Caffeine Overdose






         Blog ini terhasil akibat terlalu banyak minum kopi… -[PARENTAL ADVISORY]-

May 10, 2006

24 Jam Terakhir

Filed under: Uncategorized — peetz @ 1:19 am

9 Mei 2006
12:00 thr - decide last menet nak balik KL ikut rumet
1:00 ptg - start bertolak balik KL
4:00 ptg - singgah rumah untuk tgk TV kejap, report duty kat mak aku tapi dia takde
5:00 ptg - drop rumet kat Shah Alam then runner gi KLCC
7:00 ptg - pickup rumet kat Shah Alam
8:00 mlm - makan kat Jalan Klang Lama ngan rumet
9:00 mlm - jumpa Yanti kat Ampang and main pool with the geng
10:00 mlm - jumpa ayang and makan malam lagi lagi kat Bora Ombak
11:00 mlm - lepak rumah Fabian tgk cerita Breakfast at Tiffiny

—- tido —-

10 Mei 2006
7:00 pg - Fabian hantar rumah Sg. Buloh and mandi
9:00 pg - Pergi pudu amik bas pukul 10
2.00 ptg - Sampai UTP dan siap semua benda2 kecik dan besar
6:00 ptg - Jumpa SV (Vivian) and Kak Shahrina
7:00 ptg - Packing and Print notes…
10:00 mlm - Balik KL nagn Bet balik study kat rumah for good!

Kesimpulan : untuk masa 24 jam aku berada dia UTP-KL-UTP-KL….

-log off-

Welkap 2006

Filed under: Uncategorized — peetz @ 12:53 am

Sedar tak sedar dah masuk World Cup 2006 Germany dan aku dapat rasakan aura yang agak best tak best kepada pasukan German tahun ni. Aku suka sebab Hitler je. Biasanye kalau masuk World Cup je, satu dunia macam berenti dan fenomena2 pelik akan berlaku setiap 4 tahun (refer post Bet untuk tajuk "the Twelve Commandments of World Cup").

Aku takde la nak cerita sejarah world cup tapi sejarah career aku dalam bola sepak. Aku mula2 berdamping dengan bola sepak bila darjah 6, aku selaku ketua rumah Biru kena buat team bola lawan rumah lain termasuklah rumah Merah, rumah Hijau dan rumah Kuning. Aku ni time tu kira macam Shebby nak team up buat myTeam la tapi nak lawan rumah2 lain memang susah. Paling power sekali ialah rumah Merah sebab diong perasan diong tu Red Devil. Rumah kuning pulak femes dengan playernye yang otak kuning. Bila petang lepas kelas kitong akan prektis bola kat padang sekolah dengan keeper yang harap je besar, striker pengalaman 3 hari…aku yakin piala sekolah milik aku!

Match bola selalu hari Sabtu dengan padang yang luasnye ikut saiz FIFA, memang kitong nampak mcm kecik cenonet je. Baru lari suku padang nak kejar bola dah pancit. Member sekolah aku, Shukri pulak selalu main ‘bek’. Bek ni maksudnye defender. Bukannya dia jadi pompom boy yang menyanyikan lagu "bek bek kambing" kat tepi padang. Budak budak besar semuanya nak jadi striker. Budak-budak kecik pulak aku jadikan bek. Kalau kena serang, kitorang serbu la ramai-ramai kat striker yang tengah bawak bola tu. Selalunya striker-striker ni berani main ‘curik ayam’ (offside) sebab takde penjaga garisan. Hah.. tengok tu! Ayam jugak yang kena. Padahal banyak binatang lain lagi yang boleh kena curik. Kesian ayam.

Mula-mula aku memang tak pandai main bola. Tendang pun tonjol je. Korang tau ke apa yang dimaksudkan dengan tendang tonjol? Tendang tonjol ialah tendang dengan hujung jari. Kalau main pakai kaki ayam, sure sakit punya ibu jari. Kesian ayam, banyak binatang lain lagi yang tak pakai selipar, ayam jugak yang kena. Dah la ayam tandoori sedap. Tgk ayam lagi. Tgk betapa pengaruhnye ayam dalam arena sukan bola sepak tempatan. Nanti aku nak buat kajian pasal hubungan ayam dan bola sepak la.

Aku mula minat tengok bola masa EURO’96 masa German jadi champion lawan Republic Chez 2-1. Masa tu paling ingat sekali Oliver Bierhoff golden goal ngan Jurgen Klinsmann angkat piala saat paling kembang hidung aku. Sekarang ni Klinsmann dah jadi Coach German pulak. Dulu aku kumpul semua gambar pasal German sampai dia menang…sekarang dah tak tau dah mana pergi buku tu. Bila habis EURO kitong buat game baru guna kotak untuk lawan bola pulak… memang gian habis la. World Cup 2002 aku baru masuk UTP, World Cup 2006 aku dah nak blah UTP, World Cup 2010 tah tah aku dah kawin anak 2 dah…

I01

Next time aku cerita masa time aku main bola dengan geng2 Scomi…

-log off- (nak tiru bet gak….)

May 8, 2006

Ujian Hidup

Filed under: Uncategorized — peetz @ 7:27 am

Aku selalu dengar cakap dalam dunia ni semua benda nak diuji. Aku dah ada kat UTP ni dah dekat satu sem dan bila hujung sem pun kena uji. Ujian ni nama dia Final Exam, bukan Uji Rashid. Aku ni bab2 ujian2 dan peperiksaan ni lemah sikit, sebab tu istilah toyol dan hantu rasa selalu menjadi isu hangat masa dekat2 time ni. Kes sama macam kalau nak dekat General Election, kes Pengundi Hantu jugak timbul.

Cerita pasal peperiksaan, biar aku cerita pengalaman masa aku mula2 amik Peperiksaan UPSR dulu. Aku amik peperiksaan ni masa tahun 1996. Masa tu paper baru 4 subject je. Aku rasa sebab time2 tu kitong dianggap budak2 bodo lagi oleh Kementerian Pendidikan so empat subject tu pun kira perit jugak tu. Lama2 Kementerian tau betapa terrelnye kita so dia up lagi satu paper tahun depannye iaitu paper Sains ke Kajian Tempatan aku tak sure. Sekarang ni peperiksaan Sains dan Matematik dalam bahasa omputih pulak. Kesian jugak adik2 struggle study. Kalau lepas ni kena belajar BM dalam bahasa omputih pun aku tak terkejut la.

Berbalik kepada cerita asal, pada pagi exam tu aku bangun agak awal la. Time2 dekat exam ni habis mak aku pantang habis semua benda baik dari TV, komputer sampai ke komik (refer blog lepas2). Aku rasa orang lepas bersalin punya pantang pun takde la sampai macam ni. Bangun awal gila tak ingat tapi takde la nak study last menet. Time dulu2 rajin la bangun pagi tapi rasa sekarang ni makin tua makin malas. So kesimpulannye dekat sini:

Hukum Alam Peet Pertama: Kadar kelewatan bangun berkadar songsang dengan kadar usia seseorang

Bila sebelum masuk exam hall tu, semua kena beratur kat luar dewan dulu. Sebelum masuk kena nyanyi lagu Negaraku lagi. Dah pressure habis bila setiap perhimpunan kena nyanyi lagu Negaraku. Kalau nak compare sekarang ni, dah tak ingat dah lagu negara sendiri. Sebelum masuk aku ditugaskan untuk membaca doa sebab aku selaku ustaz kat sekolah dulu. Yaaaaa! Jgn terkejut aku merupakan imam besar Sekolah Rendah Merbau Sempak, Sg. Buloh dulu! Korang rasa kalau aku yang rosak sekarang ni pun dulu seorang pemimpin agama sekolah dulu (exaggerate sikit…) Korang cuba pikir ape yang berlaku kat semua schoolmate yang lain?

Ok so exam aku abis dalam masa 3 hari je. Lepas exam kitong celebrate dengan kawan2 lelaki je. Kawan perempuan tak terlibat dalam kes ni sebab kalau ada - gossip besar! Sebenarnya masa aku darjah 6 tu, dalam kelas aku dah ada gossip-gossip si A NAK si B, si C NAK si D. Perkataan yang digunakan pun ialah ‘NAK’. Bukan setakat tu, diorang dah pandai lukis gambar love dengan anak panah tembus kat tetengah love tu. Aku tak terlibat pun dalam NAK kat budak pompuan lain. Tapi aku perasan la ada budak pompuan lain yang macam NAK kat aku. Tak ramai. Ada la dalam 2-3 orang. Aku rasa mungkin diorang NAK kat aku sebab aku ni penyeri majlis dalam kelas tu kot? Sekati korang la kalau nak kata aku perasan. Tapi sayang, diorang cuma bertepuk sebelah tangan. Hahaha! Aku ni pun bukannye hensem cuma aku punya dahi luas, pusat dalam, rambut ikal mayang, kaki ayam, kuda-kuda tak kuat, main gitar tak pandai, nyanyi selalu salah tune, tak kaya tapi berpelajaran.

Aisey dah lari topik lagi. Berbalik pada topik asal….

Ape yang aku nak cerita. Bukannye aku dah habis cerita pasal exam ke. Tah la aku pressure lately banyak sangat problem aku ni bermasalah. Nanti kalau ada aura kelakar aku nanti aku tulis blog lagi….

Dsc02485

Gambar ni aku amik dengan Shah untuk Ujian Deggi kat atas air dibawah…

May 3, 2006

Sepetang Bersama Big Foot

Filed under: Uncategorized — peetz @ 12:26 pm

Minggu lepas aku ada peluang untuk menemuramah salah seekor Big Foot yang pernah menggemparkan Malaysia satu ketika dahulu. Kitorng telah bersetuju untuk berjumpa dekat Starbucks Bangsar. Ikutilah temuramah yang dijalankan…

Peet: Hai!
Big Foot: Tak reti bagi salam ke?

Peet: Eh Encik Big Foot ni orang Islam ke?
Big Foot: Mestilah. Aku ni ciptaan Allah jugak!

Peet: Oh Mintak maaf cik. Assalamualaikum…
Big Foot: Walaikumsalam. Tak payah ber’encik’2 dengan aku. Nama Osman, panggil je Man. (sambil menunjukkan business kad dia)

Peet: Oh! Ada kad rupanya!
Big Foot: Bese la. Dah publicity tengah high ni, kena ada kad. Dulu banyak sambutan interview semua tapi sekarang ni dah slow down. Dulu rasa2 sampai David Letterman pun panggil nak jumpa la.

Peet: So sekarang ni dah slow la?
Big Foot: Agak la. Sekarang ni tengah hangat issue Mawi dengan Diana Rafaar pulak. Rasa2 Mawi tertekan, sebab rakan sekampung dia dapat publicity lebih dari dia kot.

Peet: Oh awak dengan Mawi dulu satu kampung ke?
Big Foot: Dulu sebelum dia femes selalu jugak lepak2 kacau anak dara kat hujung Felda tu. Memang kitorang anak sejati Johor ape?! Dulu pergi mengaji dengan Ustaz Ramli sama-sama what!

Peet: Memang dari kecik duduk Johor ke?
Big Foot: Ye la, cuba tengok nombor IC tengah2 ni, 14.

Peet: 14 tu Kuala Lumpur! Tak payah la sampai tunjuk IC! Ok so cemana family sekarang?
Big Foot: Family ok. Bini pun sekarang tgh mengandung 4 bulan. Anak sulung pun tahun ni SPM so tgh study kuat la. Kitong ni family susah. Nak kata ada rumah pun duduk dalam gua je. Nak harapkan anak sorang tu je nak naikkan nama family. Kitong ni dipandang serong sikit. Baru keluar hutan nak cari kayu api, dah kecoh2 kat luar kata big foot ni la…big foot tu la…

Peet: Sebelum ni macam mana pulak?
Big Foot: Sebelum kecoh2 ni? Biasa kitong selamba badak je keluar masuk hutan. Takde la sampai kantoi macam ni. Sekarang ni nak pergi mana2 pun Paparazi ada, kadang2 rasa macam Tom Cruise pun ada jugak.

Peet: So lepas ni apa plan?
Big Foot: Oh maybe lepas ni nak pergi gunting rambut kejap. Bulu2 ni dah panjang habis dah ni!

Peet: Bukan itu la. Rancangan masa depan…career development
Big Foot: Envelope currier?

Peet: Aduh sound trouble betul la! Perkembangan kareer!!
Big Foot: Oh kareer?! Sorry cakap omputih ni tak paham sangat. Bese la dari dulu aku ni tak menyokong bahasa penjajah ni. Well maybe after this I will more focus on my family. Maybe bukak kedai runcit atau berniaga murtabak. Who knows…

Peet: Ok la soalan terakhir, ni Yusuf Haslam ada suruh tanya, kalau ada peluang berlakon, watak apa yang nak Osman bawak?
Big Foot: Aku ni watak2 jahat2 tak berapa berkenan la. Kalau boleh nak bawak watak pemuda kampung yang beriman dan hero kampung la.

Peet: Lor, kenapa tak apply untuk Movie King Kong haritu?
Big Foot: Ko ni gile ape, start2 dah nak belakon movie. Kalau boleh biar la start slow2 berlakon teater atau drama TV1 dulu…

Peet: Ok la setakat ni je la kot. Aku pun dah penat dah..asyik aku je tanya.
Big Foot: Oh ye ke? Tak perasan pulak. Takpe la aku nak tanya pulak…

Peet: Tanya apa?
Big Foot: So Frappucino ni aku yang kena bayar sendiri ke?

Peet: Amboi lemak la, aku yang kena sapot!

Starbucks

May 2, 2006

6 Laws Of Applied Terror

Filed under: Uncategorized — peetz @ 5:54 am

Ok secara rasminye aku ada seminggu lagi untuk gali kubur sendiri untuk Final minggu2 depan. Aku tak ready apa lagi. Pendek kata kalau nak gali lubang kubur sendiri, cangkul pun aku tak cari lagi.

Bila final ni baru aku sedar betapa betulnye kata2 Yanti. We all found this law agak2 dua tiga bulan lepas:

First Law of Applied Terror:
When reviewing your notes before an exam, the most important ones will be illegible.

Second Law of Applied Terror:
The more studying you did for the exam, the less sure you are as to which answer they want.

Third Law of Applied Terror:
80% of the final exam will be based on the one lecture you missed or the one book you didn’t read.

Fourth Law of Applied Terror:
The night before the English History mid-term, your Biology instructor will assign 200 pages on planaria.

Corollary:
Every instructor assumes that you have nothing else to do except study for that instructor’s course.

Fifth Law of Applied Terror:
If you are given an open-book exam, you will forget your book.

Corollary:
If you are given a take-home exam, you will forget where you live.

Sixth Law of Applied Terror:
At the end of the semester you will recall having enrolled in a course at the beginning of the semester–and never attending.

Disclaimer : To all my lecturer, no heart feelings :)

Terrorall_4

May 1, 2006

Keratan Surat Khabar - Republish

Filed under: Uncategorized — peetz @ 1:58 am

Aku pagi ni bangun dengan soalan kepada rumet aku, apa yang aku nak post kat blog aku ni? Aku baru perasan sebanyak mana kerja aku akan buat, aku dah kurang power sengal aku. Kira kalau dalam cerita Ultraman tu, lampu kat badan aku dah menyala2 dah.

Just aku nak post something yang aku dapat dari internet dulu. Kali ni aku nak serius sikit! Aku rasa budak2 SVU pernah dapat news ni last sem, just nak highlight balik dekat sini - anything can happen! Aku nak letak news2 macam blog Bet la.

Inspired by Bet’s Blog….

Pentadbiran Bush mohon pertolongan Junichiro serang Iran

TOKYO 1 April. - Pentadbiran Kerajaan Jepun, Junichiro Koizumi akan diminta oleh Kongres Amerika Syarikat (AS) memperuntukkan sejumlah AS$2.22 bilion (RM8.44 bilion) sebagai bantuan ketenteraan kepada Amerika untuk serangan pertama Iran bulan depan.

Menurut kenyataan Jabatan Negara Jepun, jumlah itu merupakan tambahan sebanyak Y60 juta (RM228 juta) berbanding peruntukan yang akan disalurkan kepada China untuk tahun kewangan 2004.

Bantuan ketenteraan itu merupakan yang paling besar pernah diberikan oleh Jepun kepada negara luar - TakdeNAMA

Pic218811

Aisey takleh la aku siyes….