Sengal - Penyakit Berjangkit?
Bolehkah sesebuah/sesuatu/setandan "sengal" itu diwarisi/dijangkiti kepada seseorang yang lain?
Teori ni cuba aku ungkitkan dalam blog aku kali ni. Maybe post akan datang2 ni aku nak cuba kaitkan jugak dengan teori diatas.
Adakah aku ni betul2 sengal? Kenapa orang cakap aku sengal? Kalau aku sengal pun berapa banyak sangat la sengal yang aku ada?
Beberapa kurun lepas, selepas jatuhnye empayer Kerajaan Parsi, aku ada terbangun lambat. Maklumlah dah single mingle duduk sorang2 takde rumet (bukan maksud aku duda atau dah bercerai) aku pernah terbangun lambat untuk Lab Data Structure. Dengan azam nak jumpa cik Siti Rohkmah, aku bangun la jugak pakai wangi2 nak pergi kelas dia. Tu pun kira halal 15 minit lambat la… tapi kalau ms Siti Rohkmah tu datang bilik aku, kejut aku sendiri mau tepat kul 7 dah bangun dah. Maklum la aku dah banyak miss klas dia. Hahaha!
Bila sampai ke lab, aku mula berasa hairan. Kenapa muka budak2 classmate aku pelik? Kenapa ada tutor laki ganti? Kenapa macam ramai semacam je lab session ni? Kenapa aku makin hensem? Ni semua soalan yang memang bermain di fikiran aku la masa tu. Bila tutor tu bagi assignment aku lagi bertambah pelik…pesal dah assignment 5 padahal assignment 2 pun aku tak siap lagi. Bila tutor tu bukak projector, barulah aku sedar yang aku dalam Lab Object Oriented Programming (OOP). Lab OOP ni dekat Lab 1 Building 2 manakala Lab Data Struct aku dekat Lab 1 Building 1. Habis burn first 30 min lab aku….
Bila balik Sg. Buloh beberapa minggu2 lepas pulak, aku baru tahu yang Wood 3 (Driver Golf Set) aku dah retak. Bila aku investigate seko2 adik aku, sume tak ngaku usik golf set aku. Last2 maid Indon aku datang cakap "Maaf ya Mas, sememangnya adik Mas nggak salah. Kelmarin lepas ada uler mau masuk, jadi saya guna kayu Mas untuk bunuh uler itu" Aku tak pernah marah maid aku lagi. Takpe la at least ada reason untuk aku beli Driver golf baru. Lagipun driver tu free orang kasi. Bila aku cerita kat Cheepoi, dia tanya balik "ular tu mati tak?" Nak kata ular masuk rumah tu bukan pertama kali la ular tu masuk rumah aku.
Kesimpulannye adakah maid aku tu pun sengal?
-TOO MUCH CAFFEINE-
yaa… anda mmg sengal!!.. tambah2 dalam blog yg sengal ini… arsengal sungguh!! :p
padil — April 25, 2007 @ 11:06 am