernah beli kad SIM lain. Cakap betul-betul, kamu curi ye?
Man : Taklah abah, sungguh. Tadi SIM kad ni besar. Man potonglah sampai kecik, nanti senang nak masuk dalam handphone.
Abah : Hah?………
(si abah pun membelek-belek kad SIM itu sambil mengerutkan dahi, hairan amat sangat.)
Abah : Aik, rasa macam aku kenal pulak, cip dia pun macam familiar saja, tapi kat mana ye?
Man : Memanglah abah kenal. Kan abah punya kad SIM tu. Dulu abah juga bagi tau dalam kad tu ada kredit RM6500.
Abah : RM6500? Ya Allah! Kad kredit aku…….(jerit si abah lalu tergolek pengsan)

July 27, 2008

Ape Aku Nak Jadi Besar Nanti (bhgn 2)

Filed under: Uncategorized — peetz @ 9:49 am

Sambung dari post Ape Aku Nak Jadi Besar Nanti…

Memang betul aku masa lepas budak kecik aku mula belajar yang pekerjaan dalam dunia ni sangatlah besar dan makin mencabar. Selain jawapan untuk menjadi seorang polis, anggota tentera ataupun bomba, aku belajar yang aku juga boleh menjadi seorang Ultraman, Gaban mahupun Power Ranger.

Bila aku mula masuk tadika, cikgu sekolah aku pernah membuat sesi soal jawap dengan murid-murid mengenai cite-cite kami..

Guru tadika kami ni konon nak memupuk rasa percaya diri kepada pelajarnya-pelajarnya. So, cikgu aku nak la kitorng satu kelas untuk memperkenalkan diri sekaligus memberitahu tentang cita-cita kitorng.

Nizam, ketua tadika kitorng pun berdiri dan berkata, “Nama saya Nizam bin Seman. Bila besar nanti saya ingin jadi juruterbang, jadi bolehlah saya pergi ke Australia, Eropah, Iraq dan sebagainya”.

“Bagus Nizam. Terima kasih. Siapa lagi?”, tanya cikgu.

So semua cerita la cite-cite kitong ikut giliran. Pastu ada pulak member perempuan yang cun duduk sebelah aku di tepi berdiri dan berkata, “Nama saya Noni binti Ahman. Kalau besar nanti, Noni nak jadi suri rumah tangga dan mempunyai anak-anak yang comel”.

“Bagus. Jadi suri rumah tangga merupakan cita-cita yang mulia. Siapa lagi?”.

Bila sampai giliran aku, aku pun berdiri dan berkata, “Saya Shafiq bin Shahrul, bila besar nanti saya bercita-cita untuk membantu Noni mencapai cita-citanya…”….

April 20, 2008

Musin Kawen!

Filed under: Uncategorized — peetz @ 5:05 am

Ni boleh kira musim ke-tiga aku tak update blog aku. Lama jugak lepas aku pindah ke blog baru ni. Sejak aku menaikkan diri aku sebagai Drilling Consultant kat Halliburton tu, aku rasa busy jugak. Dulu office lama nak pergi kerja naik tingkat 11 je. Sekarang dah naik sampai 75 tingkat. Boleh kurus nak naik turun lif KLCC tu.

Sejak dua menjak ni banyak member2 aku dah nak kawen. Aku awek pun takde lagi. Karang aku kawen sorang2 ape pulak kata orang ramai nanti. Nak kawen pun susah jugak. Nak kena pergi kursus lagi, nak beli barang tu, barang ni. Aku pun tak paham ape yang pressure sangat. Nak angkat nikah pun pressure jugak tau! Nak kena sebut betul2 la. Kalau korang nak tau pressure ke tak, jom kita ikut cerita di bawah…

Suatu hari di masa hari perkahwinan si Ahmad….
(ooo by the way cerita ni rekaan je tau…ok sambung cite!)

Pukul 12, pengantin tak sampai2 lagi. Si Joyah dah mula risau mana la bakal laki dia tu. Dah la tak pernah datang kampung halaman dia.

Agak2, nak masuk Zohor, sampai la Si Abu kat rumah Joyah.

Kadi: Haaa sampai pun pengantinnye ni. Cepat2 saya dah lapar ni!
Abu: (sambil termengah2) Alamak tok mudim. Rilek2…
Pengapit: Tok Kadi la!

Abu tersengeh je….Abu pun duduk depan kusyen mengadap tok kadi tadi sambil terkumat kamit baca selawat.

Kadi: Assalamualaikum….(sambil menghulurkan tangan)
Abu: Aku terima nikahnye Joyah Binti Samat dengan mas kawennye…
Kadi: Astagfirullah! Betul lagi la!
Abu: Oooo ye ke?!

Abu tersengeh lagi sambil jeling kat Joyah. Joyah dah cover malu dah. Campur dengan mekap Mak Andam bubuh tebal2 tadi. Muka dia dah merah gile.

So majlis diteruskan dengan khutbah pendek untuk bakal pengantin lelaki didengari dengan para hadirin sume. Time nak habis khutbah tu Tok Kadi tadi test Abu ni….

Kadi: So Abu, kamu dah tau ape tanggungjawab sebagai suami?
Abu: O…tau tok. Small matter la.
Kadi: Kamu nak kawen ni, tau ke rukun2 nikah sume?
Abu: Eh mesti la tau. Saya dah pergi kursus sume la. Four flat lagi!
Kadi: Baik, cuba kamu bagi tau ape rukun2 tu?
Abu: Ala tu senang. Ada 5 kan tok?
Kadi: Haah betul! Sebutkan semua…
Abu: Pertama, kepercayaan kepada Tuhan. Kedua, kesetiaan kepada Raja….

Korang teka rasa2 Abu jadi kawen tak?

July 14, 2007

Ape Aku Nak Jadi Besar Nanti

Filed under: Uncategorized — peetz @ 1:53 pm

Hello readers.

Sori la beb lama dah aku tak update blog ni. Sure korang boring bukak2 baca pasal benda sama.

Dah lama aku tak buat flashback. Bila bukak2 album lama ada terjumpa gambar2 aku masa kat US (United States) dulu. Senang cite korang tengok gambar je la. Aku nak load gambar ni pun punya lama. Siap boleh masak berger lagi!

Baby2

Gambar ni masa aku umur 2 tahun. Time ni musim sejuk kat Dekalb so takkan aku nak keluar berjalan pakai singlet je kan? Mak aku dengan confident nye memakai aku jeket sejuk nak suruh follow keluar beli grocery tapi padahal aku masa ni nak tengok TV, ada cite Baywatch….eh silap. Cite Sesame Street.

Baby3

Gambar ni masa aku dah balik Malaysia, duduk Kelantan 2 tahun pulak. Time ni aku naik basikal pertama aku. Sejak kecik lagi aku dah semangat nak jadi Mat Rempit yang berjaya suatu hari nanti. Korang tengok je la betapa seriousnye aku dalam melaksanakan cita2 aku masa tu, dalam membangunkan modal insan kelas pertama (?).

Baby1

Walaupun aku ni belum cukup umur, mak aku dah start ajar aku cara memasak kat dapur dah. Kira macam ‘on-job training la’. Aku pun mula start nak jadi chef start training sejak umur 2 tahun. Ye la Tiger Woods pun start belajar main golf time dia umur 2 tahun. Time aku dah cakap ngan mak aku…

Peet: Mama, bila dah besar nanti Afiq nak jadi world class chef la. Macam Chef Wan!
Mak: La mana boleh…
Peet: Apasal pulak?
Mak: Ye la time ni Chef Wan mana jadi chef lagi….

Baby4

Bila mak aku tak bagi jadi Mat Rempit dan Chef Wan, aku dah down dah. Aku pun mula berfikir pekerjaan apa yang sesuai untuk aku bila besar nanti. Last2 aku jadi je Super Hero walaupun menjadi Superman bukanlah pilihan kerjaya nombor satu aku.

June 23, 2007

Nasi Lemak Nasi Kebangsaan

Filed under: Uncategorized — peetz @ 12:00 pm

Lama jugak aku cuti ni. Bila time cuti, otak jadi slow. Bila otak slow, idea nak tulis blog pun dah takde la. Bila idea ada nak tulis blog, pensil pulak takde. Aduh cemana ni?

Saban hari (apasal aku guna perkataan ’saban hari’ pulak ni…) lama jugak aku tunggu ‘kerja baru’ ni. Aku banyak dengar member2 aku bila tanya "buat apa sekarang?". Diong mesti jawab, "tak kerja lagi. Tanam anggur je belakang rumah". Aku balik Sg.Buloh cuba untuk tanam anggur jugak secara komersial tapi sepohon anggur pun tak tumbuh2. Ye la nak tanam kat Seri Maya takde kebun pulak. Tanam belakang apartment nanti kena marah ngan pak guard Bangla tu pulak. Cemana member2 aku boleh tanam anggur belakang rumah diong sedangkan aku tanam tak hidup2? Siap kena marah lagi dengan mak aku sebab tanam anggur. Maka begitulah berakhirnya cita2 aku untuk menjadi petani moden.

Walaupun usaha aku untuk menanam anggur tidak menjadi, aku cuba untuk menanam diri aku dengan sikap sayangkan negara dengan cuba menceritakan sikit2 pasal kenegaraan kita menjelang kemerdekaan. Kali ni aku nak ceritakan pasal nasi lemak. Kenapa? Sebab nasi lemak boleh dikategorikan sebagai nasi kebangsaan dimana korang boleh dapat nasi lemak di tepi2 jalan dan dijual tak kira masa. Dari pagi, ke minum petang sehingga makan malam kepada sesiapa yang tak boleh tidur malam.

Satu lagi keistimewaan nasi lemak ialah nasi ni boleh dimakan dengan ayam pedas, daging rendang, sotong goreng ataupun ape2 lauk yang korang suka. Nak makan dengan strawberry celup coklat pun boleh. Tak caya? Korang makan nasi lemak tu lepas tu makan strawberry tu lepas habis makan nasi. Kan kan kan?

Korang tau asal usul nasik lemak? Cerita asal usul nasik lemak ni telah diperturunkan dari mak cik Nasi Lemak Antarabangsa Kg. Baru yang dia cerita kat aku…

Nasik lemak ni mula diperkenalkan oleh sebuah keluarga dari kurun selepas masihi. Setiap hari, si ibu akan keluar cari kayu api untuk memasak sarapan pagi. Satu hari, si anak mula pikir nak masak nasi resipi baru pulak. Ye la, dia sekeluarga orang miskin. Tiap2 hari mereka makan pizza, chicken chop dengan berger je. Masa si ibu ni mencari kayu api, si anak ni memasukkan daun pandan, halia dan lain2 dalam beras tersebut. Bila time si ibu tu balik, dia terbau sesuatu yang best lalu dia tanya anak dia…

Si ibu : Ko masak ape ni Minah?
Si anak : Nasik le mak
Si ibu : Ye la, nasik ape?
Si anak : Ntah, nasik le mak.

So sampai sekarang nasik yang Minah tu masak secara komersialnya menjadi Nasi Lemak. Ok aku dah mengidam nasik lemak pulak. Bye!

June 13, 2007

Ayam Yang Sakit di Sg.Buloh

Filed under: Uncategorized — peetz @ 12:33 pm

Achoom! (Alhamdulillah). Lama jugak aku nak cari idea untuk tulis post ni. Ramai member aku cakap suruh tulis something pasal selsema burung yang berlaku kat Sg.Buloh ni.

Sg.Buloh ni memang kalau berlaku something mesti kejadian yang masuk Buletin Utama sampai 2 3 hari, macam Kilang Mercun meletup tahun 1995 dulu atau time Anwar Ibrahim kena jail tahun 1999. Ada jugak beberapa kejadian yang berlaku tapi aku tak ingat lagi.

Jom kita tengok cronism , eh silap! chronology Selsema Burung yang berlaku beberapa hari yang lalu.

7 June 2007

10.00 malam
10 ayam mati secara tiba-tiba dan disyaki mati ditempat kejadian. Ayam-ayam tersebut dikatakan mati bukan berpunca dari kejadian tembak menembak.

11.00 malam
Kira-kira 12 kru Kementerian Kesihatan, Jabatan Perlindungan Haiwan, Pegawai Polis dan Ketua Kampung bergegas ke tempat kejadian. Walaubagaimanapun tiada anggota kumpulan KRU dilaporkan berada disana. Anggota keselamatan mula membuat sekatan jalan supaya ayam tidak diseludup keluar masuk kedalam kampong sesuka hati penduduk kampong tersebut.

8 June 2007

2.00 pagi 
Pasukan keselamatan yang tidak dapat tidur mula membancuh kopi untuk tidak mengantuk semasa bertugas. Mereka menggelarkan diri mereka “Pasukan Keselamatan Kasukabe”.

8.00 pagi
Kerja-kerja pencarian ayam diteruskan dengan mencari bapak – bapak ayam dan semua pengikut ayam berhaluan kiri.

10.00 pagi
Lawatan kehormat Colonel Sanders dari Kentaki Fried Chicken ke tempat kejadian untuk melihat sendiri bagaimana ayam-ayam dihapuskan.

3.00 petang
Ayam-ayam yang telah mati dilaporkan sebanyak 3000 ekor dengan kiraan mata.

5.30 petang
Sekumpulan pekerja-pekerja KFC dan Chicken Rice Shop telah ditahan kerana disyaki untuk menyeludup 100 ekor ayam untuk masakan mereka. Walaubagaimana pun kesemua pekerja yang ditahan telah dipindahkan ke Balai Polis Dang Wangi untuk disoal siasat.

8 June 2007

9.00 pagi
Dua ekor ayam disyaki sebagai bapa ayam telah ditahan dan dipenjarakan di Penjara Sg. Buloh. Ayam yang selsema pula diberi rawatan percuma di Hospital Sg.Buloh

12.00 tghari
14 lagi ekor ayam berhaluan kiri telah ditahan dan reban-reban ayam telah dirobohkan dipercayai markas gerakan ayam-ayam Sg.Buloh

2.00 petang
Pihak keselamatan yang kini tidak lagi mempunyai ayam yang hendak ditembak mula menembak ayam dikampung sebelah yang tidak dijangkiti Selsema Burung untuk membuat claim overtime yang lebih.

5.00 petang
Kerajaan Britain telah mengarahkan tentera mereka berundur dari Sg.Buloh. Semua ayam telah mati bergelimpangan dan Sg.Buloh kini diistihar sebagai kawasan yang bebas Selsema Burung, ancaman komunis dan diiktiraf sebagai sebuah negara yang merdeka.

Merdeka! Merdeka! Merdeka!!!

Horrorayam_1

Next Page »