Caffeine Overdose






         Blog ini terhasil akibat terlalu banyak minum kopi… -[PARENTAL ADVISORY]-

September 13, 2006

Resepi Rendang Ayam Bercoklat Yang Serious

Filed under: Uncategorized — peetz @ 10:35 am

Selalu nak time raya, antara favorite lauk aku adalah rendang. Tak kesah la rendang ayam, rendang daging mahupun rendang unta. Post ni tribute kepada kawan aku yang paling cute dan pandai gile masak, merangkap jiran aku kat Seri Maya, Sarah! Rendang ayam dan laksa penang adalah speciality dia…. Nak try datang la Seri Maya raya tahun ni.

Ni cara-cara yang dia ajar masak, tak sure betul ke tak…

RESEPI RENDANG AYAM BERCOKLAT

Bahan: 

1 ekor ayam atau lebih 
6 bwg merah 
3 bwg putih 
bawang jingga tak payah
3 serai 
3.24 cm lengkuas  
sedikit kunyit hidup 
sedikit halia tak kesah hidup lagi ke tak 
2/3 sudu besar ketumbar 
sedikit jintan 
2 biji kelapa ( 2/8 dibuat kerisik, 6/8 santan pekat) 
10 tangkai lada kering 
Daun kunyit atau daun limau purut
Garam 
Gula 

Coklat Cadbury 1 bar (rasa Nestle pun boleh kot…)
Tukang masak (paling penting!)

Caranya: 

Ayam diperap ngan ketumbar samada ayam tu suka atau tidak. Perap sekali kunyit, bawang putih yang ditumbuk selama 30 minit atau lebih. Pastu korang start goreng dan letak tepi kiri. Maknanya ayam tadi dibiarkan kejap tapi jangan dibiarkan langsung, takut ayam tadi masih hidup dan cubaan ayam tadi untuk melarikan diri agak tinggi.

Lada kering, bahan rempah..ketumbar tu.., bwg semuanya dikisar/blend sekali. Ops, jangan kisar daun kunyit laks tapi kalau korang nak try sekali ok je, kalau rosak makanan korang jangan salahkan aku… Panaskan minyak dan masukkan bahan kisar tadi sampai naik minyak dan wangi.. emmm (bunyi pengarang tengah bau minyak).

Jemputlah ayam tadi masuk dalam kuali tadi dan cuba kacau2 dia. Pastikan korang tak ‘kacau’ dia lebih2 takut dia report kat mak ayam dia.

Masukkan santan pekat, kerisik, asam jawa kalau suka, gula dan garam. Apa korang dah kisar semua sekali tadi? Arg. Pergi kedai, beli gula dan garam balik…..

Kacau perlahan sampai boring. Bila dah agak pekat masukkan daun kunyit. Kacau lagi sampai naik minyak. Boleh lah angkat dan makan .. ekkk Panas panas….!!!!

Bismillah!!!

Rendang_ayam

Jibraun, sape yang rembat rendang aku?! Baru je hidang!

Anyway, daun kunyit tu fungsinyer sebagai penaik bau. Rendang kita tu naik baunya. Apa kata kalau korang try dulu.. bezakan.. Satu guna daun kunyit.. lagi satu guna daun limau purut..  and lagi satu guna daun lalang. Gitu ler.. Cuba dulu baru tahu…

Ape? Rendang Ayam Bercoklat aku takde coklat? Lepas korang makan rendang tu, korang makan la coklat!!! Huahaha!

Idea from Zura’s & Shasha’s blog "How to make…"…

September 10, 2006

Peet’s Adidas +10 team

Filed under: Uncategorized — peetz @ 3:02 am

Ok first of all, this team most probably will not be all ‘Adidas player’. I am really amaze by the latest Adidas advertisment in the net.

You can say that this is my dream team.

My goalkeeper has to be Peter Schmeichel. He was a very commanding goalkeeper, a huge presence on the pitch – the main reason why I cheered for Manchester United during the early Alex Ferguson era. My two defenses will be Roberto Carlos and Fabio Cannavaro, team up with me at the back. I pick Carlos at left because his left foot. In his striking of the ball, he is exceptional. In a good way both also play for a really good club and for a national team who always maintain a high level. Lothar Matthaus will be play as defense midfielder which he possess high leadership for a midfield player. My central midfielders would be Bobby Charlton, the English legend. To be honest, Bobby would be the only England player that I really look up to. The responsibility for left wing will be at Fredrik Ljungberg. With a good ball crossing and fast attacking style, Juan Sebastian Veron will be the perfect partner. The three forward will be Eric Cantona, Luis Figo and Juergen Klinsmann. For me, Figo has a great personality and is very strong physically and psychologically. He is perhaps the best-ever Portuguese player after Eusebio. Eric Cantona was also my favorite player and the reason I cheered for Man United back then, overlook the Crystal Palace incident back in 1994. Well, Klinsman? His my Beckenbauer!

Untitled

So readers, any challenge?

September 8, 2006

Asal Usul Caklempong

Filed under: Uncategorized — peetz @ 10:16 am

Wah harini dah hari Jumaat. Aku suka jumaat sebab aku tak suka hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis. Jumaat ni banyak fadhilatnye terutama harini adalah Nisfu Syaaban. Harini malaikat sume naik ke langit bawak buku lama dan tukar buku baru. Insya Allah buku amalan baik aku banyak tahun ni sebab aku organize banyak charity event tahun lepas. Tapi aku taknak start tahun ni dengan amalan yang tak best dengan berkata riyak dalam blog aku…dah2… Astargfirullah!

Ok yang paling best Jumaat, lepas settle sume kerja2 untuk minggu ni, aku pergi kelas Caklempong. Mula2 pelik jugak aku dengar nama Caklempong ni. Aku ada jugak tanya cikgu muzik aku mana asal usul muzik ni. Cite dia macam ni….

Muzik ini dapat dikesan sejak kejatuhan zaman empayar Melayu Melaka lagi. (dah mula merapu aku dah…) Muzik ini asalnye takde menggunakan alat muzik. Ianya dimainkan oleh dua orang sahabat baik yang bermain nyorok2 secara tak sengaja. Satu hari, kawan A ni menyergah kawan B dengan berkata “Cak” dan kawan B ini terus lempang kawan A tadi. Disebabkan nada bunyi lempangan tadi mengeluarkan bunyi yang menarik, doirang terus cipta muzik yang dinamakan CakLempang. Keesokan harinya kedua sahabat ini terus ke Jabatan Pendaftaran Tanah Melayu Melaka (masa ni Malaysia tak wujud lagi) untuk apply copyright. Disebabkan isu-isu Kerajaan Johor-Riau yang baru nak membangun, nama yang digunapakai sekarang ialah Caklempong. So kalau orang tanya aku mana asal usul Caklempong ni, aku akan cite benda sama diatas sebab kelas introduction aku tak pergi.

Aku amat teruja la bila belajar balik muzik, membaca2 note muzik yang cikgu muzik aku bagi. Harini dapat note untuk main muzik Ulik Mayang. Jangan main-main, baru satu dua kelas dah belajar main lagu Ulik Mayang. Macam apa yang aku cite kat blog lepas tajuk Aku Seorang Seniman, aku memang mempunyai bakat seni terpendam yang tak pernah ada. Gambar kat bawah ni adalah gambar note tauge2 yang aku kena hafal untuk main Caklempong.

Picblogsept1


Untuk pengetahuan korang aku suka main alat muzik nama dia Sauwa & Tingkah. Alat muzik ni macam Gamelan. Kalau korang nak tau cuba tengok cerita Pontianak Harum Sundal Malam, yang benda besi emas yang dia curik tu…haa! Benda tu la. Sebab tu aku tak berani curi besi tu sebab takut malam2 cikgu muzik aku datang menyamar sebagai pontianak, jerit “Pulangkanlah…”. seram pulak aku! Dah la cikgu muzik aku ni lelaki – buruk pulak nampak lelaki jadi pontianak! Kurang-kurang boleh jugak aku berlatih main kat rumah.


Bercakap pasal pontianak ni pulak, Ada satu malam jumaat, masa aku darjah 5, orang kampung ajak pergi kenduri arwah lepas magrib, so disebabkan takde program lepas balik masjid, kitorang pergi mengayuh basikal ke kenduri tu. Time dulu, area rumah aku takde lampu, so nak berbasikal kena pakai lampu dynamo basikal atau berkayuh sambil bawak torch light. Dah dipertengahan jalan, baru sedar yang kitorang terpaksa lalu area kubur kampung dan ada pokok kapas kat situ yang besar dan menyeramkan. Tengah2 senyap berkayuh tu, ada la satu mulut tak cover member aku ni cakap nada seram2 (nickname dia Pak Itam), “Pokok Kapas ini ada hantuuuuuu…..!!!” Kebetulan ada kulit kapas terjatuh tepi kitorang. Dengan tak ingat member dah masa tu terus lari tinggalkan basikal masing2 berlari balik ke masjid balik. Esok pagi baru ambik basikal masing2. Nasib baik tak hilang!

September 6, 2006

Diri Aku Yang Cam Best

Filed under: Uncategorized — peetz @ 10:51 am

Aku rasa nak tulis blog tapi macam nak buat flashback, flash pulak tak boleh on. Cuba korang bayangkan kalau korang jadi aku. Heheh.. sorry..
tetiba aje aku suruh korang bayangkan jadi aku pulak. Buang tebiat
ke apa? Maksud aku cenggini, aku sebelum balik UTP, one of my housemate kat Seri Maya, Jack ada suruh post benda ni "10 benda yang orang tak tau pasal aku". Ah tulis je la.

1. Favorite TV Series aku ialah FRIENDS. Aku akan tengok FRIENDS sebelum tido. Aku dah biasa tabiat ni hampir 2 tahun. Aku pernah dapat markah 100% untuk Friends Quiz Book (buku ni ada kat MPH Midvalley).

2. Minuman paling la aku suka ialah A&W Root Beer. Aku pernah addicted Root Beer setiap hari aku minum botol 1.5 liter sehari.  Mak aku sampai terpaksa monitor sugar level aku atas arahan doktor.

3. Favorite food aku ialah Nasi Lemak. Aku pernah buat record makan nasi lemak straight 2 minggu untuk lunch and dinner, cubaan untuk pecah record Malaysia dengan bantuan Fabian. (aku tak tau wujud ke tak record ni untuk Msia Book of Record).

4. Aku pernah guna/tukar 3 fon Nokia dalam masa 1 tahun, 2003. Fon Nokia 3310, 3300, dan sekarang ni 6600. Tak silap aku dah habis spend lebih RM4000 kot. Aku sebenarnye nak cari fon paling mengebestkan hati aku dan jodoh aku diketemukan dengan 6600 ni…. alhamdullilah kitong masih berkekalan.

5. Nama Peet ini telah digunakan sejak sekolah rendah lagi. Bunyi, ejaan dan struktur bacaan diubah mengikut masa dan peredaran zaman. Nick ni digunakan sejak aku darjah 6, diguna pakai secara komersial oleh semua member2 aku. Sekarang ramai mempersoalkan penukaran ejaan Pe’et dari Peet.

6. P.Ramlee dan Dato’ Lat adalah idola aku. Aku kumpul semua hasil karya diong dan sekarang ni masih dalam proses untuk melengkapkan CD P.Ramlee dan komik Dato’ Lat. Ramai jugak kawan2 aku ada tolong termasuk Jida and Yanti. Thanks you guyz!

7. Binatang peliharaan aku yang pertama dan terakhir ialah dua ekor hamster. Hamster ni gigit orang dah pernah gigit Figo sampai berdarah. (aku tak tipu!) Hamster ni mati dalam cubaan melarikan diri dari kandang beliau. Bila dah lari, tak makan…mati. Tak sama macam Prison Break tau!

8. Sebab aku tak ada kereta sekarang ialah aku dah biasa naik moto. Aku naik moto sejak darjah 4 dan paling jauh aku naik moto ialah dari Kuala Selangor ke Nilai.  Eksiden moto dua kali, dua dua aku yang langgar kereta, bukan kereta langgar aku!

9. Aku adalah separuh alien (walaupun korang takkan percaya) sebab ada tanda2 dekat jari aku yang mana manusia lain takkan ada dalam dunia ni. Kalau korang tengok jari manis kiri aku ada 4 garisan bengok berbanding 3. Kajian saintifik mengatakan 4 garisan ni adalah tanda dari Plenet Zargon.

10.  Fakta yang paling betul! Walaupun lesen memandu aku dah expired 2 tahun + pernah hilang IC 3 kali + kad matrix hilang 5 kali,sekarang pun tak buat lg + stiker moto UTP tak pernah ada + road tax moto x pernah wujud. Aku tak pernah kena saman oleh JPJ, PDRM, Security UTP, DBKL atau FBI.  Aku jugak tak pernah kena tahan reman atau dihukum gantung sampai mati. Aku pun tak tau pesal. Tapi ayat kena manissssss…….

September 2, 2006

Time Antara 2 Sekolah

Filed under: Uncategorized — peetz @ 12:33 pm

Dah pukul 3 lebih tapi mata aku tak tido lagi. Aku punya kerja dah start banyak tapi aku buat dek je. Aku tengok belanjawan tahun ni macam takde effect sebab walau segempak mana belanjawan, tahun ni dikatakan belanjawan mesra rakyat, poket aku tetap kering.

Pada aku, duit ni tak pernah jadi isu sebab dari sekolah, mak aku dah train untuk hidup sempoi. Flashback masa kecik2….

Duit masa aku time2 sekolah amatlah takde makna. Sehari aku dapat RM1 je, seingat aku.
50sen untuk sekolah atas (sekolah rendah) dan 50sen untuk sekolah bawah
(sekolah agama). Aku pun tak tau nape diong panggil sekolah atas dan sekolah bawah. Mungkin sebab faktor geografi sekolah rendah aku lagi tinggi dari sekolah agama. Bila time rehat, aku jarang pergi kantin sekolah. Boleh kata aku dah save 50 sen kat sekolah atas. Bila balik time sekolah adalah masa makan aku.

Bila bunyi loceng balik, itu adalah time paling best sepanjang hari. Semua budak2 macam kena hesteria menjerit. Sememangnye feeling tu lagi best dari menyambung hari kemerdekaan 31 Ogos setiap tahun.

Balik adalah time aku gi kedai Chikedis beli keropok2 merapu kat luar sekolah. Aku pun tak paham kenapa orang nama keropok merapu ni, Chikedis. Aku rasa ni propaganda Chikedis untuk menjatuhkan keropok2 lain seperti Twistiees, Bika ataupun Rota. Cikgu2 aku selalu pesan jangan makan keropok2 tu, nanti tak elok. Aku tengok elok je aku masuk universiti sekarang. Bulan lepas aku pergi amik adik aku, aku tengok ada lagi makcik keropok tu. Wah, masih maintain walaupun selepas 10 tahun lebih. Ntah2 dia dah bukak cawangan baru pulak.

Sebelum pergi sekolah agama, aku singgah dekat kedai keropok depan rumah aku pulak. Sekolah agama start pukul 2.30, so 2.30 tu baru la aku start keluar rumah. Aku bukannye taknak keluar awal tapi aku ingat lagi ada cerita katun best kat Cartoon Network (Mega TV) pukul 2 sampai 2.30. So tabiat ni aku buat sampai sekarang. Dah la lambat gi sekolah, singgah kedai lagi.

Korang bayangkan la kayuh basikal pukul 2 petang. Panas beb! Bagi la aku beli eskrem kejap. Kamon give me a break!

Masa perjalanan agak2 setengah jam, so aku akan sampai sekolah pukul 3. Agak2 lepas la satu kelas mengaji awal2 pukul 2.30 sampai 3. Senang, takyah bawak al-Quran gi sekolah…ringan sikit beg aku. Bila sampai pukul 3 maklum la gate dah kunci. Sampai2 tengok guru besar aku dah standby kat depan tunggu budak2 lambat. Siap cekak pinggang lagi pegang rotan. Macam Arwah Siti Tanjung Perak dalam cerita Bawang
Putih Bawang Merah pulak. Korang tau ke Siti Tanjung Perak yang mana
satu? Ala.. dalam cerita Bujang Lapok, dia jadi Mak kepada Zaiton. Yang
cakap "Ayuuuuu.. go to play.. ahh!! tidurlahh!!"

Time rehat sekolah bawah, aku slalu tak makan pun. Time ni la aku nak ngecak (pau) member2 kelas aku. Ada budak makan kuih, "eh2 nak try sikit. Sedap tak?". Bila member aku tanya, aku cakap je rasa sama macam semalam. Bila ada budak minum,"weh2 sikit air. Pedas la". Tah apa yang aku makan tadi sampai pedas pun aku tak ingat. Ayat kena manis! Bila dah kenyang, so main la polis antri ke, rebut tiang ke….

Wahaha. Nanti aku cite kat korang time sekolah rendah agama aku….best punya!!!