Caffeine Overdose






         Blog ini terhasil akibat terlalu banyak minum kopi… -[PARENTAL ADVISORY]-

February 23, 2007

Computer Keluar Api

Filed under: Uncategorized — peetz @ 4:43 am

OK so aku boring. Ni cerita yang patut korang tau pasal aku… Aku copy paste dari Paan punya blog since dia cerita detail habis:

Arituh aku g lepak umah persatuan aka rumah nayi lepak tgk dak2 ni men dota sambil merapakan sillatur rahmi ngan derang..smpi kol 1 lebeh aku pun nk blk bilik dengan tujuan untuk study paper hari selase (aritu baru ahad)..dalam perjalanan balik bilik ternampak la motor yg sgt2 ku kenali dari first sem neh..itulah motor kontraktor berdaftar kat utp neh parking kat depan blok aku.

Naik je bilik aku terbau cam hangit je..cam korang bakar plastik capacitor tuh..campor ngan bau polo black.. "ya ampun" kataku dalam hati.Apakah yang berlaku ni sebenanyer..aku pun usha2 keliling tgk arr ape yg berlaku..tade ape2 rupenye wat saspen je.Tetibe ade org datang sapa aku dari belakang."ya ampun paan…aku ganti2..jgn risau" kata suara itu aka peet(weh ganti cepat psu aku)..rupenye2 die la insan yg meletupkan pc aku.

Cane bleh meletup?..mehaku citerkan kronologi kes ni.

60 saat before meletup

peet nk bukak kom aku katenye nk burn prison break atas cd.byk gle klu burn kat cd aa.Pastu tak jumpe suiz on aku…maklumla pc mantap mane leh on senang2 je.die pon duk godek2 akunye cable sume.carik sume cable2 yang bleh digodek.

30 saat before meletup

si peet ni da agak putus asa.die pergi ke bilik sebelah yg dihuni oleh nagaroka ngan figo "figo ko tau tak nk bukak pc paan ni?"..figo dengan pantas mengjawab "tak tau aku..tgu paan balik arr "smbng figo lagi.

10 saat before meletup

peet berusaha lagi..bagus tol insan ni tak pernah menyerah kalah.die try pusing2 kan main power cable yg smbg kat psu tuh..tengah die goyang2.tak pasal2…

MELETOP!!

sejurus selepas meletup

psu tu bukan saje meletup..siap kuar api2 lagi..pastu api2 tu menyale2 cam lampu2 yg orang letak dalam pc lagi…asap pun bukan main banyak.dengan gaya seorang pengakap udara peet ambil kain pelikat rumet aku aka tokkmatt tuk kibas akunye pc..mane nak padam beb..haha..tapi bagus arr ssb api tu tak merebak kat tempat len.Peet dengan pantas menutup main switch..so api tuh takat situ je la tak nyambar mane2.Sebab cuak..peet trus kunci pintu pastu try hembus keluar saki baki asap2 itu ikut tingkap.Pastu trus arr die menyembur polo black di keliling bilik bagi mengabui bau psu tebakar.

60 saat selepas meletop

Peet mencari figo untuk menggunakan hp figo sbb die tabawak henset.Try kontek aku katenye tp aku duduk di rumah persatuan yang mane mmg la tade signal.dengan tabah die pergi bilik ke bilik kat blok  c ni carik aku.."paan study sini tak?" tanye peet di setiap bilik..bape byk bilik?..kire la sendiri. satu bilik ade due orang,satu rumah ade 6 bilik,satu floor ade 4 rumah satu blok ade 5 floor..klu kalikan rase2 da lebeh 50 dah bilik2.

beberapa ketika selepas itu

aku ade kat bilik..peet tetibe datang dari belakang.."sorri paan aku ganti nnt"..haha cuak ko..kate peet..aku tatau ape2 ni trus arr denga cter dier..

kendian dengan rase ingin tahu aku pun bukak psu tuh nk tgk aper yg terjadi (pics akan diupload selepas dapat upload)..mmg horror lah.dedua caps yg paling besar tuh da cair..kipas dedue pon cair..transformer da tebakar sebelah..siap kabel ide yg belakang psu pun kecut..

http://ghey.blogs.friendster.com/this_is_work_of_satan/2006/11/life_without_no.html

TOO MUCH CAFFEINE!

February 20, 2007

Post ke - 50

Filed under: Uncategorized — peetz @ 9:54 pm

Wahai readers!

Post ke 50. Menjelang bulan depan, genap setahun blog aku ni. Blog ni akan di tukar nama ke….

"Caffeine Overdose" - akibat terlalu banyak minum kopi

300pxcoffeecupee3

Templete sama, font sama…. ape yang aku tukar?

Iskh sama je macam dulu?

February 19, 2007

The Untold History

Filed under: Uncategorized — peetz @ 10:14 pm

Seperti mana yang aku selalu buat dalam blog lepas2, aku selalu flashback time untuk cerita kisah2 silam aku. Kali ni aku nak mintak maaf sikit sebab terlajak flashback sebelum kita menyambut kemerdekaan lagi. Ok la sempena post sebelum ni, 2007 Tahun Melawat Malaysia ni….

Sejarah Melayu Melaka - The Untold Story

1908 > Alfonso de la Boorg (betul ke aku eja ni?) meyampaikan hasratnya kepada Raja Portugis untuk meluaskan pengaruhnya ke Asia Tenggara (Melaka pusat perdagangan Asia Tenggara ketika itu) dan juga laluan penting perdagangan Timur Barat Raja Portugis bersetuju untuk menyediakan kemudahan bala tentera (158 biji kapal, 15300 ( anggaran) bala tentera

1909> Portugis menghantar perisik ke Melaka untuk mengetahui keadaan kekuatan pertahanan di sana

Oct 1910> Alfonso berjaya menawan melaka setelah berhempas pulas melawan 5 pahlawan melayu terhandal (hang tuah, hang lekir, hang lekiu,hang jebat dan hang kasturi) ini adalah mimpi ngeri bagi pihak Alfonso, untuk menawan melaka serta berlawan dengan 5 Hang bersaudara, mereka perlu mendapat askar tambahan setelah 15,000 askarnya terkorban dalam pertempuran selama 6 hari itu dengan 5 Hang bersaudara..akhirnya dapat juga menawan melaka setelah hampir kecewa dan putus asa..

1912> setahun 12 bulan kemudian Alfonso ingin meluaskan kekuasaannya ke Kedah dan P.Pinang, yang ketika itu adalah pusat pengeluaran tebu untuk gula rantau ini,…

feb 1912 > Alfonso menghantar perisik ke Kedah dan Pulau Pinang untuk mengetahui kekuatan bala tentera di sana ( Kedah dan p.pinag) mengikut sejarah, perisiknya telah ke kedai kopi sekitar Kedah dan Pulau Pinang untuk mendapat segala maklumat yang diperlukan.. .

Seminggu selepas FEB 1912> Perisik balik ke melaka untuk memberitakan hasil risikan kepada Alfonso. Dibawah adalah perbualan percakapan antara perisik dengan Alfonso yang selama ini cuba disembunyikan dalam buku sejarah.

007 : Selamat pagi tuan ( sambil bertabik) <– macam Gerak Khas la pulak..
Alfonso: P
agi
007 : Begini lah tuan, lupakan saja niat tuan untuk menawan Kedah dan Penang
Alfonso : Kenapa kuat sangat kah mereka itu..? ( dengan nada marah dan kerek)
007 : Untuk menawan melaka yang mempunyai 5 pahlawan terhandal Hang tuah, hang jebat, hang kasturi, hang likir dan hang lekiu pun kita kehilangan hampir 15 ribu bala tentera, inikan pula kita nak menawan kedah dan pulau pinang yangmempunyai beribu ribu hang..
006 : Betoi tu tuan…antaranya hang sihat, hang buat apa, hang apa khabar, hang lagu mana,hang pi mana, hang nak p mana, hang singgah dulu, bapak hang, mak hang, adik hang, tok hang macam macam lagi hang ada kat sana…..

Mendengar hasil risikan itu Alfonso pun tak jadi nak pi serang Kedah dan Penang disebabkan pengalamannya sebelum ini bersama 5 pahlawan Melayu Melaka amat ngeri……ini kan pula nak berhadapan beribu ribu hang kat Kedah dan Pulau Pinang.

bersambung….

-thank you Jida for this lovely & funny story!-

February 15, 2007

Tahun Melawat Malaysia 2007

Filed under: Uncategorized — peetz @ 12:40 am

"Selamat Datang ke Malaysia"

Kepada readers blog aku, marilah kita sama-sama menyambut 50 tahun kemerdekaan. Kalau ada jumpa pelancong-pelancong asing, jangan lupa la bertanyakan mereka "demo nok gi mano?"

Epotklate
(gambar credit to : Caza for the email spamming to others!)

Gosh aku betul2 rindu kat Kelantan…

Iklan free: http://travel-in-kelantan.blogspot.com/

February 13, 2007

Unsur - Unsur 18SX

Filed under: Uncategorized — peetz @ 12:18 pm

Dahsyat jugak blog aku ni sampai di kategorikan 18SX ni. Kepada readers blog aku, kalau orang tanya kenal aku ke tak….korang pandai-pandai la kelentong ape2 ye… Thanks!

Hahaha

Bann

February 12, 2007

St. Valentine Dating Advice

Filed under: Uncategorized — peetz @ 6:04 am

To all my non-available non-muslim friends, have a very romantic day. I guess for the guys, really hope you have book a romantic restaurant for your partners, otherwise Domino’s will do fine.

For the guys who havn’t had a girlfriend, this time of night will be a perfect time to hit a bar or club and fine yourselve a nice single girl to be your valentine. Here are some of my best sample what you might have to say to her….

"Hi, I’m Mr. Right. Someone said you were looking for me"

"You know what? Your eyes are the same color as my Porsche"

"Are you religious? Good, because I’m the answer to your prayers"

"Be unique and different, say yes"

"Can I get a picture of you so I can show Santa what I want for Christmas"

"Coffee? Tea? Me?"

"Excuse me, but did you happen to find my Nobel Peace Prize?"

"Hello. Are you taking any applications for a boy/girlfriend?"

"I think I feel like Richard Gere - I’m standing next to you, the Pretty Woman"

well i guess if you really too nervous to use the above, you can always use these…

"Pardon me, but what pickup line works best with you?"

"Didn’t I see you on the cover of Vogue?"

"Excuse me miss… Do you have a cigarette? Actually, I don’t want one, I just wanted to start a conversation with you"

and for the ladies, don’t worry! I have a great ‘reject’ line for you to use…

Q: So what do you do for a living?
A: Female impersonator

Q: I know how to please a woman
A: Then please leave me alone

Q: Haven’t we met before?
A: Yes, I’m the receptionist at the V.D. Clinic

Q: So, baby, your place or mine?
A: Both. You’ll go to your place and I’ll go to mine!

Q: I think you’re the best looking girl in here.
A: Really? Well, I’d better go find the best looking guy then, hadn’t I!

or maybe if you heard someone is using the first 13 pickup line on the top….

Q: (one of the pickup line above…)
A: You must be Peet’s friends then….

February 10, 2007

Lawatan Sambil Belajar

Filed under: Uncategorized — peetz @ 2:52 am

Temp_1 

Ni je la muka-muka tujuh panglima harapan terakhir Melayu Melaka

Dscf1595

Patutla Melaka kalah…..

p/s: Orang-orang Melaka, sila la amik peduli yang bangunan belakang ni namanya A’ Famosa.

February 8, 2007

Peribahasa Bulan Ini : Feb 07

Filed under: Uncategorized — peetz @ 12:43 pm

Ala siot la Haha ni. Dia suruh aku start tulis blog ni, dah aku melekat pulak! Banyak la pulak idea aku….

Memandangkan nak dekat setahun aku tulis blog ni (March depan - cukup setahun) Aku setiap bulan nak tolong cikgu BM aku memartabatkan bahasa melayu dengan mengajar korang beberapa peribahasa yang kini mula dilupai oleh generasi sekarang….

‘TAK DAPAT BERAK, KENTUT PUN JADI’

Maksud : berpuashati dengan mendapat benda yang bukan kita ingini namun masih hampir sama dengan apa yang dihajati.

Contoh satu:

Aku: brader… berger daging double special satu… sos bagi kurang, bawang mau lebey~
Brader Burger(BB): alamak boss, daging tinggal sebijon jer…
Aku: alamak bai… ‘tak dapat berak, kentut pon jadi’… bole ler… berger special satu sos kurang bawang lebey… jalannnnn~
BB: siaaappppppppp…!!!!!

Contoh dua:

Awek Cun: awak… saya nak dgr lagu progressive metal yg awak minat tuh bole?
Balak Dia: ermmmm… cube check dalam glove compartment tuh… byk cd ada kat situ..
Awek Cun: eh!!! ape nih!!! cd anuar zain jer yg banyak…. aiiii… ‘tak dapat berak, kentut pon jadi’… layannnn~

Gemukkah Aku?

Filed under: Uncategorized — peetz @ 12:18 pm

Adakah aku gemuk? Soalan ni selalu di tanya oleh member2 perempuan aku. Bila aku di tanya soalan tu, aku tak respond tapi aku gelak je. Tak pernah pulak aku tanya soalan ni kat sape2 lagi. Bulan lepas aku dok gelak Duey sebab badan dia dah naik, aku tak sedar yang badan aku sendiri makin kembung. Petang tadi bila makan dengan Kak Shahrina, dia pulak yang gelak aku.

Makin lama makin kembung. Makin lama makin kembung. Ok lah jugak kalau makin kembung aje. Kalau kejap kembung, kejap kuncup, lepas tu kembung balik, kuncup balik, tu dah kira proses luluhawa. Kalau batu besar mengalami proses luluhawa, lama kelamaan boleh retak dan jadi kecik-kecik tau. Jadi, kalau nak kembung, kena teruskan mengembungkan lagi badan. Jangan kejap kembung kejap kuncup. Nanti badan boleh retak. Yang bestnya, walaupun badan aku kembung, tapi aku lebih hensem dari ikan kembung.

Baru-baru ni aku ada chance keje jadi nurse admin kat SJMC. Hospital food walaupun antara makanan yang aku tak suka, tapi kalau dah free…jadi sedap jugak. Kalau ada makanan yang lebih from dietitian aku TERPAKSA abiskan. Aku memang tak suka tengok makanan dibazirkan. Saudara-saudaraku sekalian… Bukankah membazir itu amalan syaitan?? Syaitan kan makhluk yang direjam?? Kalau aku tak tolong habiskan nasik-nasik tu, nanti aku macam mengamalkan amalan syaitan pulak. Kalau kena rejam, mati lah aku. Tapi, lama-kelamaan, badan aku pulak yang jadi macam anak jin dan syaitan. Dilema sungguh!

Aku pulak makin tak aktif sports. Yang main games pun, pool table, golf, fusball ngan ngadap PC main games. Sihat tak aku? Dulu awal2 sem masuk UTP rajin betul main squash. Aku rasa kalau aku prektis slalu sure dah terrel aku sekarang. Silap2 Nicol David pun berkenan kat aku….

February 7, 2007

Pengawas Yang Berdedikasi

Filed under: Uncategorized — peetz @ 8:31 am

Peh! Blog aku ni dah masuk second season la. Selalu season break ni lama, so sesape readers aku yang rajin tunggu tu aku ucapkan terima kasih la. Bukan button ‘refresh’ korang rosak tetapi aku tengah takde idea nak tulis ape. Busy seh!

Baru2 ni aku surf frenster2 profile favorite aku termasuklah frenster Laili. Sekarang dia dah jadi lecturer kat UIA la. Dah jadi ustazah dah member aku sorang ni. Ni yang nak flashback masa sekolah ni. Kalau korang nak tau, masa darjah lima dulu aku kena jadi pengawas sekolah. Aku memang tak suka jadi ‘ketua-ketua’ ni dulu. Kalau dapat gaji takpelah jugak.

Sebenarnya ada member aku yang jadi pengawas ni pindah sekolah ke Kedah. Bebudak lain pergi undi aku pulak untuk ganti dia. ‘Cadangan ditutup’ pulak tu. Memang tak ikhlas pun masa aku jadi pengawas dulu. Biasanya masa time nak balik, lepas bebudak naikkan kerusi atas meja, ketua darjah dan penolong kena berdiri kat depan dan cakap ‘terima kasih cikgu!!’. Tapi aku tak cakap dan blah macam tu je sebab ada kerja. Peh gile kuasa siot aku. Aku terasa bila pakai baju biru ni macam ada diplomatic immunity la, boleh pakai nombor plat basikal warna merah. Memang aku nak protes. Aku tengok Cikgu Hashim cikgu darjah 5 aku tenung aku semacam je. Macam nak makan aku je. Aku tau la paha aku macam paha ayam. Bezanya cuma paha aku lagi seksi dari paha ayam, dan lebih seksi dari paha Dayang Nurfaizah.

Masa aku nak keluar dari kelas, Cikgu Hashim tahan aku. Bila semua budak dah keluar, dia ambik kesempatan mencubit aku sekuat hati. Memang aku rasa dia cubit aku sekuat-kuat hati dia. Dah la cubit kat atas dada (berdekatan dengan ketiak). Kira sempadan antara ketiak dan dada la. Tempat sensitif tu! Sakit gila!! Rasa macam baru lepas diperkosa aje masa tu. Hilang teruna aku! Lepas tu rasa macam nak demam je. Balik rumah, aku tengok badan aku dah lebam sebab kena cubit. Aku kalau setakat kena lempang ke, rotan ke, aku boleh tahan lagi. Tapi kalau cubit memang aku allergic la. Tak caya korang cuba lah cubit aku. Kalau nak kena flying kick cuba la.

Semenjak kejadian dicubit tu, aku pun terpaksalah jadi pengawas dengan iltizam yang tinggi. Best jugak tulis nama-nama budak yang bising kat papan hitam masa cikgu meeting. Aku tulis nama aku pun ada jugak sebab aku pun bising. Tapi aku padam balik la bila aku dah diam balik. Har har har harum sundal malam….

Next Page »