Caffeine Overdose






         Blog ini terhasil akibat terlalu banyak minum kopi… -[PARENTAL ADVISORY]-

April 26, 2006

Busy Bee - Hoon

Filed under: Uncategorized — peetz @ 1:09 pm

Giler punyer bizi aku minggu ni. Hari ni pun bizi jugak. Otak aku tengah tepu buat assignment ni, rasa kalau otak aku buat susu tepung pun boleh… ha korang tgk kan aku kata aku dah tak betl. Kepala otak aku pun tak boleh berjalan lancar untuk update blog.

Kalau korang masuk blog aku ni takde update jugak, cuba korang click ‘refresh’ 10 kali. Kalau takde entry baru jugak, confirm memang aku bizi dan tak sempat nak update.

Selamat mencuba!

April 25, 2006

Book Review

Filed under: Uncategorized — peetz @ 1:53 am

Aku terbaca blog2 member aku (nak promote la skali…) termasuk Shasha, Bet, Dueng ngan Podip - antara bloggers2 yang active menceritakan cerita yang orang taknak tau dan orang dah tau…. Aku ada perasan diong kadang2 cerita pasal buku yang diong ada baca dan tulis ulasan (apasal aku teringat nangka pulak tetiba ni?).

So aku sebagai kipas-susah-mati taknak kalah nak tulis pasal book review aku sendiri pulak. Sebelum tu biar aku gi library kejap….

John

Ok aku nak buat review pasal buku kat atas. Tajuk dia The Testement John Grisham yang tulis. Kepada sape2 yang tak tau John Grisham ni slalu tulis cerita pasal Law. Maybe sebab dia nak jadi Lawyer tapi mak dia tak kasi atau dia tak lepas paper Business Cyber Law yang patut dia amik masa final semester study dia. Cerita ni pasal Testement. Ape lagi aku nak cerita ni. Sebenarnye aku takde la baca pun buku ni. Aku baca tajuk depan je….

Ah tukar buku la!

Buku ni merupakan kitab yang dikarang oleh Yoshito Usui. Buku ni adalah buku feveret aku sejak kecik lagi. Korang mesti tak percaya tapi buku ni actually dah ada dalam pasaran masa aku Darjah 6 lagi. Aku ingat buku ni still maintain font, character dan quality kertas yang sama cuma harga tu aku tak pasti. Dulu buku ni best fren aku kat sekolah rendah yang kenalkan aku nama dia Shukri. Aku tak pasti kenapa buku ni tak dipasarkan besar2an masa tu. Maybe sebab dasar kerajaan untuk Rancangan Malaysia ke-7 masih belum diamalkan sepenuhnye terhadap buku komik2 Jepun.

Cerita pasal komik ni pulak. Aku teringat masa time aku sekolah rendah dulu, mak ayah aku cukup pantang kalau aku baca komik. Tak kesah la komik mana tapi yang top masa tu ialah Alam Perwira, Dewata Raya, Ujang dan Dik Cerdas ni. Masa tu aku memang hantu Ujang dan pantang 15 atau 30 haribulan aku akan smuggle komik Ujang masuk dalam rumah. Antara pengedar rasmi majalah Ujang masa tu termasuklah Amir Hisham, Amir Rizal ngan Aizuddin. Tengok la cukup tarikh je aku gi jumpa diong…” bang, bang, barang ada?….”. Alah macam penagih la pulak aku.

Ada suatu hari tu, benda paling aku ingat lagi masa darjah 5 dulu, kes aku smuggle Ujang masuk bilik aku. Mak ayah aku memang cukup pantang aku baca Ujang. Kira nak kata buku komik ni sama taraf dengan buku lucah la. Dua2 kena ban dalam rumah aku. Aku selalu nak pergi amik komik dari rumah Amir Hisham, kelentong bapak aku. Ayat comon aku ” ayah, nak gi rumah Amir jap. Nak amik kerja rumah dari dia..” Bapak aku dengan menunjukkan ibu jarinya melepaskan rantai dekat kaki aku…eh takde la sampai macam tu! Bese la nak buat kerja rumah, takkan dia tak kasi kot. Bila dah amik komik, part yang paling payah ialah nak bawak masuk dalam rumah. Biasanya aku letak komik tu dalam seluar perut aku so tak perasan bila aku tuck-outkan baju.

Haritu apakan daya. Malang berbau kot masa tu. Aku rasa mak aku boleh rasa bau kedai komik tu sebab baru lagi beli. Mak aku suruh angkat baju aku dan pedepap…. tergolek komik Ujang tu depan mata kitong sume. Aku time tu baru sedar cemana rasa kalau pengedar dadah kantoi ngan Imegresen, tapi kes aku ni lagi teruk! Mak aku dengan takde trial ape terus hayun je rotan kat tangan aku. Dah la kantoi, buku tu kena bakar pulak! Tak pasal2 aku kena ganti RM3.50 kat Amir. Dah la tak dapat baca.  Bak kata pepatah orang2 tau, sudah jatuh kena rotan pulak + kena ganti buku + tak dapat baca buku Ujang.

Takpe la, sebenarnye mak aku tak kasi aku baca buku Ujang sebab dia nak aku dapat A dalam Karangan UPSR aku dulu. Alhamdulillah aku dapat A dalam Karangan. Aku yakin kalau mak korang tau korang baca blog aku, mesti dia tak bagi jugak sebab blog aku ni berpotensi nak merosakkan bahasa korang ni. Dah2 gi sambung buat assignment / projek / tido….

April 23, 2006

Shazana@06

Filed under: Uncategorized — peetz @ 6:52 pm

Hai, aku dari minggu lepas nak buat post baru tapi rasa sampai sekarang ni baru nak buat. Aku rasa minggu ni dah banyak assignment aku kena hantar. Dah asyik setiap minggu bertangguh buat keje. Alahai, procrastinational.

Ape yang aku nak cerita minggu ni yek… minggu lepas birthday Shazana. Dia adalah kawan paling lamaaaaaaaaa yang aku mula2 kenal kat UTP ni. Aku pun ada jugak cerita dengan dia…..

Rilek Kimi… duduk dulu… dengar apa yang aku nak cakap dulu.

Haha! Aku masuk UTP mula2 bulan dua dan tarikh aku angkat sumpah ialah 2.2.2002. Tarikh aku angkat sampah pulak ialah 4.1.2001 - tarikh tu aku pun boleh ingat sebab mak aku jarang suruh aku buang sampah kat luar rumah. Maklum la selaku anak teruna kat rumah, dah menjadi tanggungjawab aku untuk menjadi pemalas besar dalam rumah tu. Tapi cerita ni kena rewind lagi belakang.

Rewind…rewind…rewind…. ah tape rosak!

Takpe masa aku mula2 kena interview petronas, tu jugak la first time aku naik KLCC tingkat 40. Masa tu aku tau2 dah kena interview masuk University. Aku rasa penat aku masa SPM tak habis lagi. Tak sempat aku nak meronggeng, berdangdut dan berclubbing, usia muda aku berakhir begitu saja. Aku mula2 briefing aku ingat En. Asridin mula cakap pasal scholar. Dari awal sampai habis ialah pasal duit. Aku rasa aku boleh tengok kat mata dia ada tanda ‘$$’. Next aku pulak dibrief pasal UTP pulak. Wah kalau sesiapa pernah pergi briefing ni, aku rasa semua tertipu dengan propaganda UTP yang menunjukkan betapa indahnya dan nyamannye UTP ni. Pendek kata diong nak cakap UTP ni ’syurga yang tersembunyi’ la… Bila sampai no wonder orang tak kenal UTP ni kat mana.

Masa interview adalah time aku paling ingat Shazana. Masa dulu aku kena debate satu group dengan dia. Ada sorang budak lelaki ngan perempuan aku tak kenal dan tak berjaya lepas pun. Arg dah la kena interview dalam bahasa omputih. Masa tu English aku bukannye best pun, setakat "Yes, No, Orait, Thankyou, Sama-sama" tu aku reti la. Aku kena debate tajuk Internet Sensorship. Ok la nasib baik aku terror dalam bidang internet2 ni. Aku rasa kalau kena topik Wealth of Nation in Free Trade Economy ke, Control Pressure of Cutting Re-Injection ke… berpeluh jugak aku nak debate. Aku rasa session aku je yang tak best. Tengok budak group lain nak debate dalam Jawa pun boleh. Masa discussion tu start2 je cakap omputih, last2 semua ikut aku cakap melayu. Aku ingat time tu Sha and aku je start2 cakap, bila aku start cakap Melayu dia pun ikut. Aku rasa kalau aku start cakap arab pun dia ikut kot.

Lepas habis interview ni aku pun lepak2 duduk dengan Sha dengan harapan nak ngorat dia. Hahaha, aku ingat lagi time tu dia pakai gigi besi tapi nak sakat dia menangis pulak. Lepas tu aku pulak interview dia…. Aku rasa mesti dia preasure kena interview oleh aku pulak.

Aku rasa setakat ni je la cite aku pasal Sha ni. Saje aku cite pasal Sha sebab masa Bday dia minggu lepas dapat idea nak tulis blog pulak. Takpe, kang cite lebih2 kang ada pulak orang tingkat 4 turun tingkat 3 kang….Tammat!

April 18, 2006

Barisan Warden

Filed under: Uncategorized — peetz @ 7:34 pm

Yeah. Hari ni hari jadi Sultan Perak so aku nak wish Happy Bday kat ko Lan! Aku rasa tiap2 tahun aku wish dia bday tapi tak pernah pulak aku dapat gelaran Dato’ dari dia. So Lan, kalau ko baca ni hopefully next year bagi la aku satu dua gelaran yek.

Aeriel

Kalau korang tengok gambar diatas, ni adalah gambar sekolah aku dari atas langit. Gambar ni diamik oleh satelit US. Aku rasa diong memang simpan gambar ni just in case kalau2 sekolah ni buat hal, US senang nak plan bom bangunan mana. Sebelah sekolah kitong ada Kem Tentera Malaysia pulak… in case kalau US serang sekolah, dun worry kereta kebal kat sebelah je. Hahaha! Kan aku kata sekolah aku memang power!

Cakap pasal sekolah power, kakitangan sekolah ni mesti la power jugak. Sekolah aku ni terkenal dengan melahirkan samseng2 taik minyak dan secara tak langsung, warden2 sini la yang bertanggungjawab atas segala tunjuk ajar masa kita kat sekolah dulu. Mari kita berkenalan dengan barisan2 warden penjara asrama sekolah aku:

Cikgu Shamsuddin @ Bobo
Bobo adalah guru besar sekolah aku masa aku form 4 & 5. Biasa la bobo ni adalah seorang yang cute dan takde la garang sangat tapi bila everytime perhimpunan mesti dia nak berucap terutama hari Isnin. Perhimpunan pagi selalu pagi2, eh mesti la pagi… tapi kadang2 cikgu2 bertugas saje tak jumput dia pergi perhimpunan. Kalau tak, sesi pertama pembelajaran aku hangus macam tu aje.

Cikgu Shainisi @ Mat Chai
Cikgu yang terkenal dengan double standard kepada budak2 form 5 (batch atas kitong). Nak kata si Mat Chai ni ada affair ngan budak form 5 ni takde la pulak!Kitong pernah sekali cukup bengang betul dengan Mat Chai ni sebab asyik dok belah budak2 form 5 je. Pernah sekali kitong pernah boikot perhimpunan pagi Isnin dan semua budak2 form 4 tak datang perhimpunan tunjuk mogok. Nasib baik masa tu trak FRU atau Unit Penjara tak datang. Last2 career Mat Chai berkecai bila dia letak jawatan dan jadi cikgu Co-cu je. Bila pikir2 balik kesian jugak aku tengok sebab anak dia cun…baru aku teringat!

Cikgu Anuar @ Papa - Warden Tekun
Terbalik dengan Mat Chai, Papa adalah cikgu kesayangan budak batch aku. Sebab tu bila Mat Chai resign dia terus naik jawatan Penolong Kanan. Gile pengaruh batch aku amat kuat especially bila announce Papa jadi Penolong Kanan, aku rasa semua budak batch aku bersorak macam BN menang pilihanraya jugak la gayanye. Papa ni amat cool gile, spek tintet, pakai tie kemas, cakap pun cover macho. Rasa semua budak Aspura nak jadi macam dia la especially bila dia round sekolah naik moto C50 dia tu. Bila time ‘light-off’ Papa akan round2 naik moto dia tapi dari jauh lagi boleh dengar bunyi moto dia. Tak payah nak hon2 suruh tutup lampu. Aku pegang rekod bersih ngan dia sampai dia jadi gerentor untuk scholar Petronas aku.

Cikgu Bakri @ Mister
Dia jugak seorang yang cool tapi most respected warden kat sini. Sebab tu dia head warden kat sini. Kitong suka cara dia cakap. Cakap manis tapi makan dalam. Siapa yang tak suka cara dia cakap nanti dia akan cakap dengan tangan dia pulak (kena jek la ni!). Bila time Magrib kalau dia turun surau tu tanda nak cek attandance la tu kalau2 ada budak ‘fly’ tak bagitau dia. Trademark dia ialah van biru dia! Dun worry time prep malam mesti dia round pakai kain pelekat sambil pegang rotan. Cuak gak aku time tu! Rekod bersih aku jugak adalah ngan dia….

Cikgu Zainal @ Limbok - Warden Mesra
Cikgu yang suka publisity murahan. Cikgu ni suka betul amik gambar dan cakap tah merapu2. Aku kalau cakap dengan dia dah lost track tentang apa yang dia cakap. Kitong paling tensen dengan anak dia sebab kadang2 kurang ajo betul! Anak dia pernah cakap dia nak jadi Mat Rempit berjaya suatu hari nanti. Aku pun tak tau cemana boleh dapat gelaran Limbok ni. Maybe dia pernah menang johan pertandingan Limbo peringat daerah kot.

Cikgu…alamak lupa nama dia! @ Cheng - Warden Harmoni
Cikgu ni cikgu paling tak amik port sekali dalam semua warden. Kalau nak bayangkan dia dengan rotan, memang tak boleh bayangkan la pendek kata. Cikgu ni buat selamba dek buat dunno je pasal asrama ni, sebab tu budak2 Harmoni ni banyak melahirkan budak2 ganas yang bertauliah…. (haha saje nak provoke budak Harmoni).

Cikgu Ramlel @ Bull - Warden Kasih
Walaupun dia warden blok kasih… dia la warden paling ‘pengasih’ antara semua. Kalau korang nampak dia senyum tu tanda korang pendek umur la tu! Dia memang pandai repair kereta. Kalau nak bayangkan betapa terrelnye dia repair kereta, korang bayangkan kereta Mr. Bean kalau repair boleh jadi Pajero 4WD. Bull ni paling femes sebab dia la warden paling rajin jek budak. Walaupun garang gile tahap dewa dia ni, anak dia pulak lembut. Adui lemah lutut aku dengar pasal ni. Kemana tumpangnye kuah kalau tak ke lantai….

Cikgu Mahbut @ Mabut - Warden Bestari
Biasa bila part warden sendiri kena angkat lebey sikit… Mahbut ni seorang usahawan yang berjaya antara semua. Dia adalah supplier haram nasi lemak la…dadih la… macam2 benda dia boleh jual. Orang kata everything under the sun dia supply. Cikgu ni paling kelakar bukan sebab lawak dia tapi sebab dia selalu blank dalam semua benda dia buat. Dia di assign jaga Bestari sebab blok Bestari adalah blok paling banyak melahirkan AJK surau dan pengawas asrama. Maklumlah surau sebelah blok! Kalau korang baca ni mesti korang tau blok mana aku duduk kan?

April 15, 2006

Mati Kebosanan…

Filed under: Uncategorized — peetz @ 6:27 pm

Wah! Its official! Aku memang fedup duduk kat UTP masa weekend. Aku rasa aku bakal menjadi orang pertama mati sebab bosan. Sure org2 CSI pecah kepala pikir apa la sebab aku mati nanti…

Sejak dua tiga hari ni aku boleh nampak perbezaan ketara apabila kebosanan melanda bila aku mula bukak cerita bodoh aku kat member2 aku termasuklah Haha(cerita Hikayat Hang Tuah), Yanti(cerita Sukardi dengan 1001 malam) ngan Zura(cerita kambing dengan bayang2).

Aku pelik jugak apasal korang ramai tak dengar cerita Sukardi ni sebab dekat sekolah dulu aku rasa femes cerita ni. As promise tu Yanti aku akan cite kat blog aku supaya korang boleh tau cerita yang hampir lapuk dek zaman ni…

Malam semakin lanjut. Sukardi masih lagi menunggang motor honda cup 70 (saje pilih moto ni…) untuk balik ke rumah. Motor itu aje la yang dia ada selain dari Handset Mototrola 3G yang dia beli semalam. Jauh lagi nak sampai rumah dia. Untuk sampai ke rumah, dia kena melalui jalan kebun getah yang seram sikit tu. Dia pun cuak jugak takut-takut ada pontianak yang datang bersaing dengan dia nanti. Kat kawasan tu dulu pernah terjadi seorang pemandu lori terjumpa pontianak.

Mengingatkan cerita tu, Sukardi menjadi kecut jugak. TIBA-TIBA!!! enjin motornya mati. Apasal mati dia pun tak tau. Dia cuba try test start balik motor dia tu tapi tak sukses-sukses jugak. Sekonyong-konyong, kedengaran suara berdehem "Ehem!" kat belakang dia. Bila dia toleh ke belakang aje, seorang tua berkopiah putih bagi salam kat dia "Assalamualaikum". Tanpa bagi bisnes kad, orang tua tu pun tanya lah kat Sukardi:

Orang tua: "Apa masalah anak ni?"
Sukardi: Ni motor ni buat hal pulak. Tetiba je mati enjin.
Orang tua: Cuba cek meter minyak.
Sukardi: Laaa.. patut laa.. minyak abis rupanya.
Orang tua: Bangang betul kau ni! Takpe.. kau tunggu sekejap, aku nak ambik air kat sungai sana.

Beberapa minit kemudian, orang tua tu pun sampai dengan membawak sebotol air dalam botol mineral. Kat mana dia kutip botol tu, aku sebagai tukang cerita pun tak tau. Kemudian dengan selamba rocknya orang tua tu isik la air sungai tu dalam tangki minyak motor sukardi.

Sukardi: Eh pakcik! rosak la motor saya kalau isik air!
Orang tua: Kau jangan banyak cakap! aku ni ada magik. Cuba kau start motor kau tu.

Terperanjat Sukardi bila motor dia boleh start pulak. Ini dah kira macam David Blaine punya street magik ni!

Orang tua: Dah, kau boleh balik sekarang. Selagi kau tak bukak tangki minyak ni, selagi tu la motor kau boleh jalan tanpa isik minyak. Ingat pesan aku tu!
Sukardi: Baik la pakcik. Terima kasih daun keladi
Orang tua: Kasih diterima.

Lalu sukardi pun balik la dengan senang hati. Sejak pada itu Sukardi tak pernah isik minyak motor. Minyaknya full tank aje tak surut-surut.

Tamat.

Korang takkan tak pernah baca cerita macam ni? Mana orang tua tu duduk ha? Sapa ada nombor tepon dia? Aku nak kontek la. Nak mintak dia isik air dalam moto C70 aku gak. Minyak mahal macam sial aje sekarang ni!

April 14, 2006

Antara Dendam dan Maruah

Filed under: Uncategorized — peetz @ 8:12 pm

Eh rajin pulak aku menulis hujung minggu ni. Aku bukan apa, boring semua housemate aku dah pergi jumpa mambang masing / balik sekolah lama. Membuatkan aku nak cerita pasal sekolah aku pulak.

Lepas aku transfer sekolah Teknik Sg. Buloh, aku kena duduk luar. Aku bukannye kena duduk luar sekolah tepi jalanraya masa cikgu mengajar tu tapi aku tak dapat masuk asrama. Gile kang duduk luar jalanraya tu kena langgar lori, kempunan aku tak kawin lagi.

Let me story you a story about this school story - chewah skipping London pulak aku! Takpe janji betul…

Wah tajuk gile ganas! Ni pasal maruah sekolah aku. Sekolah aku ni terletak di Sg. Buloh. Ini bukan kes mcm Teknik Kuala Selangor, sekolah kat Batang Berjuntai tapi letak nama kawasan Kuala Selangor. Sekolah aku ni hanya 5 kilometer agaknye dari Penjara Sg. Buloh. Sekolah ni nak dikategori sebagai sekolah budak2 jahat pun ok jugak sebab kalau tanya Salleh Kamil, Sarip Dol, S. Kadarisman dan A. Rahim, mesti diong tau punya sebab diong pun hantar anak diong sekolah kat sini.

Nak dijadikan cerita, masa aku mula2 masuk ada match bola antara sekolah2 Teknik (aku lupa nama piala tu) tapi every year Teknik Sg. Buloh mesti jadi johan kebangsaan dah 3 tahun berturut2 kot. Maybe faktor utama sebab Moktar Dahari, Dollah Salleh sume hantar anak diong sekolah sini. Kalau tak percaya cuba tanya Shebby Singh. Lepas korang tanya mesti korang tak percaya sebab Shebby Singh pun tak percaya. Dah sume nak anta anak dia gi sekolah kat sini, tak logik la pulak.

Kejadian ni berlaku lepas habis match Teknik Sg. Buloh vs. Teknik Shah Alam. Teknik Shah Alam ketinggalan 2-0. Supporters Shah Alam dah start tak puas hati. Masa tu ramai jugak la agak2 100 org Teknik Shah Alam. Paling teruk masa referee tunjuk kad merah kat player Shah Alam. Budak mula masuk padang dan budak Sg. Buloh pun sama nak cari gaduh. Dah trash talk sikit, start la gaduh baling kasut player. Last2 semua supporters gaduh dalam padang la. Kira kalau tgh hujan mau kitong mud wresling tgh2 padang tu. News ni masuk CNN dan masa tu guru besar kitong, Cikgu Shamsuddin (timangan Bobo sebab dia cute dan bulat) tau dan terus turun padang dengan harapan nak leraikan gaduh2 tu. Gile apa dia tu dah la bulat, nak leraikan sorang2. Aku rasa dia gagal nak leraikan sebab dia tu bulat dan duduk tengah2 padang, orang kompius dengan bola.

Agak2 30 minit la guru besar, dengan referee nak leraikan last2 supporters Shah Alam mula start baling selipar pulak. Dah tak tahan, kitong terpaksa retreat. Masa tu Bobo dah tak tahan. Kitong terpaksa cover fire untuk bobo. Siyes aku cakap masa tu la pertama kali kitong sayang kat guru besar sanggup cover untuk dia retreat. Waa… ni memang macam perang kat palestin main baling2 batu.

Pergaduhan ni merebak ke seluruh kawasan sekolah. Masa tu ada dua warden bertugas masa tu, Cikgu Anuar (codename: Papa) ngan cikgu Bakri (codename: Mister) nampak gaduh2 tu dan frust tgk budak2 retreat so diong hantar reinforcement dari group2 warden. Kalau tgk sekali macam Elves hantar reinforcement kat Helms Deep dalam Lord of The Ring. Aku ingat lagi Papa kata kat kitong, "Korang jangan lari….serang balik!!!" Masa tu papa yang lead serangan kedua. Tengok warden sendiri ajak gaduh, kitong ape lagi! Dengan semangat yang berkobar2 macam lagu Vince ngan Yassin tu, bila lagi nak tengok warden ajak gaduh!

Kecoh tu dari lepas prep pukul 5.30 sampai azan magrib. Aku tak ingat macam mana boleh last2 bersurai (maybe sebab azan magrib kot) tapi end up bas Teknik Shah Alam pecah tingkat kena baling pasu. Ada jugak yang injured tapi warden pun join. Siapa tak sayang anak murid sendiri? Aku dengar cite ada jugak la Papa ngan Mister jack budak2 Shah Alam tu.

Selang dua minggu lepas tu, guru besar kitong, Bobo ngan guru besar teknik Shah Alam kena panggil oleh Jabatan Pendidikan Teknik untuk dibedah siasat. Setelah disiasat, pemenangnye…. ting* ting* ting*….

Kitong kena bayar ganti rugi RM1000 kat Shah Alam sebab bas tu tapi Shah Alam kena bayar RM1000 balik kat kitong. Aik pelikkan? Baik tak payah bayar tapi guru besar mintak kitong RM 3 sebagai denda. Ok la daripada berdiri atas kerusi.

Itulah pengalaman form 4 masa kat Sekolah Teknik Sg. Buloh. Bila reunion alumni mesti budak2 cerita pasal kisah ni. Peperangan mempertahankan maruah Teknik Sg. Buloh!

Kuala Selangor

Filed under: Uncategorized — peetz @ 4:55 am

Dah hari jumaat lagi… Esok aku update ni hari jumaat lagi. Minggu ni aku tak balik tapi rumet aku pulak takde. Ah gile down! Aku boring karang aku balik terus. Selalunye kebolehan aku membuat kerja bodo dikala aku tengah boring ni agak tinggi.

Ok lets get down to business. Aku ada janji dengan korang nak cite pasal sekolah teknik kan?

Ok lepas aku PMR, aku dapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran aku di Sekolah Menengah Teknik Kuala Selangor. Biar aku cite pasal Kuala Selangor dulu. Sekolah ni nama sekolah Kuala Selangor tetapi terletak kat Batang Berjuntai. Aku pun tak paham kenapa dia namakan sekolah ni tempat yang bukan tempatnye. Aku ada pikir ni mungkin konspirasi kerajaan kalau2 sekolah ni buat hal, nama Bantang Berjuntai takkan terpampang. Diong boleh tuduh itu area Kuala Selangor. Tak pun kerajaan Selangor sendiri malu dengan nama Batang Berjuntai itu sendiri. Dah la nama tempat Batang, berjuntai pulak tu… adui kalau aku penduduk tempatan kat situ pun aku malu!

Sekolah tu baru 2 tahun bukak tapi semua facilities takde. Sedangkan kelas aku pun kena guna kerusi dan meja kantin untuk belajar. Kadang2 bila time belajar tu ada jugak rasa lapar sebab dah duduk dekat meja + kerusi makan…iman siapa tak tergugat. Kalau pergi kelas kena la berjalan kaki dari asrama sampai kelas sebab memang berjalan kena pakai kaki.

Sekolah situ memang best dan banyak tak bestnye. Mula2 aku culture shock gak masuk asrama tu sebab aku tak biasa hidup kena kongkong ni. Aku memang dari kecik sampai besar la suka merayau so bila masuk sekolah ni, semua benda takde.

Hari pertama dah buat hal. Masa hari pertama biasa la aku dengan dormmate tak ngam lagi so masing2 buat hal sendiri. Aku cuma kenal budak atas katil aku nama dia Jalus. Hari pertama tu memang aku turun awal, siap buku, pakai kasut baru semua tapi memandangkan masa banyak lagi sebelum pukul 7, aku tido dulu atas katil. Nanti harap2 si Jalus boleh gerak aku sebelum pergi. Tau2 dua2 dah terlelap. Bangun2 tgk dorm sume dah kosong, lahanat punya dormmate, boleh diong blah je tanpa kejut kitong. Cis! Harapkan pagar, pagar pulak benggong….

Dimasa yang sama pulak, perhimpunan pagi selalu ada tiap2 hari kena nyanyi lagu negaraku. Aku dah sampai hafal lagu negaraku tapi lately dah lama tak nyanyi dah tak ingat dah sangat. Haha, boleh tarik kewarganegaraan aku ni. Aku lari2 tengok cikgu disiplin sana, Cikgu Samsudin dan standby buat roadblock dekat corridor depan hall. Aku pun dengan perasaan cuak mcm jumpa polis roadblock dengan road tax mati, aku redah jugak. Dengan harapan dia tgk rambut aku yang tak bersikat baru bangun tu, dia bagi lepas tapi apakan daya. Mood cikgu Din masa tu tak best maybe sebab dia gaduh ngan bini aritu ataupun Selangor kalah match bola haritu, kantoi jugak aku ngan Jalus. Memang 3. Sudahlah jatuh ditimpa pula tangga lepas tu kena berdiri kat depan pulak.

Kitong kena berdiri kat depan sebaris ngan cikgu2 masa tu mengadap semua murid2. Inilah publisiti murahan yang aku dapat masa hari pertama kat Kuala Selangor. Aku tengok budak2 perempuan senyum2 kat aku cuba nak tackle aku kot tapi sebab aku dah ngantuk dan letih masa tu aku buat dek je. Aku tau mlm ni mesti aku ngan Jalus akan jadi buah mulut Aspuri sebelum diong tido nanti. Dah aku memang hensem nak buat macam mana?!

Dekat Kuala Selangor aku memang maintain lapar. Aku pun tak tau benda apa yang buat aku lapar. Kalau member aku ajak turun prep, alasan aku, aku lapar ni walaupun tadi baru je makan kat dewan makan. Aku rasa pantang aku dengar bunyi tin atau plastik mesti aku dulu sampai ke sumber bunyi itu. Korang bayangkan masa tido pun aku boleh dengar bunyi yang aku syaki mempunyai biskot, meggi atau cokelat. Dari sini lah aku mula mengenakan ‘tax 5% kerajaan’ kepada semua dorm mate2 aku. Ok la aku duduk sini sebulan je so takde la banyak cerita. Last2 aku rindukan pokok2, sungai dan kampung halaman aku. Aku mintak transfer pergi Teknik Sg. Buloh. Terrer tak aku mintak trasfer2, mcm dah kerja pulak.

Ok la.. hari ni hari jumaat. Ta baik cerita benda-benda yang lagho ni banyak2. Chow!

April 11, 2006

Flashback lagi!

Filed under: Uncategorized — peetz @ 5:31 am

Ok memandangkan aku ni asyik cerita pasal flashback masa aku kecik2 dulu, biar aku fast fowardkan sikit skip terus track 12 iaitu masa aku prektikel. Benda ni baru je berlaku so aku takde la lupa2 - sume aku ingat.

Aku prektikel ni dekat KMC (Kota Minerals and Chemicals) tapi bila aku sebut laju2 orang ingat aku prektikel kat KFC. Pernah jugak aku cakap kat internship unit , aku kol cakap ngan Mr. Marfauza.

"Kamu prektikel kat mana?"
"Kat KMC ,sir" aku cakap time tu laju2 la jugak…
"Kat KFC?!". Dia pun sound rosak so last2 dia ingat aku prektikel kat KFC, aku pun ingat dia tau aku prektikel kat KMC. Sure dia ingat dalam banyak2 company, kenapa la gi KFC, maka secara automatiknye terserlahlah kebenggongan aku pada dia. Apa aku ni tak takut selsema burung ke? Ah selsema burung tu untuk burung je, aku bukan burung. Eh, cite pasal KFC ni, mengidam pulak aku malam2 nak makan KFC. Sedap wooo, kelazatan hingga menjilat dinding.

Berbalik cite KMC ni, benda yang paling aku suka kat sini ialah bos2 aku yang agak sempoi. Bos pertama yang aku report direct ialah Shafique. Nama dia sama, department sama, hensem? aku lagi hensem… Dia tu agak best la sampai la satu masa dia telah mengurangkan tahap ke’best’an nye kat KFC KMC so dia blah gi company lain. Dia sekarang ni kerja company ape tah aku pun tak tau…senyap je dia.

Second bos aku kat KMC ialah Mr. Adwin. Dia ni India yang rasa dia ni belagak macam melayu. Kalau pergi Kemaman lagu yang dia selalu dengar ialah James Blunt - You R Beautiful atau DJ Dave. TAk cukup ngan tu, asyik repeat2 lagu sama dari KL sampai la Kemaman. Aku rasa aku belajar saiko repeat2 lagu ni dari dia. Rilek je. Baju mesti putih, baju favorite dia. Kalau baju dia hitam, kitong dah lost track kat mana dia berada. Kadang2 duduk dalam office pun kitong tak nampak… Haha! Sorry bos! Dia kalau aku outstation dia la official sponsor semua benda. So sebagai balasan aku beli la sepasang dua Edwin Jeans walaupun bos aku takde share ngan company jeans tu.

Bos aku yang lain ialah Abg. Haslan, Abg Suhaimi ngan Abg. Zack. Abg Lan ngan Zack ni kira pasangan couple yang selalu together-gether. Aku rasa sebab dua2 bulat dan dua2 office pun sama. Semua operation manager ni bila hujung bulan je aku start cari payung, beg dan ketuk office dia…."Ayoyo macha. Itu hutang bila mau kasi~". Actually bukan hutang tapi report yang aku kena submit ke COO. Bos kena report kat aku, power tak? Paling best dalam semua ialah Abg Lan. Dia la paling rajin belanja staf2 dia makan sebab aku rasa dia pun suka makan. Bila ada announcement je nak belanja, warg kitong dengan happy beruknye melompat2 dan terus claim Victoria Station. Pedulik apa aku dia belanja.

Bos aku paling besar kat tingkat lima ialah En Asri. Walaupun power dia besar tapi dia takde la besar mana. Aku rasa aku lagi besar. Dia ni keje sebagai Country Manager. Aku rasa semua HR, Finance, HSE, etc2 Manager semua kena report bawah dia. Kira power jugak la dia. Walaupun dia jaga satu Malaysia tapi last2 bini yang jaga dia. Sapa tak sayang bini oi…. Kerja dia make sure semua operation smooth dan report direct ngan CEO kat office. Tu masa office hour la tapi lepas office hour kena report ngan Maam Besar kat rumah.

18936114565066lGambar ni adalah gambar 3 tahun lepas. Masa tu kitorang punya la buat main mock cheque ni buat tiker terbang la, chek tendang la (kitong pergi tendang betul2 cek tu!) Last kena kerja kat KMC, padan muka aku. Gambar diatas pulak masa aku dengan Farih ngan Doi. Tgk perut Farih…sungguh ramping kan! Sekarang boroi abis (eleh cakap orang - aku pun sama gak!)

Papahal bos kat sini semua best - limited edition masa aku prektikel. Aku rasa kalau korang nak cari kat eBay pun tak tau la ada ke tak.

Ok lepas ni aku cite masa aku kat sekolah Teknik Sg. Buloh pulak. Korang pernah dengar tak pasal mitos yang sekolah budak teknik sg. buloh ni sekolah budak nakal? Haaa! Sebab tu Penjara Sg. Buloh dibuat kat sini. Banyak cite best woo….

April 9, 2006

Saya Sebatang Pen

Filed under: Uncategorized — peetz @ 6:30 pm

Ok aku officially dah start busy balik tapi aku pun tak tau busy apa. Aku rasa aku busy dengan benda2 yang tak busy kot. Aku just nak report karangan terunggul sepanjang zaman masa aku kecik2 dulu… Dulu aku pernah postkan benda ni kat Blogger tapi tak semua baca. Aku cuma berbangga dengan karangan hebat yang sekarang menjadi ‘1001 Contoh Karangan UPSR’, kini di pasaran - belilah yang original!

Saya Sebatang Pen

Saya sebatang pen. Saya dilahirkan di sebuah kilang di Amerika Syarikat. Kawan-kawan saya beritahu yang saya sebenarnya dilahirkan di Taiwan, tetapi sijil lahir saya diubah untuk sebab-sebab mengelakkan cukai kepada ibu-bapa saya. Dekat badan saya ada tulis nama Kilometriko.

Sekarang saya milik Encik Peet. Dia sangat baik terhadap saya. Dia selalu menghisap saya, dan kepala saya kerap juga menziarah lubang telinganya. Tetapi sekarang saya sudah sesat. Saya tidak tahu di mana saya berada. Saya dah hilang. Mungkin Encik Peet sudah berjumpa pen yang lain.

April 7, 2006

Toyol Yang Bernama Seri

Filed under: Uncategorized — peetz @ 4:40 am

Orang selalu tanya kenapa aku rajin buat blog. Takde keje ke? Keje tu ada tapi bila aku takde keje aku buat la blog. Aku punya blog ni aku nak buat konsep flashback dan ulang tayang sebab kalau nak cerita benda baru macam dah tau la pulak. Aku pulak minat sejarah so biar aku cerita pasal sejarah hidup aku.

Oh aku tak bagi salam lagi ye… Assalamualaikum (jawab oi nnt berdosa). Aku baru je lepas habis test Business Cyber Law. Dalam hidup aku, everytime ada exam je aku seru toyol. Aku baca buku sebelum test pun saje je, macam melepaskan kentut dalam lif orang tua2 cakap? Senang je nak seru toyol tu. Korang cari satu kertas kosong berukuran separuh A4. Dah dapat kertas tu, tulis semua ayat2 yang agak penting dan lipat empat. Letak kertas dalam poket belakang dan bila agak2 tak tau je soklan dalam exam bukak kertas tu tgk ape2 yang patut. Haha pendek kata meniru dalam peperiksaan la ni.

Dalam kategori toyol pulak, aku boleh bahagikan toyol ni dalam 3 kategori la:

Toyol Beginner
Toyol ni agak mudah didapati dan untuk orang2 yang baru menceburi bidang mencabar ini adalah digalakkan mengguna toyol jenis ini. Kalau nak diklasifikasikan toyol ini macam kontraktor kelas F la. Aku agak confident la yang selalunye toyol ini ramai orang menggunakannya sebab dia hanya memerlukan tapak tangan, kertas2 kecik atau slip exam anda sendiri untuk buat toyol ini. Cara2 membuat toyol ini hanya menulis formula yang agak payah untuk dihafal. Actually formula yang korang tulis kat atas meja tu boleh dikira dalam kategori ini jugak, kategori gaya bebas.

Toyol Deluxe
Toyol ni kira master sikit la dari toyol biginner sebab sape2 yang bawak kertas lebih dari size separuh A4 paper dikira toyol deluxe. Toyol ni untuk orang yang dah lama berkecimpung dalam bidang2 toyol ni dan pengalaman lebih 2 tahun dalam seni suara tanah air (ape yang aku cakap ni?) Toyol ni kira 1 kertas A4 paper sebab maybe soalan dia banyak dan calculation dia banyak. Toyol ni kira high standard sikit sebab nak masuk exam hall selalu susah sikit.

Hantu Raya
Wahaha ini adalah sejenis toyol yang telah diupgrade atau naik pangkat menjadi chief of toyol. Selalu ada jugak aku nampak member2 aku bawak notes untuk exam terus segedabak notes tak ingat. Kalau bawak ni memang confirm A tapi kalau kantoi confirm F. Tu yang paling best. Kalau kita ni tak suka dengar orang baca Quran and Azan pulak, kitalah hantu!! Anda bagaimana? Kalau iya, korang ni kategori hantu mana? Lagi satu, kalau orang pompuan yang berpakaian mendedahkan *tut* kat dada untuk saja je sampuk orang lelaki, itulah dia Hantu Kopek.. tapi kekadang aku suka gak tengok hantu kopek ni heheheheh (marah buah hati aku pulak).

e-Toyol
Ha, ni kira aku update sikit pasal toyol dalam exam. Ni kira spesis baru jugak la yang ditemui dalam keturunan2 yang dinyatakan diatas. Toyol ni selalu hidup dalam PDA dan hanphone yang boleh simpankan PowerPoint format. Selalunye orang yang ada e-toyol ni orang2 yang hi-tech macam Kimi dan Azrin Soh Chai. Aku pun boleh save dalam handphone tapi malas nak upload2.

So korang dah tau jenis2 toyol yang aku selalu pakai masa exam kan? Anda bagaimana? (Chewah macam iklan kat TV pulak). Aku tulis ni bukan nak suruh galakkan korang buat, tapi untuk bagi idea macam mana nak improvekan toyol2 aku. Hahaha jahat gile. Takde la! Adik2 jangan ikut perangai abang. Nanti tak pasal2 grad awal, aku tak tau. Kita berjumpa di waktu yang sama minggu depan. Aku arini dengan nasihat Majulah Sukan Untuk Negara. Byeeee…. (gaya kanak2 RTM abiskan rancangan kanak2 diong)