Caffeine Overdose






         Blog ini terhasil akibat terlalu banyak minum kopi… -[PARENTAL ADVISORY]-

March 31, 2006

Rotan Jernama Zaiton

Filed under: Uncategorized — peetz @ 3:25 am

Today is Friday.The 6th day of the week. The chief of the days. Actually there are 9 days in a week. Sunday, Monday, Tuesday, Wednesday, Thursday, Friday, Saturday, Today, and Yesterday.

Ok gak English aku kan? Aku rasa dari aku sekolah menengah quality English aku tetap maintain baguskan? Sebelum aku tulis blog ni, ada member aku dari kecik Dayana sejak akhir2 ni selalu kontek aku. Tah dia rindu kat aku kot. Bila cerita pasal Dayana pulak, benda yang paling aku ingat ialah time kecik2 time sekolah2 dulu. Bila cerita pasal kecik2 mesti mak aku pun ada masuk dalam gambar! Macam ni ceritanya…

Glung…glung…glung (bunyi flashback macam dalam cite2 kat TV tu)

Time aku kecik2 dulu aku sangatla liar, nak kata sampai kena rantai kaki tu takde la tapi pantang pintu terbukak aku mesti lesap. Bila aku lesap mak aku dengan automatiknye akan cari aku sampai lubang cacing. Pendek kata setiap lubang dia akan korek dan setiap cacing akan dia tanya, nampak aku tak. Aku ni pulak pantang duduk rumah especially bila time2 cuti sekolah ataupun balik sekolah. Kalau korang perasan, adik laki bawah aku, Qayyum pun ikut sama perangai aku ni.

Selalu bila hari sabtu la hari paling best bagi aku. Masa tu la bila habis ko kurikulum sekolah rendah, kitong satu geng akan kayun basikal merentas desa la kiranya untuk mandi sungai. Hujan ribut, hutan belantara sanggup aku redahi untuk mandi sungai. Selalu tempat port kitong adalah sungai Elmina (sekarang dah jadi lebuhraya Guthrie) tempat kitong mandi, bersuka ria, bersenggol-sengolan dan cubit-cubitan.

Nak dijadikan cerita, satu hari ni Makcik Su yang duduk belakang sekolah ni nampak aku lepas sekolah. Time tu Dayana still duduk Sg. Buloh dan paling best si Dayana ni pergi cerita kat makcik su tanpa rasa was-was. Berita tentang aku mandi sungai ni cepat tersebar memandangkan mak aku agak femes dengan kegarangannye dan time tu telepon sedang meluas digunakan. Mak aku dengan asap yang keluar dari hidung dengan telinga terus datang ditempat kejadian dan heret Dayana sekali untuk di brainwash.

Tak cukup dengan tu, bila sampai kat sungai tu, mak aku dengan gaya Rambo buat gaya comando crawl try ambush aku dari belakang. Aku rasa dia ada sempat patahkan pokok mana2…slow2 je…. Dengan tanpa rasa was-was….ZASSSSSSS!!! Aku rasa dia pakai rotan jernama Zaiton kot. Mak aku takde la pulak cakap "hensap!" ke ape. Aku dengan member2 aku kena pukulan curi dari belakang. Member2 aku pulak terus lari lintang pukang keluar dari sungai tu. Aku rasa kalau kitorng bawak terompet, sempat la diong tiup bagi warning tapi apakan daya. Nasi dah jadi taik. Dayana pulak steady je dok dengan mak aku.

Aku malam tu kena kaw-kaw ngan mak aku. Depan Dayana tadi aku stady je nak cover macho tapi balik aku qada’ nangis. Kalau dalam kartun Batman ada la bunyi "pow!", "bom!" dan sebagainya. Kalau dalam cerita Tamil, bunyi "gedebush!" aje lebih, tapi rotan kadang2 tak kena pun. Esoknye kat sekolah boleh minah tu tanya aku, "sakit tak kena rotan semalam?" Aku hangin je dengan statement dia! Nasib baik dia cun sekarang!

Ok la aku nak stop sini sebab katil aku dah panggil ni. Kang aku tak pergi kang merajuk dia, tido bawah aku malam ni. Sebelum mengakhiri khutbah jumaat ni, biar aku bacakan serangkap pantun:

Kura-kura dalam perahu,
Labi-labi dalam bot,
Dalam sungai ada buaya,
Tiba-tiba je mak aku lalu.

Hahaha. Logik tak?

March 28, 2006

Dikala hujung scholar….

Filed under: Uncategorized — peetz @ 9:21 pm

Aku dah lama dah duduk lab ni. Bila duduk sini je terus datang ilham. Bukannye Mohd Ilham tapi idea nak tulis blog. Makin aku duduk kat UTP makin sakit jiwa, sampai dah tahap aku rasa aku bukan duduk dalam universiti tapi macam hospital bahagia…masing2 buat kerja tak ambik kesah, tempat pun dah lawa… cukup syarat aku untuk lebelkan universiti aku ni sebagai Hospital Bahagia.

Ok arini aku nak cerita apa? Biar aku tengok ape yang menarik dalam sokkabar arini. Ok aku cerita je la pasal cite baru2 ni.

Indahnya suasana rimbaa.. Mergastua berterbangan di pagi hari.

Aiseh! ini macam beginning cerita kartun Melayu bertajuk ‘monyet makan cili’ dekat TV tu. Ok start balik.

Aku semester ni takde la rajin pun. Nama je dah balik prektikel, tapi sebenarnye lepas balik lagi bertambah aku malas. Bukan aku yang malas tapi lecturer aku sebenarnye malas, so tak salahkan kalau aku ikut lecturer aku? Minggu lepas kelas ‘Ethics’ takde, minggu ni kelas ‘Decision Support System’ pulak takde. Aku rasa kalau lecturer aku masuk kelas tido pun, aku taknak report. Biar la dia tulis kat whiteboard

Cikgu suka main bola,
Hari - hari cikgu suka main bola.

Selalu bila aku takde kelas aku duduk dekat bilik kaunseling UTP. Aku ni baik jugak dengan kaunselor UTP, En. Idham sebab aku selalu pow dia breakfast dikala ujung2 skoler. Aku suka lepak dengan dia sebab dia ni pandai bercerita. Teknik dia bercerita tu pun best. Bila dia bercerita je aku boleh bayangkan kat muka dia tu ada TV. Macam tengok TV aje bila aku tengok muka dia masa bercerita.

Biasalah di akhir2 sem ni, duit memang kering habis la. Bila cucuk duit dia tulis balik RM7.24 sahaja. Gile down. Time ni la aku bukak balik tabung tin yang ada duit2 syiling lama aku simpan dulu. Kadang2 aku tengok syiling yang dah berkarat pun ada tapi masih ada value apa. Kira kalau ada cina apek nak beli suratkhabar lama harga 30sen pun aku sanggup jual la. Even underware pun gadai je la. Bila aku kira2 balik duit sekarang cukup ada singgit 70sen je. Ok la beli berger malam ni potong dua…. satu untuk sekarang, satu untuk masa depan.

Cite pasal makan pulak, aku teringat Pak Su aku cakap kat aku, kalau gigit bijik langsat, boleh nampak Mekah. Aku pun gigit la bijik langsat bila makan langsat. Memang nampak la gambar kota Mekah. Sebab kat depan aku masa tu ada hiasan dinding gambar kota Mekah. Pahit nak mampus. Nasib baik la dia tu pakcik aku. Kalau tak, dah lama aku tempeleng dengan dua-dua belah tangan serentak dekat pipi dia.

Secara keseluruhannye aku nak kaitkan hidup aku dengan fakta yang aku dapat dari internet:

Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan?

Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

Ok kesimpulan disini aku tengah lapar dan takde duit. Aduih makan meggi Mawi lagi aku harini.

March 26, 2006

Bagaikan Diriku Tapak Construction

Filed under: Uncategorized — peetz @ 10:27 am

Banner1_2
Aku tak tau ni rasa kali kedua aku buat blog ni kot. Ok2 aku rasa boleh. Aku tak sure pulak kenapa aku nak letak gambar Suzana @60 ni tapi aku baca sinopsis dia memang best diluar tabii la. Aku rasa masa ni la nak pergi Pesta Muda Mudi walaupun aku masih muda dan hakikatnya aku memang patut pergi pun. Wei aku memang minat gile lagu2 Pop Ye Ye dari zaman aku kecik2 dulu. Walaupun aku takde lagi kat dunia tu, aku layan je dalam perut mak aku. Ape korang ingat aku takleh dengar lagu ke dalam sana? Ini sekaligus membuktikan yang aku ni adalah makhluk halus yang mempunyai halus hati budi dengan dunia seni (eh macam salah je ayat aku ni?)

Aku baru balik dari Istana Budaya petang tadi tengok M! The Opera. Secara keseluruhan aku memang suka la lagu2 dia terutama Farih yang begitu khusyuk menhayati lagu2 sambil menutup mata dan mengikuti lagu2 tersebut dengan dengkuran yang agak kuat tu. Aku pelik gak bila masa team orkestra dia ada special effect yang begitu mengkagumkan? Bila aku toleh kiri tengok best je dia tidur! Lagu yang paling aku suka ialah….

Tomorrow, Bet your bottom dollar that tomorrow. There’ll be sun…

Eh ni Annie The Musical! Jap aku rasa tu salah show la! Bila habis tengok show tu aku rasa macam Bruce Wayne pun ada jugak sebab dia selalu tengok jugak Opera2 ni. Dulu aku nak tengok Oprah Winfrey pun aku malas. Aku rasa macam kat New York tengok2 broadway show ni dimana orang lompat2, menari2 macam beruk tapi yang membezakan diong dengan beruk maybe sebab suara diong sedap dan diong lagi lawa dari beruk dalam zoo. Mintak maap ye Maizurah Hamzah - cik adik tetap dihatiku….

Masa balik tu aku ada jugak amik gambar dengan beruk2…eh silap type! Pelakon2 tapi sebab kamera dah sengal tu, sengal la jugak. Aku rasa sebab brand kamera aku ni jernama Canoa. Aku kompius dengan brand Canon sebenarnye. Chis! Peet tertipu.

Kan kan aku dah cakap aku ni orang seni (masih tak puas hati dari blog lepas!) Ok la aku lapar jugak ni. Aku rasa nak korek fridge rumah aku tengok ape yang ada… kalau ada cangkul? Cangkul pun cangkul lah!

March 23, 2006

Aku seorang seniman!

Filed under: Uncategorized — peetz @ 10:52 am

Bila abis tampal poster tadi, aku terus lapar. Hari ni aku kerja untuk settlekan poster teater tu. Aku ada dapat tiket teater untuk M The Opera untuk Ahad ni so kena cari 90 orang untuk show tu. Aku mula2 memulakan langkah dengan bismillah (chewah). Bila start tampal poster maka bermula la perang saraf antara aku dengan TEC Career Seminar. Aku dengan cheepoi start menghasut orang2 untuk pergi kat show aku tapi cheepoi lagi banyak menghasut sebab dia dulu bapak setan, bekerja dari pengalaman la ni. Bagus jugak dia ni sebab semua orang yang dia kenal sume dah terjebak dengan kata2 dia sebagaimana aku diperdaya untuk sign-up dekat FileBucket.com dulu. Aku konfiden dia ada simpan rantai, dia ayun2 kan depan mata lepas tu hasut…woiiiii…jom join event aku….

Aku ni bukan la pengiat seni sebab masa kecik2 dulu aku selalu fail subject pendidikan seni. Aku bukannye tak minat seni tapi aku mempunyai background seni yang bagus. Aku memulakan career seni aku dari aku 2 tahun lagi, masa tu aku melukis dimasa lapang di dinding2 dan tembok rumah aku dengan crayon pemberian makcik aku. Huih! Mak aku punya la terkejut seraya menjerit nama aku. Aku rasa sebab dia berbangga tengok anak dia berbakat besar dalam bidang seni kot. Tak pasal2, dia amik rotan sebat aku kat tangan. Tu yang aku kompius tu. Dah tu dia gi amik sabun, hilangkan lukisan masterpiece aku. Aku rasa dia takut orang tau bakat terpendam aku dalam seni lukisan kot. Mak aku mula belikan buku lukisan tapi aku masih menunjukkan berminat menunjukkan bakat aku dekat dinding2 dan tembok2 rumah. Mak aku still sebat aku. Sebab tu tangan aku dah hilang seni sebab selalu kena sebat kot.

Dalam bidang nyanyian aku pun tak kurang hebat. Memang subject kegemaran aku ialah Muzik. Cikgu muzik aku nama Cikgu Mas. Aku suka subject ni sebab aku bercita2 nak jadi pemain muzik macam Kassim Selamat yang main seksafon. Aku rasa sebab aku terrel sangat main tiup2 sampai dia bagi aku main recorder je time kelas. Aku pernah cakap kat mak aku, aku nak beli recorder brand ‘Yamaha’ tapi last2 aku dapat ‘YaMura’ (yang murah). Ok la aku still boleh menunjukkan skill bermain recorder dengan bestnye. Aku ingat bila time kelas mesti satu kelas bergegar dengan lagu2 yang top time tu….

Kalau anda gembira tepuk tangan *prap *prap!

Aku sebab tak ingat lirik so aku malas nak nyanyi - cheh jual mahal! Aku masih tak gembira sebab cikgu Mas masih tak benarkan aku main seksafon. Bila time aku lagi kecik, aku kena main kerincing. Alaaa.. besi tiga segi yang kena ketuk dengan rod besi tu. Bila ketuk, bunyi dia "ting! ting! ting!". Budak-budak lain ada yang main kastenet (kena selit dekat jari dan tepuk-tepuk), kayu tip-top, dan tamborin. Aku takde la bersuara sangat, sebab cikgu Mas cakap dalam mulut aku ada emas. Aku percaya je la cikgu tu kata so aku lagi senyap dalam kelas. Tapi bila dah besar2 aku check mulut aku takde pulak… aku rasa doktor gigi dah curik kot. Sebab tu aku tengok doktor gigi rajin datang sekolah2 rendah. Time aku kat universiti ni takde pulak dia datang…

Bila aku dah start baligh sikit, aku kena paksa masuk kumpulan koir. Aku tak tau cemana aku boleh masuk koir ni maybe sebab ramai awek cun yang join jugak kot. Aku rasa Arianna budak yang aku selalu usha pun ada jugak (kantoi kecik2 dah minat usha orang) Aku pernah masuk pertandingan koir dengan pimpinan cikgu Mas ni la tiap2 petang kena nyanyi pulak. Yang aku boringnya dengan persembahan ni ialah sebab aku di mekapkan macam budak pompuan. Kena pakai lipstik, bedak merah dan celak. Cikgu mana punya idea entah. Takde kesedaran sivik langsung!Ada 2-3 orang budak pompuan kelas aku macam senyum-senyum nak tekel aku je masa tu. Mungkin dekat pandangan mata diorang aku ni tampan bila bersolek. Mungkin dari pandangan mata aku pulak, aku yang perasan tampan. Bila balik rumah, pelik mak aku sebab aku pakai mekap. Cis cis cis cis dan cis lagi. Tak puas hati lagi.. CIS!!! Dah la hadiah tak dapat, kena mekap pulak lagi. Ah depress aku cite pasal benda ni!

Dalam bidang seni lakonan pulak aku takde la berminat berlakon. Aku rasa A Razak Mohideen pun dah berapa kali ajak aku berlakon tapi sebab aku dah serik takut kena mekap lagi, aku terpaksa jual mahal sikit. Lagipun harga minyak dah naik 30sen (ape kene mengena harga minyak dengan bakat aku?) Aku mula terjebak dengan seni lakonan masa Minggu Kemerdekaan kat UTP. Aku mula2 kena berlakon jadi askar Melayu lepas tu kena jadi askar Jepun. Maybe sebab diorang ingat aku ni mix Jepun ngan Melayu kot so jadila Melapun ataupun Jelayu. Ntah la… Filem ni arahan Aspa dan agak best jugak la. Maybe sebab dia nak merasa macam mana jadi Director Ahmad Nisfu. Masa berlakon tu aku takde la pandang kamera sebab memang takde kamera pun nak pandang. Aspa pernah pesan ‘lain kali kalau orang suruh action cakap…bodoh!’. Aku cool je walaupun ada rasa nak terkutil aku tahan.

Untuk seni mempertahankan diri, aku ada belajar silat jugak dengan Pendekar Mustar tapi tak grad. Aku baru belajar langkah kuda2nya, dia dah meninggal. Inna lillah…. Aku belajar takewando baru 3 bulan Jepun attack Malaya pulak! Takde rezeki la aku.

Tengok…alat muzik, lukisan, lakonan, seni suara dan mempertahankan diri sume aku dah ada pengalaman. Yang aku tak paham kenapa aku masih belum digelar seniman lagi. Aku maybe kena pergi Pasar Seni untuk jadi seniman. Or maybe sebab aku perlukan satu costume yang cool so aku akan digelar SeniMan…lepas ni boleh fight SuperMan!

Ok2 aku dah ngantuk. Sori kalau blog tak best! 

March 22, 2006

Kambingku Pulang Petang

Filed under: Uncategorized — peetz @ 9:30 am

Harini aku amat tension ngan first test aku so macam biasa aku nak cerita pada diri aku sendiri kat blog ni. Harini dah hari Khamis. Aku rasa setiap hari aku tulis blog aku akan cakap hari apa. Pada aku hari Khamis ni special sikit sebab bunyi dia macam bunyi lauk sambal tumis (ey lapar pulak aku). Tiba2 datang idea gile aku untuk but Kambing masak sambal tumis tapi aku baru sedar yang kambing tak pandai masak. Terpaksa aku melupakan niat murni aku ni.

Nak cerita pasal kambing, depan rumah aku ada kandang kambing yang agak luas dengan keluasan melebihi 200 meter dari dasar laut. Aku kadang2 bengang dengan tuan kambing tu sebab dia selalu lepaskan kambing2 tu untuk ‘outing’ sekali seminggu. Bila dilepaskan kambing tu pulak suka lepak2 tepi jalan nak cuba mengorat Senah, anak dara ketua kampung - tu yang aku tensen tu! Kadang2 bila aku dah race moto haram kat kampung kena slow down sebab kambing nak melintas. Opp… jalan2. Dah bagi jalan tak reti cakap terima kasih. Yang paling aku hangin satu badan bila ada satu time diong riot datang masuk area rumah aku makan bunga2 mak aku tanam. Dah la makan bunga, dia boleh tinggalkan tompok2 taik kambing dia dalam rumah aku. Walaupun cenderahati tu jarang aku dan bermakna, tapi aku tetap bengang ngan kambing2 tu.

Beberapa minggu lepas aku ikut ayah Yanti untuk beli kambing dekat2 area rumah aku tu la. Dia beli untuk tujuan aqiqah anak dia buat hujung minggu dah alang2 depan rumah aku ada kandang kambing so aku rekemen baik la kat ayah Yanti ni. Aku berjaya buat ayah Yanti beli tanpa mengetahui aku ada dapat komisyen dari tuan punya kambing tu. Bila dah beli aku kena tolong pulak angkat kambing tu masuk bonet kereta, dah la bau dia macam minyak attar yang murah dekat Masjid India tu… tapi bila bau2 balik macam badan aku, macam sama je. Kata geng…aiman tak kesah! Korang jangan risau, ni kambing Sg. Buloh stock tahan napas masuk bonet kereta.

Bila sampai rumah kambing tu terus nak lari walaupun takde orang nak kejar ataupun main ‘polis sentry wan tu jaga’ dengan dia. Last2 pakcik Yanti ikat kambing tu pokok bunga luar rumah Yanti. Kambing tadi dah start duduk diam dan start senyum2 kat aku dengan harapan aku nak lepaskan dia…jangan harap la. Aku rasa start tu la peribahasa Senyum2 Kambing ada kot. Bila senyum kambing je semestinya dari kambing sebab binatang itu seekor kambing. Lain la kalau ianye seekor itik terbang ke, ikan dalam kolam ke….

Aku ingat lagi masa kekecik dulu ada permainan lompat getah. Sambil main getah tu, player-playernya akan menyanyi lagu seperti di bawah ni:

Rumah tebaka panggeil bombaaaa
Bomba datang belumba-lumba!
Anak Kambing patah kakii
Anak kambing pandai menari
Anak Kambing makan rumput
Anak kambing masuk kandang!
(lepas habis je nyanyi lagu ni, player yang lompat (anak kambing) pun keluar dari loop getah tu dan balik rumah (kandang).. baru boleh menang! heheh acah aje.

Korang notis tak lirik lagu tu? Mula-mula cerita pasal Rumah tebakar, alih-alih tetiba je tukar kepada cerita anak kambing pulak. Itulah menunjukkan betapa berpengaruhnya ‘kambing’ dalam kesusasteraan melayu. Walaupun aku tak pernah belajar sastera, tapi aku tau nilai seekor kambing dalam penulisan Melayu.

Berbalik pada cite kambing masa rumah Yanti tadi, aku tak amik port sangat masa sembelih kambing semua. Aku konfiden kambing tu la yang memakan pokok2 bunga kesayangan mak aku depan rumah tapi maut kambing tu bukan pada aku. Karang aku yang kena sembelih takut jadi macam cerita Kill Bill pulak. Walau bengang macam mana pun, kira kambing ni adalah binatang paling sihat setakat ni sebab tak pernah pulak aku dengar tentang penyakit Kambing Gila mahupun Selsema Kambing.

Aku masa kenduri melantak daging kambing tadi….hmm amik kau kambing. Dendam aku kat kau masih ada lagi! Ape la aku ni pagi2 buta tak puas hati dengan kambing tu. Dah arwah dah pun.

Hahahahah.. hari ni aku tak citer pasal aku (aku pun tak ingat ape yang aku nak cerita asal2 tadi), instead aku cerita pasal kambing pulak. Syabas kepada kambing kerana jadi blog entry aku pada hari ni. Chow!

March 21, 2006

Rumetku Berjiwa Merdeka

Filed under: Uncategorized — peetz @ 10:26 pm

Ok la asyik aku cite pasal zaman aku kecik2 je. Sekarang ni aku ingat nak tulis pasal zaman sekarang ni la…tak pun zaman akan datang (macam mana pulak tu) aku banyak kali disaiko oleh Cheepoi dan rumetnye, Shah. Oleh sebab mereka rumet tetapi mesra, aku ingat nak dedicate satu post ni kat rumet aku jugak, nama dia Mat Pi (bukan nama sebenar).

Sebelum aku cerita pasal rumet aku, mari kita tengok definisi rumet dalam Wikipedia… Menurut definisi Wikipedia, rumet dalam bahasa inggeris bermaksud "No page with that title exists". Ntah la aku tak paham sangat ape dia kata sebab masa SPM aku dapat A1 je Bahasa Inggeris aku. Aku konfiden sikit la maksud dia member yang duduk satu rumah, satu bilik tapi tak sama katil. Maksud tak sama katil ni pulak saiz, ketinggian, isipadu katil kitorang sume sama tapi kaler cadar je lain.

Biar aku cite sikit pasal rumet aku, dia ni nama dia Paramsingh Icimuthu tapi dia tukar nama Mat Pi (korang perasan bunyik dia dekat2 kan?) sebab dikehendaki polis dalam tiga kes ragut dua tahun lepas. Rumet aku ni tinggi 71 cm, berat 50 kati dan berkebolehan besar dalam bidang nyanyian dan lakonan. Kalau masa tengah mandi tu korang dengar la dia menyanyi…

Antara fakta yang menarik pasal aku dengan rumet aku ialah aku takde kait mengait talian persaudaraan dengan dia. Walaupun aku ni tak kerja CSI, aku tau DNA aku ngan dia tak sama. Walaupun dia best tapi aku selalu tak best. Oleh sebab itu aku akan cuba sedaya upaya untuk mengebestkan hati aku yang tengah tak best ni. Eh ape point aku sebenarnye?

Yang best pasal rumet aku ni dia tak berkira. Contoh macam korang belajar matematik dulu, nak kira isipadu silinder tu kena pakai formula Pai x J x J (J=jejari bulatan). Pada kitorng kalau kira cemana isipadu silinder sekalipun, kalau minum air dalam isipadu tu habis jugak… so tak payah la susah2 kira isipadu. Konsep kitorang lebih kurang macam tu la.

Aku mula2 start duduk dengan dia lambat sikit agak2 dua minggu lepas semester bukak. Aku bukannye sengaja balik lambat tapi aku tak jumpa lokasi bilik terbaru aku ni. Maklumla bilik baru… aku punya harap rumet aku ni akan call tanya pasal aku tapi dia tak ingat aku agaknye. Takpe la so selama seminggu tu aku dengan penuh iltizamnye mencari bilik baru aku dengan bertanya pokok sume… soalan aku lebih kurang macam ni, "tanya sama pokok, apa sebab hujan. Nanti jawap pokok, angin yang goncang!" Dah kena tanya angin pulak, malas aku! Aku rasa aku dapat jawapan macam tu dari pokok sebab aku yang gile pergi tanya pokok soalan2 bodoh.

Aku paling bangga dengan rumet aku ialah dia suka main basketball. Kalau korang tak tau, main basketball ni main rebut2 bola lepas tu masukkan bola dalam basket. Aku pun kadang2 tak paham kenapa dia nak rebut sangat bola tu padahal kat bilik aku ada dua lagi bola basketball bersepah2. Aku rasa sebab dua tak cukup kot. Dia tak pernah cakap hasrat dia pasal bola tu tapi aku ada dengar kalau kumpul 7 bola dapat percuma 1. Tapi orang2 melayu tua kata sepandai2 rumet melompat, dia tetap tak pandai lompat tingkap bilik sendiri.

Ok akhir kata saya nak dedicate lagu ini kepada rumet saya…

Ada seorang kawan namanya Ah Meng,
Dia jugak berkawan namanya Muthu,
Kami berkawan baik sama sedarjah,
Berkawan bersama main bersama,
Hei hei hei… hoi hoi hoi (macam lirik penyamun dalam cite PRamlee pulak)
Tiga Sekawan….

*repeat chorus

Hai mat pi, mat pi… dah lama aku tak jumpa ko. Dah sejam lebih dah ni aku dok lab, agak2 macam mana rupa ko ye. Ah balik bilik la macam ni….

Abis la aku tido luar malam ni…

March 20, 2006

Cikgu yang tak best…

Filed under: Uncategorized — peetz @ 10:17 am

Harini baru hari selasa. Aku rasa macam dah hari Jumaat sebab aku malas sangat nak duduk UTP ni dah. Aku pun tak tau kenapa dulu aku suka duduk UTP kononnye nak berbakti pada UTP dengan sume event aku sape jadi hi-comm la. Aku rasa kalau Hitler hidup lagi sure dia tembak je aku sebab nak lawan kuasa dia. Aku rasa lepas grad ni aku malas dah nak datang balik UTP kira tutup buku. Ape la yang ada sangat kat sini, lecturer2 dia pun bukannye best sangat. (Alamak aku lupa aku ada add jugak tutor/lecturer aku dalam friendster ni). Aisey aku tarik balik kata2 aku….slurp…slurp (bunyi aku tarik balik kata2 aku).

Aku takde la bengang sebenarnye kat lecturer UTP ni. Kalau nak compare time sekolah rendah aku, aku lagi menyampah sekolah menengah aku ni. Aku paling tensen dengan cikgu Sejarah aku time form 2, agak2 sampai time ni la aku bengang. Aku ni takde la nakal sangat kat sekolah, cuma sekadar ponteng kelas, curik duit budak2 form 1, vandelism, lambat gi sekolah ngan hisap rokok time abis sekolah je. Ape la sangat kalau compare ngan budak2 sekolah Henry Gurney tu Bukannye aku selak kain orang ke, bawak lari anak orang ke. Aku cukup bengang ngan cikgu sejarah aku ni, nama dia Cikgu Halimaton. Dia suka sangat bagi kerja rumah dan aku sebagai pelajar contoh buat la kerja rumah tu (takde la sampai habis tapi aku buat la sikit2).

Aku ingat lagi aku nak buat homework tu tapi adik aku yang best pergi koyakkan buku aku. Abis bercerai barai dah buku tu. Bila time nak submit aku cakap la buku aku koyak dan tiba2 PANG! huh laju je tangan dia landing kat pipi aku. Aku tak pernah pulak kena lempang ngan cikgu aku, cuma aku berzikir je la, cilake ko, cilake ko, cilake ko…. sakit gile nak mampos. Ada la jugak berpinar mata aku, macam TV takde siaran. Ade pasal buku terkoyak pun nak lempang aku. Lain la kalau aku selak kain dia ke, bawak lari anak dia ke. Tu memang wajib la aku kena lempang. Logik tak? Bukannye koyak banyak pun, buku aku tercerai kulit dia je. Bila balik aku cite kat mak aku, mak aku pulak bagi lagi seround. Best betul aritu.

Aku pernah gak bengang ngan sorang cikgu darjah 6 ni nama dia Cikgu Sayuti. Aku mula2 dengar mcm nama pumpuan. Hahaha. Aku paling bengang bila pagi2 dia selalu buat spotcheck kuku. Aku rasa hampir setiap kali buat memang kantoi la. Bila kantoi free2 kena ketuk jari aku ngan pembaris kayu 1 meter tu… dah la kena ketuk, dia suruh aku baca doa sebelum start belajar. Aku hangin satu badan gak la. Dah la ketuk jari aku, dia suruh aku baca doa pulak. Masa tadah doa tu aku baca extra sikit dalam hati jangan bagi doa tu kat dia. Hahaha boleh ke macam tu.

Aku paling ingat sekali time kantoi ngan dia bila aku pakai seluar terbalik gi sekolah. Aritu dah la jumaat kena pakai sampin so aku tak perasan la aku pakai terbalik seluar. Adui free2 je dia tarik seluar aku depan kelas, terus aku rasa saham aku jatuh gile babi. Aku rasa kalau aku dengar business news kat TV3 tu boleh dengar pembaca berita tu cakap "hari ini saham Peet ditutup rendah….". Aku punya la blur tak tau nak bagi excuss ape aku pergi cakap umah aku pagi tadi takde letrik, so tak nampak pakai seluar ni. Hahaha, nak tipu tengok2 cikgu aku pun duduk same kampung ngan aku….adus!

Hobi aku time2 rehat selalu main rebut2 tiang. Aku pun tak paham kenapa masa kecik2 aku suka main benda tu padahal banyak je benda lain boleh rebut, macam rebut awek ke, rebut duit ke. Bila aku main style yang hardcore rebut gile2 konon macam tiang tu diperbuat dari emas la. Last2 bila abis masa rehat aku tengok takde la member2 aku gi bawak balik tiang tu gi kelas. Tadi berebut sangat…ha amik la…amik! Pernah aku main berebut tiang sekali, member aku, Syuk, yang baru nak rebut tiang tu aku tolak dia kena tiang tu. Agak berdarah gak la dia dan kena pergi bilik guru untuk dibedah siasat (eh member aku tu tak mati lagi). Sampai2 ustaz sekolah pulak panggil aku. Aku masa tu dah gundah gulana tak tahu nak buat apa dah. Ni mesti pasal kepala Syuk la ni. Memang betul pun! Tak pasal-pasal aku kena tarik telinga oleh ustaz tu. Tapi sebelum telinga aku kena tarik, aku dah nangis awal-awal dah. Ye la.. kalau nangis awal-awal, mungkin dendanya tak berat sangat. Ok tak taktik kotor aku? Nanti korang ajar la kat adik2 korang.

*ek elleehhhh.. sebanarnya aku nangis sebab takut. Heh heh*

Itulah dia kes juvana yang aku pernah lakukan masa aku darjah 5 dulu. Kalau nak masuk sekolah Henry Gurney pun, kena gelak dek orang aje. Nanti kalau orang tanya "kenapa aku masuk sekolah Henry Gurney?". Aku cakap "aku tolak member aku". Hek eleh tak brutal langsung. Lain la kalau aku selak kain orang ke, bawak lari anak orang ke. Hek eleh takde contoh lain ke aku nak bagi?

March 19, 2006

Cite Hantu dan Ngaji

Filed under: Uncategorized — peetz @ 7:17 pm

Bila aku dah lama tak update Blogger aku, aku dah makin fedup nak maintainkan blog sana… aku rasa biarla menatang tu ditelan zaman. Yang mula2 introduce aku pada blog2 ni rasa si Cheepoi la. Oh sume bende dia kata best, last2 aku tengok blog dia takde la update2. Dah la siap promote aku guna FileBucket.com untuk upload gambar… last2 dia tak guna. Tah apa yang dia saiko aku sampai aku pun boleh ikut cakap dia. Nak kata dia hypnosis aku takde pulak dia bawak rantai ayun2 depan muka aku…

Bila mula2 aku cakap nak start guna Friendster Blog ni member2 aku sume suruh buat itu la, buat ini. Fedup pulak aku, slow2 la…aku cepuk pulak kang. Tapi takpe la sebab aku nak buat blog ni sebab nak lepaskan otak gile2 aku je.

Aku semalam ada balik ngan cozmate aku, pastu borak2 ada pulak cite pasal suam2 kuku. So arini aku tak puas hati aku gi la check internet. Yang aku jumpa seram2 kuku. Alah makin kompius aku. Last2 aku tak pedulik pun ada yang ada pada kuku… dua2 mcm tak logik. Dah la lecturer aku selalu round2 computer sekarang, tak pasal2 kantoi, baru betul seram2 kuku aku.

Cite pasal seram2 ni, member2 aku cakap aku ni pandai cite hantu tapi aku rasa macam kalau aku cite pun orang takde la lari, lagi gelak ada la. Selalu kalau orang Melayu cite hantu je, mesti paling femes pasal Pontianak, pesal ek? Aku pernah masa kecik2, balik ngaji takut ngan Pontianak datang jugak. Aku dengar2 cite Pontianak tu gelak2, lepas tu kejar budak…makin laju orang tu lari makin cepat dia kejar. Aku rasa sebab Pontinak tu boring kot nak main kejar2. Dia gelak pun sebab dia menang la kan. Aku lenkali nak try lumba balik la ngan dia, aku nak tengok kalau dia kalah dia gelak lagi tak. Sure lepas ni dia tak kacau aku lagi kot.

Dulu aku selalu ingat hantu ada malam Jumaat je. Aku paham yang orang2 mati selalu menziarahi keluarga time malam tu je. Kalau orang tu mati sebagai orang baik, dia tak jadi hantu la. Kalau orang tu mati sebagai orang jahat, dia akan balik sebagai hantu. Kalau orang tu mati sebab dibunuh, dia akan kembali untuk membalas dendam dekat orang yang bunuh dia. Dia akan cekik orang yang bunuh dia tu sampai mati. Kemudian orang yang mati sebab kena cekik dengan hantu tu akan jadi hantu pulak dan akan mencekik hantu yang bunuh dia tu sampai hantu tu mati. Bila hantu tu mati, dia akan jadi hantu kali ke dua dan cekik balik hantu yang bunuh dia. Sampaila hari kiamat benda ni ulang-ulang aje. Seram tak? naik bulu roma dalam hidung aku bila aku taip cerita ni.

Masa zaman aku darjah 4 pulak, ada cerita pasal hantu susu. Ada yang cakap, hantu susu ni merayau-rayau ketuk rumah orang sebab nak pau susu untuk anak dia. Dia ada dukung anak dia yang dibungkus dalam kain tetapi sebenarnya yang dia dukung ialah batu nisan (bukan nissan). Masa tu kalau orang ketuk rumah malam-malam memang seram je nak bukak. Ada jugak aku dengar kes hantu susu ni pecah masuk kedai runcit dan curik susu baby. Tapi aku rasa itu bukan hantu susu, tapi penyangak. Hantu susu ni pun satu, kalau takde susu untuk susukan anak, hantar la anak tu pergi menyusu dekat ibu susu? kan banyak hantu-hantu lain yang berpotensi sebagai ibu susu seperti Hantu Kopek. Lemah betul teknik "problem solving" dia.

Dulu aku ngaji ada la jugak malam2, dekat rumah Uztaz Abu. Aku ingat lagi dia tu garang jugak la tp selalu cakap dalam (cakap direct la). Anak dia lagi garang…. stock kalau salah baca je, main hambat rotan bulu ayam tu la kadang2 terlompat aku tengok dia jolok2 kan bulu ayam tu. Aku rasa sebab dia ingat aku ni bengong mcm ayam kot. Aku rasa time2 aku ngaji tu memang best gak, sebab masa tu la aku boleh merayau2 kampung. Ada satu time tu aku lupa nak balik sampai mak aku sendiri yang pergi hambat aku balik ngan anak2 Uztaz tu jugak. Tu la jahatnye aku time kecik, silap2 aku mati jadi hantu aku boleh ziarahi korang time malam Jumaat yek… haha seram tak cite aku. Takpe kalau korang tak seram korang print blog ni, baca la sorang2 kat kubur2 lama ke, rumah terbiar ke…

So lab session aku dah abis menandakan cite aku pun dah abis. Haha, aku rasa lecturer aku tgk aku asyik menaip je dia pikir bagus aku tengah solve problem programming aku ni. Hehehe….