Caffeine Overdose






         Blog ini terhasil akibat terlalu banyak minum kopi… -[PARENTAL ADVISORY]-

March 19, 2006

Cite Hantu dan Ngaji

Filed under: Uncategorized — peetz @ 7:17 pm

Bila aku dah lama tak update Blogger aku, aku dah makin fedup nak maintainkan blog sana… aku rasa biarla menatang tu ditelan zaman. Yang mula2 introduce aku pada blog2 ni rasa si Cheepoi la. Oh sume bende dia kata best, last2 aku tengok blog dia takde la update2. Dah la siap promote aku guna FileBucket.com untuk upload gambar… last2 dia tak guna. Tah apa yang dia saiko aku sampai aku pun boleh ikut cakap dia. Nak kata dia hypnosis aku takde pulak dia bawak rantai ayun2 depan muka aku…

Bila mula2 aku cakap nak start guna Friendster Blog ni member2 aku sume suruh buat itu la, buat ini. Fedup pulak aku, slow2 la…aku cepuk pulak kang. Tapi takpe la sebab aku nak buat blog ni sebab nak lepaskan otak gile2 aku je.

Aku semalam ada balik ngan cozmate aku, pastu borak2 ada pulak cite pasal suam2 kuku. So arini aku tak puas hati aku gi la check internet. Yang aku jumpa seram2 kuku. Alah makin kompius aku. Last2 aku tak pedulik pun ada yang ada pada kuku… dua2 mcm tak logik. Dah la lecturer aku selalu round2 computer sekarang, tak pasal2 kantoi, baru betul seram2 kuku aku.

Cite pasal seram2 ni, member2 aku cakap aku ni pandai cite hantu tapi aku rasa macam kalau aku cite pun orang takde la lari, lagi gelak ada la. Selalu kalau orang Melayu cite hantu je, mesti paling femes pasal Pontianak, pesal ek? Aku pernah masa kecik2, balik ngaji takut ngan Pontianak datang jugak. Aku dengar2 cite Pontianak tu gelak2, lepas tu kejar budak…makin laju orang tu lari makin cepat dia kejar. Aku rasa sebab Pontinak tu boring kot nak main kejar2. Dia gelak pun sebab dia menang la kan. Aku lenkali nak try lumba balik la ngan dia, aku nak tengok kalau dia kalah dia gelak lagi tak. Sure lepas ni dia tak kacau aku lagi kot.

Dulu aku selalu ingat hantu ada malam Jumaat je. Aku paham yang orang2 mati selalu menziarahi keluarga time malam tu je. Kalau orang tu mati sebagai orang baik, dia tak jadi hantu la. Kalau orang tu mati sebagai orang jahat, dia akan balik sebagai hantu. Kalau orang tu mati sebab dibunuh, dia akan kembali untuk membalas dendam dekat orang yang bunuh dia. Dia akan cekik orang yang bunuh dia tu sampai mati. Kemudian orang yang mati sebab kena cekik dengan hantu tu akan jadi hantu pulak dan akan mencekik hantu yang bunuh dia tu sampai hantu tu mati. Bila hantu tu mati, dia akan jadi hantu kali ke dua dan cekik balik hantu yang bunuh dia. Sampaila hari kiamat benda ni ulang-ulang aje. Seram tak? naik bulu roma dalam hidung aku bila aku taip cerita ni.

Masa zaman aku darjah 4 pulak, ada cerita pasal hantu susu. Ada yang cakap, hantu susu ni merayau-rayau ketuk rumah orang sebab nak pau susu untuk anak dia. Dia ada dukung anak dia yang dibungkus dalam kain tetapi sebenarnya yang dia dukung ialah batu nisan (bukan nissan). Masa tu kalau orang ketuk rumah malam-malam memang seram je nak bukak. Ada jugak aku dengar kes hantu susu ni pecah masuk kedai runcit dan curik susu baby. Tapi aku rasa itu bukan hantu susu, tapi penyangak. Hantu susu ni pun satu, kalau takde susu untuk susukan anak, hantar la anak tu pergi menyusu dekat ibu susu? kan banyak hantu-hantu lain yang berpotensi sebagai ibu susu seperti Hantu Kopek. Lemah betul teknik "problem solving" dia.

Dulu aku ngaji ada la jugak malam2, dekat rumah Uztaz Abu. Aku ingat lagi dia tu garang jugak la tp selalu cakap dalam (cakap direct la). Anak dia lagi garang…. stock kalau salah baca je, main hambat rotan bulu ayam tu la kadang2 terlompat aku tengok dia jolok2 kan bulu ayam tu. Aku rasa sebab dia ingat aku ni bengong mcm ayam kot. Aku rasa time2 aku ngaji tu memang best gak, sebab masa tu la aku boleh merayau2 kampung. Ada satu time tu aku lupa nak balik sampai mak aku sendiri yang pergi hambat aku balik ngan anak2 Uztaz tu jugak. Tu la jahatnye aku time kecik, silap2 aku mati jadi hantu aku boleh ziarahi korang time malam Jumaat yek… haha seram tak cite aku. Takpe kalau korang tak seram korang print blog ni, baca la sorang2 kat kubur2 lama ke, rumah terbiar ke…

So lab session aku dah abis menandakan cite aku pun dah abis. Haha, aku rasa lecturer aku tgk aku asyik menaip je dia pikir bagus aku tengah solve problem programming aku ni. Hehehe….