Caffeine Overdose






         Blog ini terhasil akibat terlalu banyak minum kopi… -[PARENTAL ADVISORY]-

November 29, 2006

Sepetang Bersama Ayah Pin

Filed under: Uncategorized — peetz @ 7:38 am

Beberapa bulan lepas, kalau korang folo perkembangan blog aku, aku ada pernah menginterview seekor Big Foot dalam title Sepetang Bersama Big Foot. Big Foot ni yang pernah menggemparkan Malaysia dengan kehadiran beliau. Beliau bukan saja terkenal tetapi liputan mengenai beliau sahaja telah mengalahkan jumlah undian Farhan AF4 masa final baru2 ni.

Kali ni sesi "Sepetang Bersama…" akan cuba menginterview Ayah Pin pulak. Aku nak interview Ayah Pin ni sebab dia antara orang aku power dapat lari dari Jabatan Agama. Sampai sudah dia telah meninggalkan pengikut dia tanpa berkata ‘Astalavista Bebeh’ kepada pengikut2 dia. Sejak tu pulak, muncul la banyak ajaran sesat seperti Ajaran Kahar, Ajaran Rafuqa, dan ajaran2 lain yang sememangnye tah pahape.

Terdapat satu masa pada tahun yg lepas bilamana satu Malaysia memperkatakan tentang kehilangan Ayah Pin. Dari semuda muda budak tadika hingga setua tua penghuni kedai kopi, masing masing mempunyai teori memasing…

Member aku telah me’ym’ aku bagitau tips yang dia nampak Ayah Pin kat Wisma ****. Dia dilihat di dalam elevator, dia dilihat didalam tandas, dia dilihat mengorder air di kafeteria, bahkan dia dilihat mencuci cermin pintu…!

Setelah aku siasat, aku dapat menemuramah ‘Ayah Pin’ beberapa hari yang lepas…

Peet: Pakcik ni Ayah Pin? (tanya aku direct…)

‘Ayah Pin’: bukan…

Peet: Adik Ayah Pin?

‘Ayah Pin’: pon bukan… takde kene mengena langsung… (sambil mendengus)

Peet: memain je le pakcik… takkan nak marah… biasa ok jer… dah setahun kene panggil ayah pin baru nak marah skang ke?

‘Ayah Pin’: tensen aku… tensen aku…

Peet: nak minum air ape? saya belanja hari nih…

‘Ayah Pin’: ALONG!! Barli Panas SATU!!

Peet: so bukan Ayah Pin la ni?

‘Ayah Pin’: lor orang cakap bukan…bukan la!

Peet: saya tak caye la pakcik…

‘Ayah Pin’: hek eleh…jap2 ni aku bawak keluar IC aku jap…

Peet: eh japp2.. ada fon kol la pakcik. Ello…ello…OoooOO…ye ke…hah…jap2 aku datang.
(Tiru taktik nak cover malu Pakcik Renovate Rumah aku)

Ayahpin
Gambar pakcik yang tensen dituduh menjadi Ayah Pin

Interview tersebut diakhiri dengan gelak tawa tahap dewa setelah diketahui umum ‘Ayah Pin’ hanyalah pekerja perkhidmatan am di sana. So ‘time kasih’ bebanyak la Fabian diatas tips berguna ko ni… takpe 1-0 dengan aku!


Disclaimer : Sememangnye interview ni ditemuramah ditambah2 untuk hiburan pembaca blog aku je - tak pasal2 Jabatan Agama investigate aku pulak!!

Disclaimer lagi : Sesi ini jugak takde kene mengena untuk mengenakan Kak Sofin yang kini bekerja di Legal Department, Scomi Group…hahah!

November 28, 2006

Dua Cerita Pendek (part II)

Filed under: Uncategorized — peetz @ 8:02 am

Alo pembaca budiman,

Aku lupa ada cerita last week jugak…Masa aku balik, Pok Ya sekali lagi memberikan idea gila nak merenovate rumah tukar dinding batu bagi nampak cun. Cukup la dengan construction block Havanna dan Savanna kat sebelah, cukup untuk buat aku takleh tido pagi kat sana…

Ni conversation aku, Jack and Pokya dengan contractor kat rumah aritu.

Suatu senja dimusim yang lalu… waktu itu hujan rintik…. Erkkk… tuh lagu ‘Widuri’…

Suatu hari, seminggu yang lalu… Pokya (salah sorang housemate aku) ada ajak pakcik contractor datang nak tengok rumah… ermmm… dia ni ada relation ‘bau bau kentut lepas mkn telur rebus’ dgn aku sebab dulu ayah aku pernah pakai dia renovate rumah kat Sepang.

PokYa: So ok yer… nih ler plan umah saya yg saya nak tukar style dinding… agak agak berape tuh?

Saudara-bau-bau-kentut-lepas-makan-telur-rebus (S.B.B.K): Setelah mengira dgn mengambil kira faktor keluarga bau bau kentut…ermmm… ada le dekat rm 7k dik… pakcik tak amik untung pon… lepas duit minyak jer..

PokYa: rm 7k!!!! apsal mahal sgt tuh… 5k tak dapat ke? mana ler saya ada duit byk sgt…

S.B.B.K : org takde duit tak pakai Perdana dik….
(hahaha terkena batang idung ko PokYa! Tergelak aku time tu!)

Me: kurangkan skit lagi bole? lagi pon pakcik ngan Shafiq kan ada bau bau kentut… (ayat sebenar bau bau bacang. saje aku tukar ditukar. Hahaha!)

S.B.B.K: bole tuh bole dik… tapi pakcik guna bahan lain le … murah skit… (sambil tunjuk sample baru kat kitong) bahan baru tuh dik… ringan… tapi kalu padat dia jd kuat tuh… amacam?

PokYa: ….. ye ker? kalau pakai bende tuh bole kurangkan lagi berape agaknye harga tuh. bagus betul!! bole saya save skit kan?

S.B.B.K: …. halo! halo! ooOooO…. yer ker?…. jap aku sampai… (pepura ada org call utk melepaskan diri)

So sampai sudah aku, Jack dan PokYa tak dengar confirmation pasal renovation rumah kitorng. Hahaha. Rasa buat business dengan kitong boleh bawak rugi… Takda untun! Takda untun!

November 26, 2006

Dua Cerita Pendek….

Filed under: Uncategorized — peetz @ 11:23 am

Gile lama aku tak update. Last update pun main copy paste je…. Aku masuk2 blog sendiri, keluar "Kenapa aku penat?". Aku yang tukang buat blog ni pun dah naik fedup, nikan pulak korang. Kadang2 aku bertanya pada diri aku, pesal blog ni tak update2. Bila fikir2kan ooo… aku pengarang dia. Kalau aku tak update jadi takde la update blog aku ni.

Minggu lepas aku banyak spend time kat Seri Maya. Aku lepas mengurungkan diri dalam bilik since kerja dah start slow down. Housemate aku ada mengajak aku pergi kedai Raavne Daun Pisang, Selayang. Not bad, kedai favorite aku jugak kat Selayang tu. Kedai ni dimiliki oleh sepasang suami isteri. Dua-dua kelakar. Si isteri yang bernama Lusi (Lucy kot??) komplen kat aku pasal laki dia.

Lusi: Yu tau aaa.. ini air singki pun dia tarak pandai tutup. Ini air banyak sudah keluar. Saya sudah warning dia satu kali, dia buat lagi. Saya kasi satu lagi warning, dia buat lagi. Ini sudah 3 kali saya warning sama dia.

Aku: Kalau kali ni dia buat lagi?

Lusi: Saya cakap aa.. kalau ini kali dia buat lagi, bukan itu air paip juga keluar. Tapi dia punya air juga saya kasi keluar.

Aku: Wakhh kah kah kah (gelak sekuat hati tanpa peduli keadaan alam sekitar)

Bukan apa, aku tak boleh imagine macam mana Lusi yang berbadan montel tu nak melaksanakan hukuman tersebut.

Bila balik KL je, Umi terus call dan suruh temankan dia shopping baju/jubah/tudung kat Munawwarah, TTDI. Seperti biasa temankan dia shopping adalah sesi ‘free shot’ untuk aku terkena segala bebelan yang dia simpan sejak aku last jumpa dia. Sekali berbelanja dia boleh spend tah berapa tah sampai kedai tu boleh tutup khas untuk bagi Umi bershopping je kot.

Korang ingat kempen kerajaan ‘Bijak Berbelanja’ oleh Kementerian Pengguna kat TV tu?

Langkah Satu : Lihat Mutu Barangan
Ha ni ok lagi….

Langkah Dua : Pilih Harga Yang Rendah
Ni pun Umi still ikut rules dia..

Langkah Tiga : Belilah Barangan Yang Perlu
Yang part ni dia fail!!!!

Aku actually tak ingat ayat2 tiga langkah dia tapi rule last skali memang dia tak follow la!

November 12, 2006

Kenapa aku penat?

Filed under: Uncategorized — peetz @ 11:33 am

Aku sedar aku dah lama tak update blog ni. Aku nak kata takde mood tu ada tapi aku terlampaula busy sampai takde masa nak update. Selama beberapa tahun
ni pun aku telah merungut kerana kurang tidur dan terlalu banyak tekanan dalam
hidup, akan tetapi sekarang kini aku tahu kenapa ianya berlaku (the
real reason) : Aku keletihan kerana terlebih kerja… nak tau kenapa?
Di bawah ini aku akan tunjukkan kenapa aku mempunyai beban kerja yang
lebih dan ianya adalah benar dan bukan rekaan aku :

Populasi penduduk Malaysia sekarang adalah 23 juta orang.

1.7 juta darinya sudah bersara. Jadi tinggal 21.3 juta orang.
1.3 juta pula adalah golongan kanak2 bawah 6 tahun. Jadi tinggal 20 juta orang.
Dari 20 juta ini, 7 juta masih belajar (tadika,sekolah, kolej,universiti dll).Jadi tinggal 13 juta orang yang boleh buat kerja.
Dari
13 juta ini, 5 juta orang adalah pekerja kerajaan yang pergi kerja tapi
tak buat kerja. Jadi tinggal 8 juta orang yang boleh buat kerja.

Tolak 3 juta orang yang duduk dalam hutan (tentera darat) pasal diorang nie nak kerja macam mana… tinggal dalam hutan.

Dah tinggal 5 juta orang yang boleh buat kerja….Dari jumlah itu, tolak 2.7 juta orang
yang
menganggur dan tak der kerja, surirumah, pekerja yang kena VSS, orang2
tua, fresh university student, kena buang kerja dll). Tinggallah 2.3
juta orang yang boleh buat kerja.

Dari jumlah ini,
sebanyak 1,215,512 orang dilaporkan sakit dan kini berada di dalam
hospital di seluruh Malaysia (tak kiralah hospital swasta ke atau
hospital kerajaan dan ini termasuklah hospital gila).

Dah tinggal 1,084,488 orang yang boleh buat kerja….
Sekarang
ini mengikut bancian terkini, terdapat 1,084,486 orang di dalam penjara
dan Pusat Serenti di seluruh negara. Jadi dah tinggal 2 orang yang
boleh buat kerja…

 

Dan 2 orang itu adalah aku, ngan
ko… korang SEKARANG INI masih duduk depan komputer, baca blog aku gelak2 dan tak buat kerja
langsung… jadi tinggallah Aku sorang yang buat kerja dalam Malaysia
nie… mana aku tak letih!!

Jadi sedarlah skit…. dahhhh..!!! pi buat kerja!!!

P/S
: Semua statistik di atas boleh dirujuk kesahihannya di Pusat2 Bancian,
Kementerian Kesihatan, Kementerian Pertahanan, Jabatan Tenaga Raya,
Kementerian Pendidikan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.Takkan nak
rujuk itu pun nak kena suruh aku buat jugak?