Caffeine Overdose






         Blog ini terhasil akibat terlalu banyak minum kopi… -[PARENTAL ADVISORY]-

April 25, 2007

Kids Say The Most Geram Thing

Filed under: Uncategorized — peetz @ 9:38 am

Minggu lepas aku balik KL, since aku nak move out dari Seri Maya, aku banyak spend time duduk rumah tengok TV, makan kat rumah dan jalan2 kat area2 rumah. Aku mesti rindukan rumah sini since aku dah duduk sini dekat setahun lebih dengan Jack ngan Pok Ya.

Hujung minggu lepas adik Jida, kawan aku a.k.a jiran aku kat Seri Maya datang. Memang jadi aktiviti hujung minggu untuk adik2 aku, Jida, Dayana n Pok Ya untuk datang Seri Maya untuk main kat playground atau mandi swimming pool.

Hari sabtu, Jida kena pergi office sekejap, so aku selaku yang takde keje kena jaga Kina (adik Jida) sampai tengah hari. Disebabkan Jack ngan Pok Ya takde kat rumah, so aku order delivery Dominos dan makan tengah hari kat rumah. Kina umur baya adik bongsu aku, Aida. Tengah makan pizza kat rumah aku, conversation ni berlaku…

Kina :  Mana uncle Jack dengan Uncle Ya ya (refering to Pok Ya)
Peet : Diong takde. Uncle Jack repair kereta, Uncle Ya ya gi jumpa kawan dia.
Kina : Girlfriend dia?
Peet : (oi budak ni kecik2 dah paham). Tak de la. Kawan biasa je.
Kina : Uncle takde girlfriend ke?
Peet : Takde
Kina : Gambar kat fon Uncle tu siapa? (refering to my FHM Chili Padi’s wallpaper)
Peet : Ooo tu kawan uncle je. Kawan biasa jugak.
Kina : Uncle Et
(she call me by that name) dah tua pun takde girlfriend?
Peet : Uncle dah tua ke?
Kina : Yep
Peet : Cemana Kina tau?
Kina : Kina tengok uncle ada rambut putih
Peet : Rambut putih tak semestinya tua.
Kina : Atuk kina rambut dia sume putih
.

Yep dia betul. Sememangnye aku dah start tumbuh beberapa helai uban. Kak Watie, hair salor regular aku pun selalu cakap aku dah ada rambut putih. Kak Shahrina jugak perasan bila dia duduk sebelah aku. Hmm tapi budak sekarang makin pintar. Patut ke aku salahkan Enfagrow?

-TOO MUCH CAFFEINE-



9 Comments »

  1. salahkan Enfagrow? aku rasa baik salahkan Caffeine yg overdose…hehe

      padil — April 25, 2007 @ 11:12 am

  2. Hehehe padan muka adik i ckp u tua. Sedar2 la diri tu sikit

      Jida — April 25, 2007 @ 1:48 pm

  3. ala Kak Jida. chill la. lepas ni dia dah pindah sape lagi blh jd ad-hoc babysitter?

      Faryanti — April 26, 2007 @ 11:28 am

  4. Kak shahrina sape? Nape tak link friendster dia?

      Jack The Ripper — April 26, 2007 @ 11:33 am

  5. Shahrina tu kakak kesayangan dia la… Kan jumpa aritu.

      Elaine — April 30, 2007 @ 8:41 pm

  6. kina tu adik sedara jida la peet. ko tak tau ke? dia memang baya aida tapi dia anak kak emi. pembetulan fakta. hehehe

      Baizurra — May 1, 2007 @ 3:49 am

  7. yanti, stop callng me kakak ok! now U make ME feel old!

      Jida — May 1, 2007 @ 11:02 pm

  8. haha..

    itulah budak2 sekarang..

    aku pernah jumpa yg lg petah berbahasa dr adik yg ko babysit tu hihi.. adoi~

      Sharifah Zahira — May 2, 2007 @ 10:56 am

  9. ala cutenye kena babysit kina. lepas ni boleh ambil contract jaga baby zaza pulak ok. wakaka!

      Zaza — May 3, 2007 @ 1:56 am

RSS feed for comments on this post.

Leave a comment