UPSR the bestest
Aku baca post lama time karangan UPSR dulu. Teringat time UPSR dulu…Aku memang tak sabar-sabar nak menduduki Peperiksaan UPSR. Kenapa kena pakai perkataan ‘menduduki’? Mungkin sebab masa periksa tu kena duduk. Tak boleh berdiri. Kalau berdiri boleh nampak jawapan kawan sebelah. Tiba-tiba pulak aku teringat lagi satu perkataan yang menggunakan kata dasar ‘duduk’ iaitu bersekedudukan. Kalau korang nak tau, boleh dikatakan hari-hari aku bersekedudukan dengan orang yang aku tak kenal. Tak kira la lelaki atau perempuan. Kat tempat awam pulak tu. Gila! Dalam keretapi la. Aku gi kerja hari-hari naik Komuter yang gi KL Sentral tu. Selalu la kongsi tempat duduk. Kira bersekedudukan la tu.
Berbalik kepada cerita UPSR. Aku betul-betul kompiden boleh dapat at least 4A. Sebab masa trial pun aku dapat 3A 1B. Yang B tu English la. Aku memang benak, bangang dan bungkor sikit dalam English ni. Bikos I don andersten sepatah haram what de ticer is ticing. She macam syok alone when ticing. I memang hentam only when jawab the soalan.
Masa tu 4 subjek UPSR ialah:
1. Kefahaman Bahasa Malaysia
2. Karangan Bahasa Malaysia
3. Matematik
4. English
Oral English ada tapi tak termasuk dalam keputusan. Lagi pun, kalau oral bukan best sangat. Sekarang ni, hari-hari aku mengamalkan oral. Korang jangan salah paham, aku cuma mengikut nasihat pakar-pakar pergigian untuk menggunakan berus gigi Oral-B. Ohhh.. Oral English aku pun memang dapat pangkat B. Itulah asal-usul jenama Oral-B. malangnya aku tak dapat royalti pun bila nama Oral-B dipakai. Siot je.
Kalau subjek matematik tu memang confirm la aku dapat semua betul. Tak heran pun, sebab lebih kurang 90% dari budak kelas aku dapat semua betul selepas cek jawapan dengan cikgu. Cikgu kelas aku memang menetekberatkan eh silap.. menitikberatkan pencapaian matematik. Memang aku la jadi ikon matematik masa tu. Apa tak nya, cikgu ajar kat papan hitam, aku boleh bangkang cikgu tu. Aku cakap apa yang cikgu ajar tu salah. Memang salah pun cikgu tu ajar. Dengan powernya aku membetulkan pengajaran cikgu tu kat papan hitam. Cikgu pun tersipu-sipu malu memuji aku untuk kaver line malu. Ini cerita betul ni, bukan aku tipu.
Tak baik menipu, hari ni hari Jumaat. Esok sabtu, setengah hari. Ahad public holliday. Kalau encik nak saya rompak rumah encik, hari Isnin boleh lah. “dialog cerita Ali Baba Bujang Lapok”
Ok la aku sambung cite lain yang lagi best lain kali. Bye!
blog anda sangat nice…
dont malu2 to jenguk my belog…
hazarimi — October 2, 2009 @ 10:41 pm