Caffeine Overdose






         Blog ini terhasil akibat terlalu banyak minum kopi… -[PARENTAL ADVISORY]-

October 14, 2006

Kasihnya Seorang Ibu

Filed under: Uncategorized — peetz @ 2:19 am

Kepada pembaca blog, sila ambil ikhtibar dengan apa yang berlaku… sesungguhnya bulan Ramadhan yang mulia ini harus kita bersedekah dan beramal soleh sesame umat manusia…

(Cerita ini juga ditujukan khas buat Haha dan Aysha yang sebok berborak2 pasal cite Jepun masa orang tengah berbuka puasa!!!) . Thanks also to Jack for this article…

Assalamualaikum. Nama saya Mohd Azman(bukan nama sebenar) dan saya sekarang sedang menuntut di salah sebuah universiti di Negara matahari terbit,Jepun.Saya ingin berkongsi pengalaman saya dengan pembaca budiman sekalian dan diharap kisah ini dapat dijadikan iktibar pada masa hadapan.

Kisah ini berlaku di depan mata saya sendiri menyebabkan saya berasa insaf. Ada seorang budak Jepun tinggal bersama-sama emaknya di daerah Yamanashi. Dua beranak ini hanya tinggal berdua sahaja kerana bapa Tatsuo-kun telah meninggal dalam satu kemalangan jalanraya. Kerana keluarga ini hanya tinggal berdua saja maka hubungan di antara Tatsuo-kun dan ibunya Maciko-san amatlah rapat sekali. Apa yang dihajati Tatsuo-kun akan cuba dipenuhi oleh ibunya dan Tatsuo-kun pula membesar menjadi remaja yang bijak lalu membolehkan dia mendapat biasiswa dan memasuki Meiji University.

Ketika ini perangai Tatsuo-kun mula berubah dan selalu tidak menelefon atau pulang ke rumah ketika cuti meninggalkan emaknya kesunyian di rumah.Hendak dipendekkan cerita,Maciko-san telah mengambil keputusan untuk datang ke Tokyo untuk berjumpa dengan anak kesayangannya. Ketika itulah satu perkara yang menginsafkan saya berlaku.Ia terjadi DI DEPAN MATA saya sendiri. Tatsuo-kun baru saja keluar dari pintu universiti bersama rakan-rakannya ketika ibunya tiba dan memanggil namanya.

Melihat keadaan ibunya yang berpakaian kampung membuatkan Tatsuo-kun berasa malu dengan rakan-rakannya yang rata-rata anak orang berada.Tatsuo-kun dengan muka yang berang mendekati emaknya dan berkata "Makcik ni silap orang la..". Saya berasa sedih dan terkejut ketika itu melihat Maciko-san dilayan sebegitu tetapi masih mampu mengawal air mata. Maciko-san memegang tangan anaknya dan merayu supaya anaknya tidak bercakap begitu tetapi Tatsuo-kun yang didorong perasaan malunya telah menolak emaknya ke arah jalan raya dan dilanggar kereta.

Saya berasa sungguh sedih dan cuba untuk menolong tetapi apakan daya kerana ianya berlaku di dalam televisyen rumah saya cuma. Lantas saya mengambil remote controller dan menukar ke siaran yang lain

October 13, 2006

Meriam Buluh Di Sg. Buloh

Filed under: Uncategorized — peetz @ 9:39 am

Kalau refer post sebelum ni, tahun yang sama, aku paling ingat projek paling best ialah main meriam buluh, mercun buatan sendiri adalah jenis mercun paling top kat Tanah Melayu ni. Kalau tanya rasa jarang jumpa budak Sg. Buloh yang takde pengalaman main meriam buluh time2 aku. Hari-hari ada keluar dalam sokkaba pasal budak putus jari, putus tangan, putus telinga, putus asa, putus sudah kasih sayang, dan putus harapan (tajuk lagu P.Ramlee kalau korang tak tau…)disebabkan mercun buatan sendiri. Diorang ni buat mercun pakai besi paip, memang la bahaya. Silap-silap kepala hotak pun boleh putus ooo.

Kepada sesiapa yang tak pernah pergi rumah aku lagi, Sg. Buloh (hulu) boleh dibahagi kepada 3 kampung, Kg. Kubu Gajah (rumah aku), Merbau Sempak dan Paya Jaras. Dua kampung2 sebelah ni merupakan rival tradisi bola sepak sampaila ke meriam buluh ni. Meh aku cite sket experience aku main meriam buluh ni tapi kepada member2 aku, jangan cuba dirumah, dikampung halaman mahupun di office sendiri.

Time 1993, member2 sekampung aku, Ejol, Zaki (anak Ustaz Abu, imam pertama Masjid Kubu Gajah) ngan Rizal lepas Asar akan gi mencari buluh paling best untuk dijadikan meriam. Time ni, budak2 tak pakai lagi Meriam Besi sebab sesiapa yang pakai meriam besi ni boleh dikatakan ‘pemikiran diong mendahului zaman’. Antara area2 buluh yang paling sesuai untuk dijadikan meriam adalah belakang rumah Ustaz Shaari (imam kedua Masjid Kubu Gajah). Ustaz Shaari ni garang betul dan kalau dia panggil anak dia balik, sure kalah la bunyi meriam buluh kitorng ni! Untuk mendapat access senang dekat buluh belakang rumah dia, aku ajak anak dia untuk project malam ni so dia akan me’rodger’kan kita kalau bapak dia ada kat rumah. Spesifikasi buluh yang sesuai adalah buluh paling tebal dan cara dia kena jentik dekat center buluh tu. Kalau buluh tu keluar bunyi yang best sikit, tu la dinamakan buluh mangsa. Operasi ini kena dibuat dalam masa kurang 5 minit sebab kalau lambat sure kena gigit nyamuk…

Buluh

Lepas berjaya tebang buluh2 (sekurang2nye 15 buluh), kitong pergi atas bukit kampung (sekarang bukit tu dah takde jadi Highway Guthrie) dan mula design buluh tadi. Time paling sesuai adalah masa lepas Isya sebab semua orang sibuk semayang tarawikh. Bahagian2 dalam buluh tadi dikeluarkan dan lubang kecik kena la tebuk untuk cucuh api bagi meletup. Zaki akan ditugaskan mencari belerang (tah mana dia rembat pun aku tak pernah tanya…). Bila dah siap semua design, belerang akan dimampatkan kat hujung buluh, seperti menatang minyak yang penuh. Ataupun seperti proses pembiakan manusia yang tak manis kalau aku ceritakan di bulan Ramadhan ini. Sorang2 akan cucuh meriam tadi guna lidi yang dibakar kat hujung. Nak best lagi letak tin Milo atau tin Vico kat hujung buluh tadi. Sebelum cucuh, tangan kena basuh dengan air, HSE beb! Jangan lupa baca bismillah 3 kali (ni si Zaki la mengajar aku).

Bila cucuh lidi dalam lubang yang ditebuk tadi… “BEEEDEEEBUMMMMM!!!!” , kadar bunyi bergantung kepada berapa banyak belerang yang ditaruk. Bila api terkena belerang mampat tadi, tindakbalas api akan berlaku, maka tenaga api bertukar menjadi tenaga bunyi + tenaga cahaya + tenaga haba. Kalau nak lebih tenaga, minumlah power root, untung-untung boleh menang motor. Ada sekali tu member aku buat belerang padat gila, dia punya bunyik, macam bunyik bom. Lepas tu aku dengar ada pinggan jatuh kat dalam rumah jiran. Lepas tu aku dengar bunyik makcik tu menjerit "Celaka punya budakakkkkkk!!!". Lepas tu kitorang lari carik port lain. Lepas tu kitorang main sampai habis bunga api. Tapi sepanjang malam tu, akan kedengaran bunyi dari 2 arah kampung rival untuk berbalas tembakan sesama sendiri.

So… apa lagi? boleh la try.. aku cerita-cerita ni, gian pulak aku rasa nak buat menatang ni lagi. Takde time betul aku nak main mercun tahun ni sebab bizi kerja + projek. Tadi aku tak kasi praktikkan, ni aku ajak praktikkan pulak. Lidah bercabang betul!

October 7, 2006

Lembu Pun Puasa Jugak…

Filed under: Uncategorized — peetz @ 6:34 pm

Eh aku baru perasan since puasa ni aku tak pernah lagi tulis blog. Ni membuktikan yang aku tengah busy gile dengan Schlumberger “the grandest” aku ni. Aku baru paham cemana otak aku berfungsi, bila dah serious2 ni, neuron sel otak lawak aku dah start slow….

Ok aku cite pasal pose aku la.

Masa puasa time sekolah rendah dulu, mengaji kena extra dan seperti biasa aku ngan member2 aku dah lepas mengaji, tarawikh, pastu melencong tah kemana2 walaupun sebenarnye rumah yang aku ngaji tu depan rumah je, kena pulak time tu cuti sekolah – pagi pun kena mengaji!

Ustazah yang mengajar aku ialah Ustazah Long. Masa tu dia bukan anak dara, dh kawen ngan Ustaz Abu, imam masjid kampung Kubu Gajah. Apa la aku ni balik-balik anak dara. Balik-balik anak dara. Macam perangai duda gian pulak. Haa.. Ustazah Long berkulit putih, pakai tudung labuh, dan pakai spek mata bulat besar. Macam Mahatma Ghandi version wanita la. Dia ni garang. Tapi dia mengajar secara "jelas, terang dan nyata". Sama macam teori Tajwid Izhar Halqi yang dia ajar aku dulu. Bila time ngaji ni aku gelisah gile. Bila aku tengok basikal aku yang park kat luar rumah Ustaz Abu, dia macam panggil2 je ajak mandi sungai, merayau kampung ataupun curi buah rambutan kat kampung sebelah.

Anak-anak sekalian..

Izhar Halqi akan terjadi apabila Nun mati atau tanwin bertemu dengan 6 huruh iaitu Alif/Hamzah, Ain, Ghen, Ha, dan Kho. Bila izhar halqi berlaku, maka bunyi "N" dalam hurup nun mati atau tanwin itu hendaklah dibunyikan dengan jelas. Paham ke? Jangan tanya aku pulak sapa yang bunuh Nun tu sampai dia boleh mati pulak. Nak kena pelempang cuba la tanya.

Ok dah habis pelajaran kita hari ni… Mari kita nyanyi lagu mengaji…

Mari kawan2, kita baca Quran,

Jangan malu segan, ustazkan ajarkan.

Ok bila habis je ngaji, aku ngan member-member kampung aku terus la chiow dari tempat kejadian. Kalau boleh, rasa nak terjun dari tingkap rumah ustaz pun ada jugak. Time 1993 antara puasa yang paling aku ingat, lepas mengaji terus nak pergi memancing kat sungai Sg. Buloh. On the way nak pergi terserempak dengan seko lembu yang tak kena ikut. Terus member aku tanya

Ejol : Wei check badan sume ada kaler merah tak?

Peet: Pesal merah pulak

Ejol: ye la aku tengok dalam cite hindustan kalau ada kaler merah nanti dia kejar tau…

Aduh kena pulak basikal adik aku warna merah! Tengah-tengah berdiskusi tengah2 jalan tu, lembu tadi toleh gerak sikit je terus kitorang sume lari lintang pukang tak tengok belakang dah. Macam P.Ramlee kena kejar Hantu Gigi dalam Pendekar Bujang Lapok. Padahal aku rasa lembu tadi takde mood pun nak kejar kitorng, Tambah bulan2 pose ni….