Flashback lagi!
Ok memandangkan aku ni asyik cerita pasal flashback masa aku kecik2 dulu, biar aku fast fowardkan sikit skip terus track 12 iaitu masa aku prektikel. Benda ni baru je berlaku so aku takde la lupa2 - sume aku ingat.
Aku prektikel ni dekat KMC (Kota Minerals and Chemicals) tapi bila aku sebut laju2 orang ingat aku prektikel kat KFC. Pernah jugak aku cakap kat internship unit , aku kol cakap ngan Mr. Marfauza.
"Kamu prektikel kat mana?"
"Kat KMC ,sir" aku cakap time tu laju2 la jugak…
"Kat KFC?!". Dia pun sound rosak so last2 dia ingat aku prektikel kat KFC, aku pun ingat dia tau aku prektikel kat KMC. Sure dia ingat dalam banyak2 company, kenapa la gi KFC, maka secara automatiknye terserlahlah kebenggongan aku pada dia. Apa aku ni tak takut selsema burung ke? Ah selsema burung tu untuk burung je, aku bukan burung. Eh, cite pasal KFC ni, mengidam pulak aku malam2 nak makan KFC. Sedap wooo, kelazatan hingga menjilat dinding.
Berbalik cite KMC ni, benda yang paling aku suka kat sini ialah bos2 aku yang agak sempoi. Bos pertama yang aku report direct ialah Shafique. Nama dia sama, department sama, hensem? aku lagi hensem… Dia tu agak best la sampai la satu masa dia telah mengurangkan tahap ke’best’an nye kat KFC KMC so dia blah gi company lain. Dia sekarang ni kerja company ape tah aku pun tak tau…senyap je dia.
Second bos aku kat KMC ialah Mr. Adwin. Dia ni India yang rasa dia ni belagak macam melayu. Kalau pergi Kemaman lagu yang dia selalu dengar ialah James Blunt - You R Beautiful atau DJ Dave. TAk cukup ngan tu, asyik repeat2 lagu sama dari KL sampai la Kemaman. Aku rasa aku belajar saiko repeat2 lagu ni dari dia. Rilek je. Baju mesti putih, baju favorite dia. Kalau baju dia hitam, kitong dah lost track kat mana dia berada. Kadang2 duduk dalam office pun kitong tak nampak… Haha! Sorry bos! Dia kalau aku outstation dia la official sponsor semua benda. So sebagai balasan aku beli la sepasang dua Edwin Jeans walaupun bos aku takde share ngan company jeans tu.
Bos aku yang lain ialah Abg. Haslan, Abg Suhaimi ngan Abg. Zack. Abg Lan ngan Zack ni kira pasangan couple yang selalu together-gether. Aku rasa sebab dua2 bulat dan dua2 office pun sama. Semua operation manager ni bila hujung bulan je aku start cari payung, beg dan ketuk office dia…."Ayoyo macha. Itu hutang bila mau kasi~". Actually bukan hutang tapi report yang aku kena submit ke COO. Bos kena report kat aku, power tak? Paling best dalam semua ialah Abg Lan. Dia la paling rajin belanja staf2 dia makan sebab aku rasa dia pun suka makan. Bila ada announcement je nak belanja, warg kitong dengan happy beruknye melompat2 dan terus claim Victoria Station. Pedulik apa aku dia belanja.
Bos aku paling besar kat tingkat lima ialah En Asri. Walaupun power dia besar tapi dia takde la besar mana. Aku rasa aku lagi besar. Dia ni keje sebagai Country Manager. Aku rasa semua HR, Finance, HSE, etc2 Manager semua kena report bawah dia. Kira power jugak la dia. Walaupun dia jaga satu Malaysia tapi last2 bini yang jaga dia. Sapa tak sayang bini oi…. Kerja dia make sure semua operation smooth dan report direct ngan CEO kat office. Tu masa office hour la tapi lepas office hour kena report ngan Maam Besar kat rumah.
Gambar ni adalah gambar 3 tahun lepas. Masa tu kitorang punya la buat main mock cheque ni buat tiker terbang la, chek tendang la (kitong pergi tendang betul2 cek tu!) Last kena kerja kat KMC, padan muka aku. Gambar diatas pulak masa aku dengan Farih ngan Doi. Tgk perut Farih…sungguh ramping kan! Sekarang boroi abis (eleh cakap orang - aku pun sama gak!)
Papahal bos kat sini semua best - limited edition masa aku prektikel. Aku rasa kalau korang nak cari kat eBay pun tak tau la ada ke tak.
Ok lepas ni aku cite masa aku kat sekolah Teknik Sg. Buloh pulak. Korang pernah dengar tak pasal mitos yang sekolah budak teknik sg. buloh ni sekolah budak nakal? Haaa! Sebab tu Penjara Sg. Buloh dibuat kat sini. Banyak cite best woo….