Caffeine Overdose






         Blog ini terhasil akibat terlalu banyak minum kopi… -[PARENTAL ADVISORY]-

May 29, 2007

Penghargaan kepada Tan Sri P.Ramlee

Filed under: Uncategorized — peetz @ 7:30 am

Allahyarham Tan Sri P.Ramlee
(22 March 1929 - 29 May 1973)

Al-Fatihah,

Setelah 34 tahun meninggalkan kami, Caffeine Overdose terus menghargai segala jasa dan pengorbanan Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P.Ramlee kepada industri perfileman negara. Semoga Allah mencucuri rahmat keatas beliau dan menempatkan dikalangan orang-orang yang soleh. Amin!

220pxramlee

Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh

May 23, 2007

Jangan Pandang Belakang!!! (Post Seram)

Filed under: Uncategorized — peetz @ 6:17 am

(Entry ni sebuah entry seram. Kepada sesiapa yang tidak mempunyai semangat kesukanan, korang baik takyah baca…)

Sekolah aku ni dulu penuh dengan budak2 yang perangai macam hantu dan hantu betul. Aku pun tak tau cerita tapi bila aku start masuk asrama form 5, banyak la cerita aku start dengar. Cerita ni berlaku time form 5, masa awal2 register masuk asrama form 5.

Classmate yang paling aku baik ialah Faizal Fadil. Bapak dia power woo kira dulu satu classmate ngan Harun Din tapi sebab bapak dia takleh follow cikgu Harun Din dulu, dia drop belajar ilmu2 halus ni. Faizal ni blok Harmoni, sebelah blok Bestari tapi nama je Harmoni, korang tau la banyak jugak budak2 main spirit2 ni…

Bila Faizal pindah masuk dorm kat Harmoni, dia ada rasa something pelik dah. Faizal ni budak baik sket dan dia ada belajar jugak ilmu2 ni dari bapak dia. So dia buat dunno je sampai dia nak tido malam tu….

Malam tu bila dia nak tido, dia rasa panas sangat. Dorm yang dia duduk tu dorm baru sebab dorm ni tahun lepas kosong takde penghuni. Dia baring pandang atas, nampak ada perempuan rambut panjang melekat atas bucu syiling dorm dia. Dia punya terperanjat tapi perempuan tu terus terbang ke arah dorm Tekun ngan Gigih (blok aspuri). Time tu dia terus gegar blok Harmoni ngan blok aku, blok Bestari!

Cerita tu tak habis sampai situ… bila ‘benda’ tu terbang masuk blok Gigih, start kes histeria pulak kat blok Gigih! Ni bukan macam lagu histeria Muse tu… ni stok rasuk2 dan berjangkit hampir separuh blok. Aku tak ingat siapa tapi mula la turun warden2 yang perasan jadi Ghostbuster pergi pulihkan sorang2…(refer post lama) Kes memang makin teruk bila warden kena start panggil semua parent2 aspuri untuk evacuate bangunan Gigih.

Agak2 pukul 1.30 pagi, semua budak aspuri dah start balik rumah masing2. Tinggal warden Mister, Ustaz Ghazali, Faizal, aku dan beberapa orang ajk surau nak cari benda ni. Ustaz bila tengok2 memang blok Gigih tak pernah kena ‘pagar’ since bukak. Ustaz mula suruh aku, Faizal ngan budak2 lain cari barang dalam list dia untuk buat pagar balik. Dia tau ‘benda’ tu still dalam blok Gigih lagi.

Aku kena cari daun pandan dengan Faizal malam tu. Aku pernah teringat ada pokok daun pandan belakang rumah salah seorang warden asrama aku, so kitong decide nak pergi sana berdua. Dengan berbekalkan torchlite dari bengkel Kimpalan, dan sebilah pisau, kitong cuba nak ambik 3 4 helai daun pandan.

On the way pergi pokok pandan tu, Faizal senyap je sepanjang jalan. Bila nak sampai pokok tu dia suruh aku berhenti. Aku tengok muka dia lain dah berkerut. Bila aku tanya apasal, dia suruh aku tengok kat belakang pokok pandan tu. Dia boleh ‘rasa’ yang benda yang dia nampak dalam dorm tadi ada bersembunyi belakang pokok tu. Aku mula tak percaya so aku try tengok lebih dekat kat belakang pokok tu….

Faizal tak berani nak dekat. Torchlite tu dia pass kat aku. Dia berdiri agak2 7 meter dari pokok tu. Bila aku try suluh belakang pokok tu memang betul apa yang dia cakap. Aku nampak ada lembaga perempuan putih tengah bersembunyi belakang pokok pandan tu. Rambut dia panjang kehitaman, mata dia merah takde biji mata, bau busuk macam bangkai tengah dukung batu nesan berbalut berlumuran darah macam orang yang tengah berdiri kat belakang kiri korang…..

May 22, 2007

Jangan Pandang Belakang!!! (Post Tak Seram)

Filed under: Uncategorized — peetz @ 7:41 am

Kepada readers blog aku…. beringatlah!
Jangan Pandang Belakang!

Motor_1 

May 21, 2007

Parent Say The Most Geram Thing

Filed under: Uncategorized — peetz @ 10:11 pm

Aps1_1 

May 15, 2007

Bukti Global Warming

Filed under: Uncategorized — peetz @ 1:40 pm

Busy siot minggu ni… Aku tak sempat nak update ape2 tapi sebusy2 aku… jiwa grinpis aku tetap ada. Blog Caffeine Overdose aku tetap menyokong international kempen "Stop Global Warming".

Aku bukannye ape… dari dulu lagi aku dah cakap effect global warming ni ada tapi sume tak percaya. Ni antara bukti dan fakta yang aku kemukan kat Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Tumbuhan cawangan Batang Berjuntai satu ketika dulu yang pernah dirijek oleh ketua jabatan tersebut.

BUKTI GLOBAL WARMING…

Globalwarming

-TOO MUCH CAFFEINE-

May 7, 2007

Adik Kesayangan

Filed under: Uncategorized — peetz @ 7:30 am

Hmm… lama jugak aku nak dapatkan tempo mood blogging aku ni. Bila baca blog orang yang aku tak kenal randomly, semua cerita pasal ape yang diong buat semalam, minggu lepas, bulan lepas….aduh!

Ingat cerita Kina (anak sedara Jida) thanks Baizurra for the correction. Adik bongsu aku Aida adalah sebaya dengan Kina tapi Kina dah panggil aku uncle daripada panggil aku abang. Sememangnye setiap kali terdengan rasa sakit jantung aku terasa betapa aku ni dah semakin tua. Berbanding dengan Kina, Aida adalah anak bongsu dalam family aku. Mustaqim pulak second bongsu so bila keluar aku selalu bawak diong bedua ikut sekali. Anggapan masyarakat ingat diong bedua adalah anak aku adalah biasa sekali. Sememangnye kalau aku bawak diong boleh menjatuhkan harga saham aku sehingga 50sen/unit.

Cerita Mus yang paling aku ingat…

Satu hari aku nampak dinding rumah diconteng dengan crayon. Sebelum report dengan mak aku, aku buat pre-investigation dengan dia
Aku: Siapa conteng dinding?
Mus : Ntah! tak tau..masa Mus sampai tengok2 dah ada (masa tu Aida takde lagi…)
Aku : Siapa conteng?
Mus : Ntah
Aku : Tapi cantik kan Mus lukis.
Mus : Ha ah, Mus memang pandai lukis…(KANTOIIIIII)
Aku : ooooohhhhhh Mus lah yang buat!

Mus sengeh je la masa tu….

Cerita Aida yang paling aku ingat…

On the way driving pergi Bentong, singgah ke Genting Sempah McDonald drive-thru. Masa nak ambik order, tanya Aida
Aku : Aida, nak ape?
Aida : Aida tak tau la nak ape
Aku : Cepatla. Nak burger ke nak McChicken?
Aida : Aida nak McDonald
Aku : Ni kat McDonald la ni. Nak burger ke nak McChicken?
Aida : Aida nak Chicken Rice Shop
Aku :
(dalam hati aku) Aduh budak ni ade jugak aku jual kat Siam karang…

Cerita Aida dan Mus yang paling aku ingat…

Sebelum aku duduk Seri Maya, aku duduk dekat Bukit OUG Condo dekat Jln Klang Lama. So aku pernah pakai kereta mak aku nak pergi OUG bawak Aida dengan Mus sekali. Selepas dalam kereta beberapa ketika, lampu ‘fuel warning’ dah menyala. Kebetulan wallet aku tertinggal dekat OUG dan cash, ATM dan card aku sume dalam wallet. Dengan ‘gamble’nye aku pun redah KL dengan minyak yang dah ‘fuel warning’ dari Sg. Buloh lagi.

"Abg, minyak dah nak abis". Tu je la ayat Mus yang memang dah risau takut kereta mati tengah jalan. Ikutkan hati memang aku risau jugak gamble macam ni, campur ada dua ekor budak kecik ni lagi ikut. Dah takleh jadi dah ni. Kena isi minyak walaupun sikit. Aku tau tangki dah betul2 kering ni…

Aku : Abg takde duit langsung tau. Mus ngan Aida bawak duit?

Aduh korang bayangkan aku yang berumur 22 tahun ni pau duit ngan adik aku berumur 7 ngan 5 tahun untuk isi minyak???

Aida : Aida ada dua ringgit (dia tunjuk dalam purse dia semua duit syiling)
Mus : Mus ada tiga ringgit (duit dia ada 2 keping seringgit dah 2 keping 50sen)
Abg : Ok la abg nak pinjam kejap ok? Nanti sampai rumah abg ganti balik.

Mak oi banyak nye duit diong. Aku time besar2 diong nak pegang RM 2 pun mak aku tak kasi (refer post lama). Aida dengan Mus nampak memang tak kesah bagi aku pinjam. Memang dari tadi diong risau minyak takde daripada takde duit. Aku pikir, RM5 pun jadi la dari kering langsung.

Lepas isi minyak kereta dengan RM5…
Aida : Berapa abg isi minyak?
Aku : RM5
Aida & Mus : Mahalnye!!!

Hehe baru tahu mahal. Pada diong, gula2 dan eskrem yang diong beli kat kedai beharga 50sen tu pun dah kira mahal. Bila sampai rumah, aku terus ganti RM7 untuk Mus, RM5 untuk Aida. Hehehe….

Saje nak share korang family photo aku…

34341543718852l_2

April 25, 2007

Kids Say The Most Geram Thing

Filed under: Uncategorized — peetz @ 9:38 am

Minggu lepas aku balik KL, since aku nak move out dari Seri Maya, aku banyak spend time duduk rumah tengok TV, makan kat rumah dan jalan2 kat area2 rumah. Aku mesti rindukan rumah sini since aku dah duduk sini dekat setahun lebih dengan Jack ngan Pok Ya.

Hujung minggu lepas adik Jida, kawan aku a.k.a jiran aku kat Seri Maya datang. Memang jadi aktiviti hujung minggu untuk adik2 aku, Jida, Dayana n Pok Ya untuk datang Seri Maya untuk main kat playground atau mandi swimming pool.

Hari sabtu, Jida kena pergi office sekejap, so aku selaku yang takde keje kena jaga Kina (adik Jida) sampai tengah hari. Disebabkan Jack ngan Pok Ya takde kat rumah, so aku order delivery Dominos dan makan tengah hari kat rumah. Kina umur baya adik bongsu aku, Aida. Tengah makan pizza kat rumah aku, conversation ni berlaku…

Kina :  Mana uncle Jack dengan Uncle Ya ya (refering to Pok Ya)
Peet : Diong takde. Uncle Jack repair kereta, Uncle Ya ya gi jumpa kawan dia.
Kina : Girlfriend dia?
Peet : (oi budak ni kecik2 dah paham). Tak de la. Kawan biasa je.
Kina : Uncle takde girlfriend ke?
Peet : Takde
Kina : Gambar kat fon Uncle tu siapa? (refering to my FHM Chili Padi’s wallpaper)
Peet : Ooo tu kawan uncle je. Kawan biasa jugak.
Kina : Uncle Et
(she call me by that name) dah tua pun takde girlfriend?
Peet : Uncle dah tua ke?
Kina : Yep
Peet : Cemana Kina tau?
Kina : Kina tengok uncle ada rambut putih
Peet : Rambut putih tak semestinya tua.
Kina : Atuk kina rambut dia sume putih
.

Yep dia betul. Sememangnye aku dah start tumbuh beberapa helai uban. Kak Watie, hair salor regular aku pun selalu cakap aku dah ada rambut putih. Kak Shahrina jugak perasan bila dia duduk sebelah aku. Hmm tapi budak sekarang makin pintar. Patut ke aku salahkan Enfagrow?

-TOO MUCH CAFFEINE-

April 23, 2007

Ular Tak Terrel

Filed under: Uncategorized — peetz @ 9:28 am

Ingat lagi cerita maid aku pukul ular yang masuk rumah aku guna driver lama golf aku? Sebenarnye bukan pertama kali ular ni masuk. Beberapa tahun lepas ada jugak ular masuk bilik aku. Cubaan nak patuk aku tak jadi sebab masa tu aku rasa diri aku best lagi.

Cite ni berlaku masa aku form 3 kot. Macam ni cite dia… Pada satu pagi, aku pun makan bubur kacang. Mak aku masak bubur kacang sehari sebelum kejadian ni berlaku. Jadi aku makan bubur kacang semalamlah. Aku tak minat sangat bubur kacang ni, tapi sebab Mak aku buat sedap, aku makan jugak la. Lepas aku syok-syok makan bubur kacang, TIBA-TIBA!! (aku harap korang terkejut bila aku tiba-tiba je tulis perkataan ‘TIBA-TIBA’ dengan 2 tanda seruan).

Tiba-tiba aku terdengar bunyi desiran yang tak sama macam desiran ombak di tepi laut. "SssSSsss..SssssSSss..SSssSss" Aku ingat siapa la pulak yang buat bunyi "syy.." suruh aku senyap. Padahal aku tak bercakap pun masa tu. Mana boleh makan bubur kacang sambil bercakap. Makruh! Aku pandang sebelah kanan. TIBA-TIBA!! aku ternampak seekor ular besar sedang bergerak bawah lemari. Ular ni ular tedung kaler hitam tapi takde la panjang sangat. Ular ni kira tak akil baligh lagi kot. Aku panik gila masa tu. Terus aku lari ke dapur sambil menjerit "Mama!!!!". Mak aku tanya "apasal?". Aku tak boleh nak cakap apa-apa.

Mak aku cakap masa tu muka aku pucat gila. Aku cuma mampu tunjuk-tunjuk kat ruang tamu guna tangan aje (takkan guna kaki kot, biadap namanya tu). Mak aku pun tengok kat ruang tamu dan nampak ular tu bergerak menghala ke bilik tidur aku pulak.

Hari tu kitorang duduk kat ruang tamu aje. Tak berani nak gi bilik tidur tu. Mak aku bagitau ayah aku dan ayah aku terus panggil pakcik Handyman family aku, Pak Cik Yem. Pakcik Yem datang bawak banyak garam dengan buluh betung 15 minit lepas tu. Heheh.. bukanlah, buluh biasa je.

Petang tu berlakulah pertarungan antara Ayah + Pakcik Yem dengan ular tu. Kitorang yang lain duduk kat luar. Memang ular tu tengah syok-syok tidur bawah katil aku masa tu. Aku tak tau la apa masalah ular ni. Mungkin tengah bergaduh dengan bini dia la tu. Bini dia tak kasi masuk rumah kot? Tak pun, bini dia tengah period heheh.

Dari dalam bilik aku dengar la bunyik-bunyik pertarungan tu. Kalau dalam kartun Batman ada la bunyi "pow!", "bom!" dan sebagainya. Kalau dalam cerita Tamil, bunyi "gedebush!" aje lebih, tapi tumbuk tak kena pun. Adik aku, Qayyum yang tak puas hati dengan sekadar mendengar audio pertarungan tu pun memanjat pintu tepi bilik untuk mengintai lintas langsung secara video pulak. Mak aku punya la marah. Tak pasal-pasal Qayyum kena sebat. Heheh..

Lebih kurang 15 minit berlalu. Pertarungan pun tamat.

Ladies and gentelman, the winner issss…. (bunyi drum)

AYAH dan PAKCIK YEM!!! (tepuk tepuk tepuk)

Ular tu kalah dengan dengan K.O tanpa kiraan mata. Bila ular tu dah mati, baru lah kitorang dapat tengok rupa ular tu. Kepala dia dah pecah sebab kena pukul. Kesian pulak aku tengok ular tu. Tapi sebelum dia makan aku, lebih baik dia dibunuh dulu. Kalau aku kena makan dengan ular tu, sure aku dah mati dah. Tak dapat la aku tulis post ni dah. Tammat.

-TOO MUCH CAFFEINE-

April 16, 2007

Sengal - Penyakit Berjangkit?

Filed under: Uncategorized — peetz @ 12:12 pm

Bolehkah sesebuah/sesuatu/setandan "sengal" itu diwarisi/dijangkiti kepada seseorang yang lain?

Teori ni cuba aku ungkitkan dalam blog aku kali ni. Maybe post akan datang2 ni aku nak cuba kaitkan jugak dengan teori diatas.

Adakah aku ni betul2 sengal? Kenapa orang cakap aku sengal? Kalau aku sengal pun berapa banyak sangat la sengal yang aku ada?

Beberapa kurun lepas, selepas jatuhnye empayer Kerajaan Parsi, aku ada terbangun lambat. Maklumlah dah single mingle duduk sorang2 takde rumet (bukan maksud aku duda atau dah bercerai) aku pernah terbangun lambat untuk Lab Data Structure. Dengan azam nak jumpa cik Siti Rohkmah, aku bangun la jugak pakai wangi2 nak pergi kelas dia. Tu pun kira halal 15 minit lambat la… tapi kalau ms Siti Rohkmah tu datang bilik aku, kejut aku sendiri mau tepat kul 7 dah bangun dah. Maklum la aku dah banyak miss klas dia. Hahaha!

Bila sampai ke lab, aku mula berasa hairan. Kenapa muka budak2 classmate aku pelik? Kenapa ada tutor laki ganti? Kenapa macam ramai semacam je lab session ni? Kenapa aku makin hensem? Ni semua soalan yang memang bermain di fikiran aku la masa tu. Bila tutor tu bagi assignment aku lagi bertambah pelik…pesal dah assignment 5 padahal assignment 2 pun aku tak siap lagi. Bila tutor tu bukak projector, barulah aku sedar yang aku dalam Lab Object Oriented Programming (OOP). Lab OOP ni dekat Lab 1 Building 2 manakala Lab Data Struct aku dekat Lab 1 Building 1. Habis burn first 30 min lab aku….

Bila balik Sg. Buloh beberapa minggu2 lepas pulak, aku baru tahu yang Wood 3 (Driver Golf Set) aku dah retak. Bila aku investigate seko2 adik aku, sume tak ngaku usik golf set aku. Last2 maid Indon aku datang cakap "Maaf ya Mas, sememangnya adik Mas nggak salah. Kelmarin lepas ada uler mau masuk, jadi saya guna kayu Mas untuk bunuh uler itu" Aku tak pernah marah maid aku lagi. Takpe la at least ada reason untuk aku beli Driver golf baru. Lagipun driver tu free orang kasi. Bila aku cerita kat Cheepoi, dia tanya balik "ular tu mati tak?" Nak kata ular masuk rumah tu bukan pertama kali la ular tu masuk rumah aku.

Kesimpulannye adakah maid aku tu pun sengal?

-TOO MUCH CAFFEINE-

April 12, 2007

Nak Sangat~

Filed under: Uncategorized — peetz @ 9:48 pm

UPDATE!

Nah… Aku harap lepas ni Sarah or Haha tak kacau aku suruh update blog aku lagi. Aku busy bee-hon lagi tapi hopefully blog aku takkan jadi macam blog Jaja.

G437

-TOO MUCH CAFFEINE!!-

« Previous PageNext Page »