Barisan Warden
Yeah. Hari ni hari jadi Sultan Perak so aku nak wish Happy Bday kat ko Lan! Aku rasa tiap2 tahun aku wish dia bday tapi tak pernah pulak aku dapat gelaran Dato’ dari dia. So Lan, kalau ko baca ni hopefully next year bagi la aku satu dua gelaran yek.
Kalau korang tengok gambar diatas, ni adalah gambar sekolah aku dari atas langit. Gambar ni diamik oleh satelit US. Aku rasa diong memang simpan gambar ni just in case kalau2 sekolah ni buat hal, US senang nak plan bom bangunan mana. Sebelah sekolah kitong ada Kem Tentera Malaysia pulak… in case kalau US serang sekolah, dun worry kereta kebal kat sebelah je. Hahaha! Kan aku kata sekolah aku memang power!
Cakap pasal sekolah power, kakitangan sekolah ni mesti la power jugak. Sekolah aku ni terkenal dengan melahirkan samseng2 taik minyak dan secara tak langsung, warden2 sini la yang bertanggungjawab atas segala tunjuk ajar masa kita kat sekolah dulu. Mari kita berkenalan dengan barisan2 warden penjara asrama sekolah aku:
Cikgu Shamsuddin @ Bobo
Bobo adalah guru besar sekolah aku masa aku form 4 & 5. Biasa la bobo ni adalah seorang yang cute dan takde la garang sangat tapi bila everytime perhimpunan mesti dia nak berucap terutama hari Isnin. Perhimpunan pagi selalu pagi2, eh mesti la pagi… tapi kadang2 cikgu2 bertugas saje tak jumput dia pergi perhimpunan. Kalau tak, sesi pertama pembelajaran aku hangus macam tu aje.
Cikgu Shainisi @ Mat Chai
Cikgu yang terkenal dengan double standard kepada budak2 form 5 (batch atas kitong). Nak kata si Mat Chai ni ada affair ngan budak form 5 ni takde la pulak!Kitong pernah sekali cukup bengang betul dengan Mat Chai ni sebab asyik dok belah budak2 form 5 je. Pernah sekali kitong pernah boikot perhimpunan pagi Isnin dan semua budak2 form 4 tak datang perhimpunan tunjuk mogok. Nasib baik masa tu trak FRU atau Unit Penjara tak datang. Last2 career Mat Chai berkecai bila dia letak jawatan dan jadi cikgu Co-cu je. Bila pikir2 balik kesian jugak aku tengok sebab anak dia cun…baru aku teringat!
Cikgu Anuar @ Papa - Warden Tekun
Terbalik dengan Mat Chai, Papa adalah cikgu kesayangan budak batch aku. Sebab tu bila Mat Chai resign dia terus naik jawatan Penolong Kanan. Gile pengaruh batch aku amat kuat especially bila announce Papa jadi Penolong Kanan, aku rasa semua budak batch aku bersorak macam BN menang pilihanraya jugak la gayanye. Papa ni amat cool gile, spek tintet, pakai tie kemas, cakap pun cover macho. Rasa semua budak Aspura nak jadi macam dia la especially bila dia round sekolah naik moto C50 dia tu. Bila time ‘light-off’ Papa akan round2 naik moto dia tapi dari jauh lagi boleh dengar bunyi moto dia. Tak payah nak hon2 suruh tutup lampu. Aku pegang rekod bersih ngan dia sampai dia jadi gerentor untuk scholar Petronas aku.
Cikgu Bakri @ Mister
Dia jugak seorang yang cool tapi most respected warden kat sini. Sebab tu dia head warden kat sini. Kitong suka cara dia cakap. Cakap manis tapi makan dalam. Siapa yang tak suka cara dia cakap nanti dia akan cakap dengan tangan dia pulak (kena jek la ni!). Bila time Magrib kalau dia turun surau tu tanda nak cek attandance la tu kalau2 ada budak ‘fly’ tak bagitau dia. Trademark dia ialah van biru dia! Dun worry time prep malam mesti dia round pakai kain pelekat sambil pegang rotan. Cuak gak aku time tu! Rekod bersih aku jugak adalah ngan dia….
Cikgu Zainal @ Limbok - Warden Mesra
Cikgu yang suka publisity murahan. Cikgu ni suka betul amik gambar dan cakap tah merapu2. Aku kalau cakap dengan dia dah lost track tentang apa yang dia cakap. Kitong paling tensen dengan anak dia sebab kadang2 kurang ajo betul! Anak dia pernah cakap dia nak jadi Mat Rempit berjaya suatu hari nanti. Aku pun tak tau cemana boleh dapat gelaran Limbok ni. Maybe dia pernah menang johan pertandingan Limbo peringat daerah kot.
Cikgu…alamak lupa nama dia! @ Cheng - Warden Harmoni
Cikgu ni cikgu paling tak amik port sekali dalam semua warden. Kalau nak bayangkan dia dengan rotan, memang tak boleh bayangkan la pendek kata. Cikgu ni buat selamba dek buat dunno je pasal asrama ni, sebab tu budak2 Harmoni ni banyak melahirkan budak2 ganas yang bertauliah…. (haha saje nak provoke budak Harmoni).
Cikgu Ramlel @ Bull - Warden Kasih
Walaupun dia warden blok kasih… dia la warden paling ‘pengasih’ antara semua. Kalau korang nampak dia senyum tu tanda korang pendek umur la tu! Dia memang pandai repair kereta. Kalau nak bayangkan betapa terrelnye dia repair kereta, korang bayangkan kereta Mr. Bean kalau repair boleh jadi Pajero 4WD. Bull ni paling femes sebab dia la warden paling rajin jek budak. Walaupun garang gile tahap dewa dia ni, anak dia pulak lembut. Adui lemah lutut aku dengar pasal ni. Kemana tumpangnye kuah kalau tak ke lantai….
Cikgu Mahbut @ Mabut - Warden Bestari
Biasa bila part warden sendiri kena angkat lebey sikit… Mahbut ni seorang usahawan yang berjaya antara semua. Dia adalah supplier haram nasi lemak la…dadih la… macam2 benda dia boleh jual. Orang kata everything under the sun dia supply. Cikgu ni paling kelakar bukan sebab lawak dia tapi sebab dia selalu blank dalam semua benda dia buat. Dia di assign jaga Bestari sebab blok Bestari adalah blok paling banyak melahirkan AJK surau dan pengawas asrama. Maklumlah surau sebelah blok! Kalau korang baca ni mesti korang tau blok mana aku duduk kan?
