Caffeine Overdose






         Blog ini terhasil akibat terlalu banyak minum kopi… -[PARENTAL ADVISORY]-

March 28, 2007

Server Masuk Air

Filed under: Uncategorized — peetz @ 3:14 pm

Halo readers! Peh lama jugak aku tak tulis blog ni. Aku sebenarnye takde idea nak tulis ape. Sumber idea selalunye datang dari DVD Friends tapi DVD tertinggal kat rumah Seri Maya pulak.

Sekarang ni tiap-tiap petang aku start tengok Mari Mengaji kat TV9. Walaupun cerita tu pasal ajar tajwid mengaji, ustaz Zamri (aku takde link Friendster dia), hos cerita tu boleh dikategorikan sengal jugak la. Kira dia pandai jugak la buat lawak dan memikat aku tengok cerita tu setiap petang. Kadang2 mak aku pun pelik jugak aku tengok cerita agama kadang2 tergelak barai depan TV sorang2.

Minggu ni aku balik. Sejak akhir-akhir ni perkataan “balik” adalah perkataan paling aku suka dengar. Bila dengar perkataan “project” aku naik meluat. Kira dalam kamus perkatan lawan bagi “balik” ialah “project” la. Ni FYP la, bukan project kat hotel ada makna tu… kalau project tu aku pun suka.

Ape aku cite tadi? Haa pasal balik KL. Sejak akhir2 ni aku selalu balik ngan Aysha. Senang balik ngan dia sebab rumah dia kat Bukit Jelutong tu belakang rumah aku je. Kira nak balik kira bahagi2 la ongkosnya, agih-agihkan sesama sendiri. Kira macam Badan (Ajis Satar) dan Nyawa (S shamsudin) dalam cerita Ali Baba Bujang Lapok la. Satu untuk kau, satu untuk aku, dua untuk kau, dua untuk aku, tiga untuk kau, tiga untuk aku. Eyyy lepas tiga apa da? (Bedal da!). Bedal da! untuk kau, Bedal da! untuk aku. Heyy.. dalam dunia mana ada hurup bedal da!. Hey.. dalam dunia mana ada hurup bedal da! untuk kau, Hey… dalam dunia mana ada hurup bedal da! untuk aku

Sambung cerita.

Ok la Bet buat flashback masa kat MCKK dalam blog dia, aku pun nak buat flash back sikit la time aku kat Teknik dulu jom!

Aku paling suka ialah time balik kampong walaupun rumah aku hanya 2km dari sekolah. Biasa la, aku saje nak duduk asrama, banyak buang masa dengan memember, boleh ‘fly’ malam2 dan sekaligus membentuk “kecemerlangan modal insan”. Dah lama aku nak guna perkataan tu dalam blog aku ni. Bila time lepas semayang Jumaat, start la main wrestling dengan menarik tilam dekat lantai, nak lepaskan excitement sebelum balik. Pernah sekali pernah jugak la dormmate aku melompat menghimpap aku yang tengah syok baring atas katil. Nasib baik tak kerkeluar taik hijau aku.

Ok la last aku ada mood nak tulis pantun pulak….

Kalau ada sumur di ladang,

Boleh saya menumpang mandi,

Aisey badan aku dah bau longkang,

Aku nak pergilah mandi!!

*Post ni aku tulis sebenarnye masa pukul 6.30 waktu Zargus tapi sebab server kat sana masuk air, so aku bangun pukul 6.09 pagi untuk postkan benda ni

TOO MUCH CAFFEINE!!!

March 22, 2007

Idea Nama Anak Zaza

Filed under: Uncategorized — peetz @ 8:27 pm

At last, jadi uncle jugak aku. Kak Zaza selamat melahirkan anak sulung dia tapi aku tak sempat nak pergi tengok. Dah lama aku nak kenakan kakak aku sorang ni…

Kepada Zaza, dah ada idea untuk nama anak ke belum? Kalau belum, saya ada beberapa idea untuk nama anak baby. Since Kak Zaza ada darah orang-orang Jawa sikit, so bagi nama anak jawa jugak la:

Pandai tanam bunga - Rosman
Pandai membaiki kereta - Karman
Average dalam golf - Parman
Pandai dlm penulisan - Suratman
Gagah perkasa - Suparman
Boleh mendengar sambil berjalan - Wakiman
Selalu bertanya - Azman (loghat jawa bunyi Asman)
Pandai buat kuih - Paiman
Pakar jualan - Salman
P
akar pasal alam sekitar - JASman (Jab. Alam Sekitar)
Pandai melukis, tulis sajak, nyanyi lagu - Saniman
Doktor gigi - Sugiman
Supaya cepat naik pangkat - Yasman
Bakal kaki pukul dan dera orang - Deraman
Yang ada darah Bengali - Baiman
P
andai organise skim cepat kaya - Pakman (Te’Lo)
Mat rock - Rokman
Jadi polis trafik - Saman
Pakar kunci - Lokman
Baik budi pekerti - Budiman
Buat kerja ala kadar - Kadarisman
Suka bagi orang susah - Sukarman
Suka mengada-ngada - Ngadiman
Dua alam - Herman
Paling tak guna - Koman
Selalu sakit - Deman
Kalau yang kuat berlawan - Ultraman
Yg suka main daun terup poker - Pokerman

March 18, 2007

Happy Birthday Caffeine Overdose!

Filed under: Uncategorized — peetz @ 8:21 am

First post aku dalam blog ni : Cerita Hantu dan Ngaji.

Top 3 hit : Sepetang Bersama Big Foot, The Untold History, Realiti Show

Jom kita interview penulis Caffeine Overdose!

Blog : Readers selalu pelik kenapa tak buat kat Blogspot dan letak counter

Peet : Actually aku prefer blog ni simple and exclusive!

Blog : Ape objective blog ni?
Peet : Kalau readers tersenyum baca post aku, tu dah cukup! Blog ni dibuat untuk aku ceritakan kisah hidup aku dari kecik sampai sekarang. Blog ni pun ada beberapa features termasuklah sesi interview dengan celebriti, belajar peribahasa setiap bulan dan beberapa fakta sejarah/news yang readers patut tau.

Blog : Kenapa nama blog ni Caffeine Overdose?

Peet : Sebenarnye kalau korang perasan, aku banyak post blog ni masa pagi2 masa aku takleh tido. Time tu selalu aku dapat banyak idea, pergi minum Nescafe malam-malam. Blog ni asal adalah nama Peet World II lepas blogspot aku pindah ke Friendster Blog.

Blog : Apa terjadi ngan nama blog Peet World?
Peet : Peet World adalah blog pertama aku time kat Scomi. Time tu, blog aku hanya cerita pasal apa yang aku dah buat dan apa yang aku tgh buat. I have a few hits but who give a damn about that, my friends know already! Lagipun Mawi dah curi ‘World’ trademark dari blog aku. Cis!

Blog : Kenapa blog ni dalam bahasa melayu?

Peet : Isu bahasa ni dah aku pikirkan sejak blog ni mula-mula start lagi. Faktor bahasa sebenarnye adalah isu utama dalam faktor lawak. Kalau aku nak kutuk mat salleh pun, doing takkan tahukan? Hahaha!

kan

Blog : Sape yang inspire Caffeine Overdose?
Peet : Joey dalam Friends, P. Ramlee dan my fellow close friends!

Blog : Any last word?

Peet : To my dear Ira, thanks for the wonderful testimony pasal blog aku dalam blog ko. Dengan kembang hidungnye…aku mengucapkan happy birthday to my bloggie, tempat aku senyum, masam dan release tension! Kepada semua readers, yang bagi comment. Terima kasih atas afundi anda.

March 8, 2007

Realiti Show

Filed under: Uncategorized — peetz @ 6:35 am

Hmm.. hujung minggu ni ada dua audition yang aku rasa aku nak masuk. Satu ada audition untuk realiti show Dance, nak kira test peserta mana orang boleh joget paling power kat Malaysia ni. Berbekalkan bakat joget twist aku je, aku rasa boleh menang.

Satu lagi audition Akademi Al-Quran. Chewah!!! Tajwid pun beterabur lagi. Tapi aku cuba bersikap optimistik, mana la tau masa audition dia suruh aku baca Qira’ati (’Iqra atau standard Muqaddam) ke, dapat jugak la aku masuk pusingan kedua.

Hmm… post aku kali ni bukan aku nak discuss pasal apa realiti tv yang aku nak masuk, tapi realiti tv apa yang aku nak buat kalau aku ada peluang. Aku ulas untuk top 3 je la ek…kalau aku bagi banyak-banyak, bagi idea kat TV3 pulak, bukan aku dapat royalty pun.

Who Want to Become Peet
Rancangan ini merupakan rancangan yang dihostkan oleh Jalaluddin Hassan. Show yang menampilkan peserta 12 lelaki yang akan bersaing untuk merebut gelaran ‘Peet II’. Perempuan tak digalakkan masuk sangat sebab kalau perempuan menang, aku kena tukar title show ni ‘Who Want to Become Laili‘. Semua peserta akan ditempatkan disebuah tanah perkuburan Cina Ampang dan mereka akan diuji ketahanan dari segi membuat lawak ditempat seram, membuat ’star jump’ ditempat gelap dan siapa yang terakhir terselamat dari dimakan hantu Cina akan dikira pemenang… Peserta akan dinilai oleh hantu Cina Perkuburan Ampang (30%) dan sms penonton (70% pemenang) akan mendapat motor Honda Cup C70. Hadiah ditaja oleh Suzuki Motor.

Mencari Mertua
Reality show terbaru ini bertujuan untuk memilih mertua paling best untuk aku. Show yang akan dihoskan oleh Jaafar Onn ini akan memilih 10 pakcik/uncle/prefer Dato’ yang mempunyai anak yang cun untuk menjadi bakal isteri aku. Pakcik-pakcik ini akan melalui ujian getir dimana ujian IQ, tahap kesabaran dan emosi akan diuji untuk melihat sejauh mana ketahanan kerenah aku dirumah lepas aku kawen dengan anak diong nanti. Peserta diadili oleh aku sendiri dimana sesiapa pakcik yang akan marah, dia akan dijual seluruhnye, dan seluruh harta benda dia akan dirampas. Pemenang hadiah akan mendapat aku selaku menantu dan ianya ditaja oleh parents aku.

The Apprentice : Czar Peet
Cerita Apprentice:Czar Peet ni lebih kurang sama macam Donald Trump punya version tapi diubah mengikut selera aku. Reality show ini mengambil 12 budak budak yang nerd dan akan ditukar menjadi budak sengal yang mempunyai tahap nilai estetika yang tinggi. Mereka akan ditempatkan di sebuah banglo kos rendah, dan akan diajar cara hidup aku. Setiap minggu mereka harus tunjukan apakan kepakaran mereka ada dalam seni buat lawak, update blog mereka setiap malam dan membuat penonton tergelak sampai tak bleh bernafas dihadapan penonton secara live. SMS aku akan menentukan peserta yang layak untuk menang (pilih berdasarkan taraf kehenseman dan ke’best’an mereka). Pemenang musim ini tak dapat apa2 kerana budget peruntukan hadiah dah dihabis pakai oleh dua realiti show aku lain diatas….

So ada sesiapa nak pergi audition? ON PANAS dan hantarkan ke 32999 ok?

TOO MUCH CAFFEINE!!!!

March 6, 2007

Peribahasa Bulan Ini : March 07

Filed under: Uncategorized — peetz @ 12:09 pm

Dari apa yang post peribahasa bulan lepas, bulan ni peribahasa baru pulak….

"semut di seberang nampak, gajah kat rumah mati kelaparan"

Maksud : nampak salah orang lain tapi salah sendiri tak bagi gajah peliharaan makan

Contoh 1:
Dalam perjalanan balik kampung
Suami: Waa ada semut la seberang jalan!
Isteri: Eh, abang dah bagi gajah kita makan sebelum keluar rumah tadi?
Suami: Alamak, abg lupa la!
Isteri: It la abang! Semut di seberang nampak, gajah kat rumah mati kelaparan. Bla bla bla bla…

Contoh 2:
Penjaga Zoo #1: Wei Samad, ko dah bagi gajah tu makan?
Penjaga Zoo #2: Belom la. Aku tak sempat. Aku pergi kandang semut tadi bagi diorang makan dulu.
Penjaga Zoo #1: Ko ni tolong la ada kesedaran sivik sikit! Gajah tu tak makan lagi. Ko ni memang la. Semut di seberang nampak, gajah kat rumah mati kelaparan! Bla bla bla…
Penjaga Zoo #2: Ala ko ni macam bini aku la! Aritu aku nak balik kampung pun kena beleter mcm ni gak. Ye la aku beli makanan gajah tu lepas ni!

too much caffeine!!!

March 5, 2007

Foster Dan Memamber II (EXCLUSIVE)

Filed under: Uncategorized — peetz @ 11:02 am

Peh, aku tak tau pulak latest post aku ni mendapat respond yang bagus dari sume orang.

Dari komen blog yang lepas oleh saudara Bet (klik sini untuk baca komen dari dia), dia memberitahu yang Foster tak pernah mereka rumah untuk beliau…  Pihak skuad siasat blog aku telah menghubungi Foster untuk mendapatkan keterangan lebih lanjut….

Ikutlah laporan penuh skuad Edisi Siasat minggu ini…

Dari apa yang aku dapat dari Foster sendiri, rumah ni bakal pemiliknye adalah saudara Azamil atau nama superheronye Bet-man. Dari apa yang dapat disimpulkan, rumah ni kira rumah grinpis punya konsep. Rumah ini juga dikatakan mesra alam dan dilengkapi dengan Astro dan Econ. Kenapa dia nak tipu kita? Apa kejadahnye semua ini?! Dimanakah mak bapak dia?!

Post2910892657541ic5

Kenapa Bet-man cuba menyembunyikan binaan Foster yang terbaru ini? Adakah dia cuba untuk membuat sesuatu diluar jangkaan manusia. Bak kata pepatah…

"Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang kecuali kalau ada beruk atas pokok tu"

Saya Karam Singh Waulia melaporkan untuk TV3.

p/s: OK bet, now its your turn! This is dedicated to you.

TOO MUCH CAFFEINE!!

March 2, 2007

Foster Dan Memamber

Filed under: Uncategorized — peetz @ 9:35 am

Bila aku baca blog Ira, ada satu post dia takde idea nak taruk ape. Aku pun selalu bila dah banyak keje ni, dah makin kurang la idea aku ni. So aku pun buat reseach sendiri sementara tangah boring2 upgrade drilling manual aku. Aku ada jumpa something pasal UTP yang agak menarik jugak la. So aku nak dedicate post ni kat arkitek UTP yang design bumbung UTP yang power tahap dewa la. Dewa pun tak power macam dia kot.

FOSTERS AND PARTNERS

Korang tau tak building baru UTP ni dibuat oleh arkitek yang sangatla gempak. Design building dia dikatakan sangatlah best sehingga arkitek lain pun rasa dia dah tak best. Untuk mengebestkan diri dia, rekaan2 dia banyak. Hampir sume rekaan dia dibuat dari besi dan kaca. Setakat kayu tu dia boleh buat untuk buat pencungkil gigi la. Ko boleh la baca kat Wikipedia sendiri.

Antara rekaan2 dia yang aku rasa best….

London City Hall (dah siap July 2002)
Foster1_1
uniknye : bangunan ni dikatakan lagi senget dari Leaning Tower of Pizzas. Sesuai untuk orang yang otak sengat dan suka makan pizza. (apasal aku terasa ek?)

British Muzium (dah lama siap, aku tak tau pulak bila)
Foster2
Kalau korang nak tau, British muzium ni adalah muzium paling gempak dalam dunia. Mcm macam ada! Macam macam Aznil je takde.

Milliau Viaduct (siap Disember 2004)
Foster3
Haaa ni jambatan ni adalah jambatan/jalan paling tinggi dalam dunia. Setakat jambatan Pulau Pinang atau tambak Johor tu macam taik hidung la kalau nak compare jambatan ni. Siap masuk Discovery Channel lg!

Ni antara projek yang tengah buat ni….

Wembley Stadium (nak siap dah ni… sikit je lagi)
Foster6
Stadium ni aku bangga sket sebab dulu Jerman pernah menang EURO 96 kat sini. Tak puas hati baca post aku yang lepas

Rumah Aysha (tak sure siap bila)
Foster5
Rumah ni tak sure siap bila dan hampir tak siap sebab kekurangan budget. Sekarang ni beliau bersembunyi sementara di Bukit Beruntung.

Begitulah kesahnye power tak power Foster ni. Tak sia2 aku belajar kat UTP dengan bangunan yang power ni dengan harapan bumbung UTP tak runtuh dalam masa terdekat ni.

p/s: post ni pun dedicate kat Aysha jugak….

PEMBETULAN KERJA RUMAH :

Aisey cemana boleh kompius rumah Aysha ngan rumah Soh Chai. Rumah Aysha kat Bukit Jelutung (bukit ni terletak diantara bukit Beruntung dan Bukit TakdeUntung.

Too Much Caffeine!!!