Adik Kesayangan
Hmm… lama jugak aku nak dapatkan tempo mood blogging aku ni. Bila baca blog orang yang aku tak kenal randomly, semua cerita pasal ape yang diong buat semalam, minggu lepas, bulan lepas….aduh!
Ingat cerita Kina (anak sedara Jida) thanks Baizurra for the correction. Adik bongsu aku Aida adalah sebaya dengan Kina tapi Kina dah panggil aku uncle daripada panggil aku abang. Sememangnye setiap kali terdengan rasa sakit jantung aku terasa betapa aku ni dah semakin tua. Berbanding dengan Kina, Aida adalah anak bongsu dalam family aku. Mustaqim pulak second bongsu so bila keluar aku selalu bawak diong bedua ikut sekali. Anggapan masyarakat ingat diong bedua adalah anak aku adalah biasa sekali. Sememangnye kalau aku bawak diong boleh menjatuhkan harga saham aku sehingga 50sen/unit.
Cerita Mus yang paling aku ingat…
Satu hari aku nampak dinding rumah diconteng dengan crayon. Sebelum report dengan mak aku, aku buat pre-investigation dengan dia
Aku: Siapa conteng dinding?
Mus : Ntah! tak tau..masa Mus sampai tengok2 dah ada (masa tu Aida takde lagi…)
Aku : Siapa conteng?
Mus : Ntah
Aku : Tapi cantik kan Mus lukis.
Mus : Ha ah, Mus memang pandai lukis…(KANTOIIIIII)
Aku : ooooohhhhhh Mus lah yang buat!
Mus sengeh je la masa tu….
Cerita Aida yang paling aku ingat…
On the way driving pergi Bentong, singgah ke Genting Sempah McDonald drive-thru. Masa nak ambik order, tanya Aida
Aku : Aida, nak ape?
Aida : Aida tak tau la nak ape
Aku : Cepatla. Nak burger ke nak McChicken?
Aida : Aida nak McDonald
Aku : Ni kat McDonald la ni. Nak burger ke nak McChicken?
Aida : Aida nak Chicken Rice Shop
Aku : (dalam hati aku) Aduh budak ni ade jugak aku jual kat Siam karang…
Cerita Aida dan Mus yang paling aku ingat…
Sebelum aku duduk Seri Maya, aku duduk dekat Bukit OUG Condo dekat Jln Klang Lama. So aku pernah pakai kereta mak aku nak pergi OUG bawak Aida dengan Mus sekali. Selepas dalam kereta beberapa ketika, lampu ‘fuel warning’ dah menyala. Kebetulan wallet aku tertinggal dekat OUG dan cash, ATM dan card aku sume dalam wallet. Dengan ‘gamble’nye aku pun redah KL dengan minyak yang dah ‘fuel warning’ dari Sg. Buloh lagi.
"Abg, minyak dah nak abis". Tu je la ayat Mus yang memang dah risau takut kereta mati tengah jalan. Ikutkan hati memang aku risau jugak gamble macam ni, campur ada dua ekor budak kecik ni lagi ikut. Dah takleh jadi dah ni. Kena isi minyak walaupun sikit. Aku tau tangki dah betul2 kering ni…
Aku : Abg takde duit langsung tau. Mus ngan Aida bawak duit?
Aduh korang bayangkan aku yang berumur 22 tahun ni pau duit ngan adik aku berumur 7 ngan 5 tahun untuk isi minyak???
Aida : Aida ada dua ringgit (dia tunjuk dalam purse dia semua duit syiling)
Mus : Mus ada tiga ringgit (duit dia ada 2 keping seringgit dah 2 keping 50sen)
Abg : Ok la abg nak pinjam kejap ok? Nanti sampai rumah abg ganti balik.
Mak oi banyak nye duit diong. Aku time besar2 diong nak pegang RM 2 pun mak aku tak kasi (refer post lama). Aida dengan Mus nampak memang tak kesah bagi aku pinjam. Memang dari tadi diong risau minyak takde daripada takde duit. Aku pikir, RM5 pun jadi la dari kering langsung.
Lepas isi minyak kereta dengan RM5…
Aida : Berapa abg isi minyak?
Aku : RM5
Aida & Mus : Mahalnye!!!
Hehe baru tahu mahal. Pada diong, gula2 dan eskrem yang diong beli kat kedai beharga 50sen tu pun dah kira mahal. Bila sampai rumah, aku terus ganti RM7 untuk Mus, RM5 untuk Aida. Hehehe….
Saje nak share korang family photo aku…

Pau adik..
aku pun pernah buat gitu gak.. eh, bkn pernah lagi.. setiap kali balik mesti ade kene pau nye haha!
ayat adik aku yg paling best ialah: sian along, xkisah la along pau kitorg.. sb kitorg pun slalu pau along..
aduhaii..
Sharifah Zahira — May 18, 2007 @ 5:47 am
Haha…besh nye ade adik kecik.
Enjoy baca crita ni, melepas tensen, slpas otak serabut dgn anatomy…
Nasir NiSa — April 20, 2008 @ 7:47 am