Caffeine Overdose






         Blog ini terhasil akibat terlalu banyak minum kopi… -[PARENTAL ADVISORY]-

August 27, 2006

Erti Kemerdekaan

Filed under: Uncategorized — peetz @ 6:45 pm

Waaargghhh.. Eden bizi gilo lah minggu ni. Nak baco bolog kengkawan pun tak sompek. Inikan pulak nak mengedit bolog senighi. Sori la Bet, Shasha, Jida!

p/s: Bolog = Blog dalam bahasa NS.

Ni sekarang ni aku duk sensorang je kat lab. Laptop aku pulak barai. Lab computer aku ni sejuk gila. Dah la sejuk, seram pulak. Seram semasa sejuk bermaksud seram sejuk. Dia kalau sejuk-sejuk ni boleh timbul dua perkara. Yang pertamanya seram. Yang keduanya stim. Tapi sekarang ni, aku bukan stim, tetapi seram. Time-time maghrib ni memang time hantu bangun sahur.

Masa aku menaip selaju halilintar ni, aku rasa macam ada orang je perati aku dari luar lab. Maklumla lab aku ni sume kaca. Ekor mata aku sebelah kanan macam ternampak-nampak je makhluk warna merah kat sudut kanan sana. Bila aku tengok betul-betul, rupanya fire extinguisher tersangkut kat dinding. Aku ingatkan batu nisan berdarah tadi.

Cissss!! terperanjat aku! tetiba je pulak aku rasa ada orang berjalan kat belakang aku. Rupanya security guard. Bukan nak bagi salam. Laaa.. patut la tak bagi salam, India rupanya. Aku cukup pantang kalau aku bagi salam kat orang Islam tapi tak jawab. Nak je aku salam muka dia dengan tapak tangan aku secara laju-laju atau dalam perkataan yang lebih mudah = lempang.

Sem ni aku busy gile. Maklum la struggle nak habiskan study. Waa.. orang lain dah kerja. Aku stuck kat UTP ni lagi. FYP lagi…Ni silap-silap, hari kemerdekaan Malaysia ni pun aku tak cuti. Merdeka apa namanya ni? Kalau askar-askar kat tugu negara tu tahu, sure diorang marah sebab aku tak cuti sebab study.

Cakap pasal tugu negara ni, aku dah lama tak pergi kat tugu negara tu walaupun aku slalu makan kat Bukit Aman dengan office mate aku.

Ok merdeka ni jom pergi tugu negara jom? sapa nak ikut? Errr.. boleh mintak nombor ekor tak kat patung tugu negara tu? <– syaitonirrojim!!!!

August 15, 2006

Hari Pertama Kelas

Filed under: Uncategorized — peetz @ 7:25 pm

Hai adik-adik. Wah aku masuk frenster tadi dah bersawang-sawang dah frenster aku. Bukan aku taknak update tapi aku malas. Ramai jugak awek-awek hantar testi yang lama tak approved.

Masa cuti lepas aku memang tak bukak pun frenster ni. Tak tau aku busy sangat kot. Bila dah bukak kelas aku mula surf2 internet, rasa macam ada yang kurang…

Ok la so sem ni kelas dah banyak start. Bila cite pasal kelas ni, aku teringat la pulak cerita masa aku mula2 masuk kelas time darjah satu dulu. Aku mula kelas darjah satu di Sekolah Kebangsaan Sg. Plong, Sungai Buloh. Mula-mula sekolah sini aku pikir banyak la pulak sungai. Dah la Sg. Plong, Sg. Buloh pulak tu. Yang aku nampak ada logi najis kat belakang rumah ada la.

Aku sekolah agama pulak aku Sekolah Rendah Agama Paya Jaras. Haa… yang ni pulak Paya. Tadi sungai. So korang bayangkan la aku nak kena redah sungai dan paya untuk pergi sekolah. Susah tau hidup aku.

Aku pergi sekolah agama ni naik kereta. Ada pakcik ni, mak aku bayar bulan2 pickup aku dan hantar aku balik. Disebabkan kitong ni sume budak darjah 1 baru, so selambe dek dia je boleh himpitkan agak2 10 orang member2 aku lain dalam kereta Nissan Sunny warna kuning dia. Korang bayangkan la betapa ’sardin’ nye kitong dalam kereta tu. Nasib baik semua lelaki, kalau tak ada je yang failkan sexual harassment kat mahkamah. Disebabkan pakcik tu slalu pikup aku dulu so aku berpeluang duduk seat depan, merayau2 seluruh Sungai Buluh nak pikup 9 orang member sekolah aku yang lain.

Masa first day aku pergi sekolah, mak aku dah pesan suruh ingat nombor plat kereta ni sebab aku kena balik dengan dia jugak. Maklum la dah excited first day sekolah, terus lari beli eskrem paddle pop patah dua tu.

Bila time balik aku dengan confidennye naik kereta sape tah. Bila dah budak tinggal sikit, pakcik tu tanya aku:

Pakcik: Adik ni duduk mana?
Aku: Saya duduk dekat Sekolah Teknik Sg. Buloh, quarters guru.
Pakcik: Eh pakcik tak anta budak pergi sana!

Ah sudah ni mesti kes salah naik kereta ni. Patut la aku rasa macam kereta yang aku naik ni lagi best dari kereta Nissan Sunny buruk tu. Bila dah abis anta budak sume pakcik tadi anta aku balik gi sekolah agama, tengok2 budak2 sume dah balik. Ah cuak gile aku so aku nangis la seround. Ala aku nangis pun sebab tak da orang, kalau ada aku cover macho la. Last2 baru mak aku pikup aku sendiri…hahaha!