Caffeine Overdose






         Blog ini terhasil akibat terlalu banyak minum kopi… -[PARENTAL ADVISORY]-

April 23, 2006

Shazana@06

Filed under: Uncategorized — peetz @ 6:52 pm

Hai, aku dari minggu lepas nak buat post baru tapi rasa sampai sekarang ni baru nak buat. Aku rasa minggu ni dah banyak assignment aku kena hantar. Dah asyik setiap minggu bertangguh buat keje. Alahai, procrastinational.

Ape yang aku nak cerita minggu ni yek… minggu lepas birthday Shazana. Dia adalah kawan paling lamaaaaaaaaa yang aku mula2 kenal kat UTP ni. Aku pun ada jugak cerita dengan dia…..

Rilek Kimi… duduk dulu… dengar apa yang aku nak cakap dulu.

Haha! Aku masuk UTP mula2 bulan dua dan tarikh aku angkat sumpah ialah 2.2.2002. Tarikh aku angkat sampah pulak ialah 4.1.2001 - tarikh tu aku pun boleh ingat sebab mak aku jarang suruh aku buang sampah kat luar rumah. Maklum la selaku anak teruna kat rumah, dah menjadi tanggungjawab aku untuk menjadi pemalas besar dalam rumah tu. Tapi cerita ni kena rewind lagi belakang.

Rewind…rewind…rewind…. ah tape rosak!

Takpe masa aku mula2 kena interview petronas, tu jugak la first time aku naik KLCC tingkat 40. Masa tu aku tau2 dah kena interview masuk University. Aku rasa penat aku masa SPM tak habis lagi. Tak sempat aku nak meronggeng, berdangdut dan berclubbing, usia muda aku berakhir begitu saja. Aku mula2 briefing aku ingat En. Asridin mula cakap pasal scholar. Dari awal sampai habis ialah pasal duit. Aku rasa aku boleh tengok kat mata dia ada tanda ‘$$’. Next aku pulak dibrief pasal UTP pulak. Wah kalau sesiapa pernah pergi briefing ni, aku rasa semua tertipu dengan propaganda UTP yang menunjukkan betapa indahnya dan nyamannye UTP ni. Pendek kata diong nak cakap UTP ni ’syurga yang tersembunyi’ la… Bila sampai no wonder orang tak kenal UTP ni kat mana.

Masa interview adalah time aku paling ingat Shazana. Masa dulu aku kena debate satu group dengan dia. Ada sorang budak lelaki ngan perempuan aku tak kenal dan tak berjaya lepas pun. Arg dah la kena interview dalam bahasa omputih. Masa tu English aku bukannye best pun, setakat "Yes, No, Orait, Thankyou, Sama-sama" tu aku reti la. Aku kena debate tajuk Internet Sensorship. Ok la nasib baik aku terror dalam bidang internet2 ni. Aku rasa kalau kena topik Wealth of Nation in Free Trade Economy ke, Control Pressure of Cutting Re-Injection ke… berpeluh jugak aku nak debate. Aku rasa session aku je yang tak best. Tengok budak group lain nak debate dalam Jawa pun boleh. Masa discussion tu start2 je cakap omputih, last2 semua ikut aku cakap melayu. Aku ingat time tu Sha and aku je start2 cakap, bila aku start cakap Melayu dia pun ikut. Aku rasa kalau aku start cakap arab pun dia ikut kot.

Lepas habis interview ni aku pun lepak2 duduk dengan Sha dengan harapan nak ngorat dia. Hahaha, aku ingat lagi time tu dia pakai gigi besi tapi nak sakat dia menangis pulak. Lepas tu aku pulak interview dia…. Aku rasa mesti dia preasure kena interview oleh aku pulak.

Aku rasa setakat ni je la cite aku pasal Sha ni. Saje aku cite pasal Sha sebab masa Bday dia minggu lepas dapat idea nak tulis blog pulak. Takpe, kang cite lebih2 kang ada pulak orang tingkat 4 turun tingkat 3 kang….Tammat!