Caffeine Overdose






         Blog ini terhasil akibat terlalu banyak minum kopi… -[PARENTAL ADVISORY]-

June 13, 2007

Ayam Yang Sakit di Sg.Buloh

Filed under: Uncategorized — peetz @ 12:33 pm

Achoom! (Alhamdulillah). Lama jugak aku nak cari idea untuk tulis post ni. Ramai member aku cakap suruh tulis something pasal selsema burung yang berlaku kat Sg.Buloh ni.

Sg.Buloh ni memang kalau berlaku something mesti kejadian yang masuk Buletin Utama sampai 2 3 hari, macam Kilang Mercun meletup tahun 1995 dulu atau time Anwar Ibrahim kena jail tahun 1999. Ada jugak beberapa kejadian yang berlaku tapi aku tak ingat lagi.

Jom kita tengok cronism , eh silap! chronology Selsema Burung yang berlaku beberapa hari yang lalu.

7 June 2007

10.00 malam
10 ayam mati secara tiba-tiba dan disyaki mati ditempat kejadian. Ayam-ayam tersebut dikatakan mati bukan berpunca dari kejadian tembak menembak.

11.00 malam
Kira-kira 12 kru Kementerian Kesihatan, Jabatan Perlindungan Haiwan, Pegawai Polis dan Ketua Kampung bergegas ke tempat kejadian. Walaubagaimanapun tiada anggota kumpulan KRU dilaporkan berada disana. Anggota keselamatan mula membuat sekatan jalan supaya ayam tidak diseludup keluar masuk kedalam kampong sesuka hati penduduk kampong tersebut.

8 June 2007

2.00 pagi 
Pasukan keselamatan yang tidak dapat tidur mula membancuh kopi untuk tidak mengantuk semasa bertugas. Mereka menggelarkan diri mereka “Pasukan Keselamatan Kasukabe”.

8.00 pagi
Kerja-kerja pencarian ayam diteruskan dengan mencari bapak – bapak ayam dan semua pengikut ayam berhaluan kiri.

10.00 pagi
Lawatan kehormat Colonel Sanders dari Kentaki Fried Chicken ke tempat kejadian untuk melihat sendiri bagaimana ayam-ayam dihapuskan.

3.00 petang
Ayam-ayam yang telah mati dilaporkan sebanyak 3000 ekor dengan kiraan mata.

5.30 petang
Sekumpulan pekerja-pekerja KFC dan Chicken Rice Shop telah ditahan kerana disyaki untuk menyeludup 100 ekor ayam untuk masakan mereka. Walaubagaimana pun kesemua pekerja yang ditahan telah dipindahkan ke Balai Polis Dang Wangi untuk disoal siasat.

8 June 2007

9.00 pagi
Dua ekor ayam disyaki sebagai bapa ayam telah ditahan dan dipenjarakan di Penjara Sg. Buloh. Ayam yang selsema pula diberi rawatan percuma di Hospital Sg.Buloh

12.00 tghari
14 lagi ekor ayam berhaluan kiri telah ditahan dan reban-reban ayam telah dirobohkan dipercayai markas gerakan ayam-ayam Sg.Buloh

2.00 petang
Pihak keselamatan yang kini tidak lagi mempunyai ayam yang hendak ditembak mula menembak ayam dikampung sebelah yang tidak dijangkiti Selsema Burung untuk membuat claim overtime yang lebih.

5.00 petang
Kerajaan Britain telah mengarahkan tentera mereka berundur dari Sg.Buloh. Semua ayam telah mati bergelimpangan dan Sg.Buloh kini diistihar sebagai kawasan yang bebas Selsema Burung, ancaman komunis dan diiktiraf sebagai sebuah negara yang merdeka.

Merdeka! Merdeka! Merdeka!!!

Horrorayam_1