Caffeine Overdose






         Blog ini terhasil akibat terlalu banyak minum kopi… -[PARENTAL ADVISORY]-

June 23, 2007

Nasi Lemak Nasi Kebangsaan

Filed under: Uncategorized — peetz @ 12:00 pm

Lama jugak aku cuti ni. Bila time cuti, otak jadi slow. Bila otak slow, idea nak tulis blog pun dah takde la. Bila idea ada nak tulis blog, pensil pulak takde. Aduh cemana ni?

Saban hari (apasal aku guna perkataan ’saban hari’ pulak ni…) lama jugak aku tunggu ‘kerja baru’ ni. Aku banyak dengar member2 aku bila tanya "buat apa sekarang?". Diong mesti jawab, "tak kerja lagi. Tanam anggur je belakang rumah". Aku balik Sg.Buloh cuba untuk tanam anggur jugak secara komersial tapi sepohon anggur pun tak tumbuh2. Ye la nak tanam kat Seri Maya takde kebun pulak. Tanam belakang apartment nanti kena marah ngan pak guard Bangla tu pulak. Cemana member2 aku boleh tanam anggur belakang rumah diong sedangkan aku tanam tak hidup2? Siap kena marah lagi dengan mak aku sebab tanam anggur. Maka begitulah berakhirnya cita2 aku untuk menjadi petani moden.

Walaupun usaha aku untuk menanam anggur tidak menjadi, aku cuba untuk menanam diri aku dengan sikap sayangkan negara dengan cuba menceritakan sikit2 pasal kenegaraan kita menjelang kemerdekaan. Kali ni aku nak ceritakan pasal nasi lemak. Kenapa? Sebab nasi lemak boleh dikategorikan sebagai nasi kebangsaan dimana korang boleh dapat nasi lemak di tepi2 jalan dan dijual tak kira masa. Dari pagi, ke minum petang sehingga makan malam kepada sesiapa yang tak boleh tidur malam.

Satu lagi keistimewaan nasi lemak ialah nasi ni boleh dimakan dengan ayam pedas, daging rendang, sotong goreng ataupun ape2 lauk yang korang suka. Nak makan dengan strawberry celup coklat pun boleh. Tak caya? Korang makan nasi lemak tu lepas tu makan strawberry tu lepas habis makan nasi. Kan kan kan?

Korang tau asal usul nasik lemak? Cerita asal usul nasik lemak ni telah diperturunkan dari mak cik Nasi Lemak Antarabangsa Kg. Baru yang dia cerita kat aku…

Nasik lemak ni mula diperkenalkan oleh sebuah keluarga dari kurun selepas masihi. Setiap hari, si ibu akan keluar cari kayu api untuk memasak sarapan pagi. Satu hari, si anak mula pikir nak masak nasi resipi baru pulak. Ye la, dia sekeluarga orang miskin. Tiap2 hari mereka makan pizza, chicken chop dengan berger je. Masa si ibu ni mencari kayu api, si anak ni memasukkan daun pandan, halia dan lain2 dalam beras tersebut. Bila time si ibu tu balik, dia terbau sesuatu yang best lalu dia tanya anak dia…

Si ibu : Ko masak ape ni Minah?
Si anak : Nasik le mak
Si ibu : Ye la, nasik ape?
Si anak : Ntah, nasik le mak.

So sampai sekarang nasik yang Minah tu masak secara komersialnya menjadi Nasi Lemak. Ok aku dah mengidam nasik lemak pulak. Bye!

June 13, 2007

Ayam Yang Sakit di Sg.Buloh

Filed under: Uncategorized — peetz @ 12:33 pm

Achoom! (Alhamdulillah). Lama jugak aku nak cari idea untuk tulis post ni. Ramai member aku cakap suruh tulis something pasal selsema burung yang berlaku kat Sg.Buloh ni.

Sg.Buloh ni memang kalau berlaku something mesti kejadian yang masuk Buletin Utama sampai 2 3 hari, macam Kilang Mercun meletup tahun 1995 dulu atau time Anwar Ibrahim kena jail tahun 1999. Ada jugak beberapa kejadian yang berlaku tapi aku tak ingat lagi.

Jom kita tengok cronism , eh silap! chronology Selsema Burung yang berlaku beberapa hari yang lalu.

7 June 2007

10.00 malam
10 ayam mati secara tiba-tiba dan disyaki mati ditempat kejadian. Ayam-ayam tersebut dikatakan mati bukan berpunca dari kejadian tembak menembak.

11.00 malam
Kira-kira 12 kru Kementerian Kesihatan, Jabatan Perlindungan Haiwan, Pegawai Polis dan Ketua Kampung bergegas ke tempat kejadian. Walaubagaimanapun tiada anggota kumpulan KRU dilaporkan berada disana. Anggota keselamatan mula membuat sekatan jalan supaya ayam tidak diseludup keluar masuk kedalam kampong sesuka hati penduduk kampong tersebut.

8 June 2007

2.00 pagi 
Pasukan keselamatan yang tidak dapat tidur mula membancuh kopi untuk tidak mengantuk semasa bertugas. Mereka menggelarkan diri mereka “Pasukan Keselamatan Kasukabe”.

8.00 pagi
Kerja-kerja pencarian ayam diteruskan dengan mencari bapak – bapak ayam dan semua pengikut ayam berhaluan kiri.

10.00 pagi
Lawatan kehormat Colonel Sanders dari Kentaki Fried Chicken ke tempat kejadian untuk melihat sendiri bagaimana ayam-ayam dihapuskan.

3.00 petang
Ayam-ayam yang telah mati dilaporkan sebanyak 3000 ekor dengan kiraan mata.

5.30 petang
Sekumpulan pekerja-pekerja KFC dan Chicken Rice Shop telah ditahan kerana disyaki untuk menyeludup 100 ekor ayam untuk masakan mereka. Walaubagaimana pun kesemua pekerja yang ditahan telah dipindahkan ke Balai Polis Dang Wangi untuk disoal siasat.

8 June 2007

9.00 pagi
Dua ekor ayam disyaki sebagai bapa ayam telah ditahan dan dipenjarakan di Penjara Sg. Buloh. Ayam yang selsema pula diberi rawatan percuma di Hospital Sg.Buloh

12.00 tghari
14 lagi ekor ayam berhaluan kiri telah ditahan dan reban-reban ayam telah dirobohkan dipercayai markas gerakan ayam-ayam Sg.Buloh

2.00 petang
Pihak keselamatan yang kini tidak lagi mempunyai ayam yang hendak ditembak mula menembak ayam dikampung sebelah yang tidak dijangkiti Selsema Burung untuk membuat claim overtime yang lebih.

5.00 petang
Kerajaan Britain telah mengarahkan tentera mereka berundur dari Sg.Buloh. Semua ayam telah mati bergelimpangan dan Sg.Buloh kini diistihar sebagai kawasan yang bebas Selsema Burung, ancaman komunis dan diiktiraf sebagai sebuah negara yang merdeka.

Merdeka! Merdeka! Merdeka!!!

Horrorayam_1