Caffeine Overdose






         Blog ini terhasil akibat terlalu banyak minum kopi… -[PARENTAL ADVISORY]-

April 14, 2006

Antara Dendam dan Maruah

Filed under: Uncategorized — peetz @ 8:12 pm

Eh rajin pulak aku menulis hujung minggu ni. Aku bukan apa, boring semua housemate aku dah pergi jumpa mambang masing / balik sekolah lama. Membuatkan aku nak cerita pasal sekolah aku pulak.

Lepas aku transfer sekolah Teknik Sg. Buloh, aku kena duduk luar. Aku bukannye kena duduk luar sekolah tepi jalanraya masa cikgu mengajar tu tapi aku tak dapat masuk asrama. Gile kang duduk luar jalanraya tu kena langgar lori, kempunan aku tak kawin lagi.

Let me story you a story about this school story - chewah skipping London pulak aku! Takpe janji betul…

Wah tajuk gile ganas! Ni pasal maruah sekolah aku. Sekolah aku ni terletak di Sg. Buloh. Ini bukan kes mcm Teknik Kuala Selangor, sekolah kat Batang Berjuntai tapi letak nama kawasan Kuala Selangor. Sekolah aku ni hanya 5 kilometer agaknye dari Penjara Sg. Buloh. Sekolah ni nak dikategori sebagai sekolah budak2 jahat pun ok jugak sebab kalau tanya Salleh Kamil, Sarip Dol, S. Kadarisman dan A. Rahim, mesti diong tau punya sebab diong pun hantar anak diong sekolah kat sini.

Nak dijadikan cerita, masa aku mula2 masuk ada match bola antara sekolah2 Teknik (aku lupa nama piala tu) tapi every year Teknik Sg. Buloh mesti jadi johan kebangsaan dah 3 tahun berturut2 kot. Maybe faktor utama sebab Moktar Dahari, Dollah Salleh sume hantar anak diong sekolah sini. Kalau tak percaya cuba tanya Shebby Singh. Lepas korang tanya mesti korang tak percaya sebab Shebby Singh pun tak percaya. Dah sume nak anta anak dia gi sekolah kat sini, tak logik la pulak.

Kejadian ni berlaku lepas habis match Teknik Sg. Buloh vs. Teknik Shah Alam. Teknik Shah Alam ketinggalan 2-0. Supporters Shah Alam dah start tak puas hati. Masa tu ramai jugak la agak2 100 org Teknik Shah Alam. Paling teruk masa referee tunjuk kad merah kat player Shah Alam. Budak mula masuk padang dan budak Sg. Buloh pun sama nak cari gaduh. Dah trash talk sikit, start la gaduh baling kasut player. Last2 semua supporters gaduh dalam padang la. Kira kalau tgh hujan mau kitong mud wresling tgh2 padang tu. News ni masuk CNN dan masa tu guru besar kitong, Cikgu Shamsuddin (timangan Bobo sebab dia cute dan bulat) tau dan terus turun padang dengan harapan nak leraikan gaduh2 tu. Gile apa dia tu dah la bulat, nak leraikan sorang2. Aku rasa dia gagal nak leraikan sebab dia tu bulat dan duduk tengah2 padang, orang kompius dengan bola.

Agak2 30 minit la guru besar, dengan referee nak leraikan last2 supporters Shah Alam mula start baling selipar pulak. Dah tak tahan, kitong terpaksa retreat. Masa tu Bobo dah tak tahan. Kitong terpaksa cover fire untuk bobo. Siyes aku cakap masa tu la pertama kali kitong sayang kat guru besar sanggup cover untuk dia retreat. Waa… ni memang macam perang kat palestin main baling2 batu.

Pergaduhan ni merebak ke seluruh kawasan sekolah. Masa tu ada dua warden bertugas masa tu, Cikgu Anuar (codename: Papa) ngan cikgu Bakri (codename: Mister) nampak gaduh2 tu dan frust tgk budak2 retreat so diong hantar reinforcement dari group2 warden. Kalau tgk sekali macam Elves hantar reinforcement kat Helms Deep dalam Lord of The Ring. Aku ingat lagi Papa kata kat kitong, "Korang jangan lari….serang balik!!!" Masa tu papa yang lead serangan kedua. Tengok warden sendiri ajak gaduh, kitong ape lagi! Dengan semangat yang berkobar2 macam lagu Vince ngan Yassin tu, bila lagi nak tengok warden ajak gaduh!

Kecoh tu dari lepas prep pukul 5.30 sampai azan magrib. Aku tak ingat macam mana boleh last2 bersurai (maybe sebab azan magrib kot) tapi end up bas Teknik Shah Alam pecah tingkat kena baling pasu. Ada jugak yang injured tapi warden pun join. Siapa tak sayang anak murid sendiri? Aku dengar cite ada jugak la Papa ngan Mister jack budak2 Shah Alam tu.

Selang dua minggu lepas tu, guru besar kitong, Bobo ngan guru besar teknik Shah Alam kena panggil oleh Jabatan Pendidikan Teknik untuk dibedah siasat. Setelah disiasat, pemenangnye…. ting* ting* ting*….

Kitong kena bayar ganti rugi RM1000 kat Shah Alam sebab bas tu tapi Shah Alam kena bayar RM1000 balik kat kitong. Aik pelikkan? Baik tak payah bayar tapi guru besar mintak kitong RM 3 sebagai denda. Ok la daripada berdiri atas kerusi.

Itulah pengalaman form 4 masa kat Sekolah Teknik Sg. Buloh. Bila reunion alumni mesti budak2 cerita pasal kisah ni. Peperangan mempertahankan maruah Teknik Sg. Buloh!

Kuala Selangor

Filed under: Uncategorized — peetz @ 4:55 am

Dah hari jumaat lagi… Esok aku update ni hari jumaat lagi. Minggu ni aku tak balik tapi rumet aku pulak takde. Ah gile down! Aku boring karang aku balik terus. Selalunye kebolehan aku membuat kerja bodo dikala aku tengah boring ni agak tinggi.

Ok lets get down to business. Aku ada janji dengan korang nak cite pasal sekolah teknik kan?

Ok lepas aku PMR, aku dapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran aku di Sekolah Menengah Teknik Kuala Selangor. Biar aku cite pasal Kuala Selangor dulu. Sekolah ni nama sekolah Kuala Selangor tetapi terletak kat Batang Berjuntai. Aku pun tak paham kenapa dia namakan sekolah ni tempat yang bukan tempatnye. Aku ada pikir ni mungkin konspirasi kerajaan kalau2 sekolah ni buat hal, nama Bantang Berjuntai takkan terpampang. Diong boleh tuduh itu area Kuala Selangor. Tak pun kerajaan Selangor sendiri malu dengan nama Batang Berjuntai itu sendiri. Dah la nama tempat Batang, berjuntai pulak tu… adui kalau aku penduduk tempatan kat situ pun aku malu!

Sekolah tu baru 2 tahun bukak tapi semua facilities takde. Sedangkan kelas aku pun kena guna kerusi dan meja kantin untuk belajar. Kadang2 bila time belajar tu ada jugak rasa lapar sebab dah duduk dekat meja + kerusi makan…iman siapa tak tergugat. Kalau pergi kelas kena la berjalan kaki dari asrama sampai kelas sebab memang berjalan kena pakai kaki.

Sekolah situ memang best dan banyak tak bestnye. Mula2 aku culture shock gak masuk asrama tu sebab aku tak biasa hidup kena kongkong ni. Aku memang dari kecik sampai besar la suka merayau so bila masuk sekolah ni, semua benda takde.

Hari pertama dah buat hal. Masa hari pertama biasa la aku dengan dormmate tak ngam lagi so masing2 buat hal sendiri. Aku cuma kenal budak atas katil aku nama dia Jalus. Hari pertama tu memang aku turun awal, siap buku, pakai kasut baru semua tapi memandangkan masa banyak lagi sebelum pukul 7, aku tido dulu atas katil. Nanti harap2 si Jalus boleh gerak aku sebelum pergi. Tau2 dua2 dah terlelap. Bangun2 tgk dorm sume dah kosong, lahanat punya dormmate, boleh diong blah je tanpa kejut kitong. Cis! Harapkan pagar, pagar pulak benggong….

Dimasa yang sama pulak, perhimpunan pagi selalu ada tiap2 hari kena nyanyi lagu negaraku. Aku dah sampai hafal lagu negaraku tapi lately dah lama tak nyanyi dah tak ingat dah sangat. Haha, boleh tarik kewarganegaraan aku ni. Aku lari2 tengok cikgu disiplin sana, Cikgu Samsudin dan standby buat roadblock dekat corridor depan hall. Aku pun dengan perasaan cuak mcm jumpa polis roadblock dengan road tax mati, aku redah jugak. Dengan harapan dia tgk rambut aku yang tak bersikat baru bangun tu, dia bagi lepas tapi apakan daya. Mood cikgu Din masa tu tak best maybe sebab dia gaduh ngan bini aritu ataupun Selangor kalah match bola haritu, kantoi jugak aku ngan Jalus. Memang 3. Sudahlah jatuh ditimpa pula tangga lepas tu kena berdiri kat depan pulak.

Kitong kena berdiri kat depan sebaris ngan cikgu2 masa tu mengadap semua murid2. Inilah publisiti murahan yang aku dapat masa hari pertama kat Kuala Selangor. Aku tengok budak2 perempuan senyum2 kat aku cuba nak tackle aku kot tapi sebab aku dah ngantuk dan letih masa tu aku buat dek je. Aku tau mlm ni mesti aku ngan Jalus akan jadi buah mulut Aspuri sebelum diong tido nanti. Dah aku memang hensem nak buat macam mana?!

Dekat Kuala Selangor aku memang maintain lapar. Aku pun tak tau benda apa yang buat aku lapar. Kalau member aku ajak turun prep, alasan aku, aku lapar ni walaupun tadi baru je makan kat dewan makan. Aku rasa pantang aku dengar bunyi tin atau plastik mesti aku dulu sampai ke sumber bunyi itu. Korang bayangkan masa tido pun aku boleh dengar bunyi yang aku syaki mempunyai biskot, meggi atau cokelat. Dari sini lah aku mula mengenakan ‘tax 5% kerajaan’ kepada semua dorm mate2 aku. Ok la aku duduk sini sebulan je so takde la banyak cerita. Last2 aku rindukan pokok2, sungai dan kampung halaman aku. Aku mintak transfer pergi Teknik Sg. Buloh. Terrer tak aku mintak trasfer2, mcm dah kerja pulak.

Ok la.. hari ni hari jumaat. Ta baik cerita benda-benda yang lagho ni banyak2. Chow!