Saya Sebatang Pen
Ok aku officially dah start busy balik tapi aku pun tak tau busy apa. Aku rasa aku busy dengan benda2 yang tak busy kot. Aku just nak report karangan terunggul sepanjang zaman masa aku kecik2 dulu… Dulu aku pernah postkan benda ni kat Blogger tapi tak semua baca. Aku cuma berbangga dengan karangan hebat yang sekarang menjadi ‘1001 Contoh Karangan UPSR’, kini di pasaran - belilah yang original!
Saya Sebatang Pen
Saya sebatang pen. Saya dilahirkan di sebuah kilang di Amerika Syarikat. Kawan-kawan saya beritahu yang saya sebenarnya dilahirkan di Taiwan, tetapi sijil lahir saya diubah untuk sebab-sebab mengelakkan cukai kepada ibu-bapa saya. Dekat badan saya ada tulis nama Kilometriko.
Sekarang saya milik Encik Peet. Dia sangat baik terhadap saya. Dia selalu menghisap saya, dan kepala saya kerap juga menziarah lubang telinganya. Tetapi sekarang saya sudah sesat. Saya tidak tahu di mana saya berada. Saya dah hilang. Mungkin Encik Peet sudah berjumpa pen yang lain.